Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts
By Yuni Aisyah | Saturday, April 13, 2013
Posted in: , , |

Orang yang berjaya.

Assalamualaikum...

Wah!! terasa terlalu lama tak update entry di halaman blog nie. Banyak yang nak diceritakan sebenarnya tapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah ada juga waktu untuk menghasilkan entry dan terhasil lah entry ini. 

Setiap dari kita pasti inginkan kejayaan dan menjadi orang yang hebat dalam hidup. Siapa yang tak nak kan.?? Tapi ada tak kita selidik bagaimana mereka berjaya? Sebenarnya untuk menjadi orang yang berjaya dan orang yang hebat itu kita perlu melakukan sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya. Wah!! bunyi macam dasyat je kan?hehe.. Tapi itulah hakikatnya. Tak mudah sebenarnya tapi, jika adanya kesungguhan, kerajinan, daya usaha dan semangat juang insyaALLAH pasti ALLAH memberikan jalannya.

Tapi kan masalahnya pada masyarakat kita, cenderung melihat kejayaan orang lain tapi untuk melaksanakan untuk kejayaan sendiri tidak pula dilakukan. Jadinya berangan tak sudah seperti mat jenin, tak puas hati tak menentu dan berputus asa tak sudah. Inilah yang berlaku pada masyarakat. Jom lihat situasi dibawah ;


Situasi 1


"Wah!! Bestnya jadi mereka yang berjaya ada kereta cantik dan rumah cantik. Alangkah seronoknya kalau aku yang jadi dia. Bahagia hidup tak payah susah-susah lagi.". 

Kita seronok melihat orang kaya dan hidup bahagia. Mulalah memasang impian untuk jadi seperti mereka. Dah bagus ada impian nak berjaya tapi kalau hanya niat saja tak cukup. Jika tiadanya usaha dan ikhtiar untuk mencari jalan kejayaan tersebut, anda hanya bermimpi disiang hari.

Setiap mereka yang berjaya bermula dari angan-angan. Jadi tak salah nak berangan asalkan jangan angan-angan mat jenin. Jadikan angan-angan tersebut sebagai pemangkin untuk berjaya. Angan-angan menjadi impian dan direalisasikan impian tersebut menjadi kenyataan.

"Kunci kejayaan ada ditangan anda, bukan di tangan orang lain."
Situasi 2
"Macam manalah dia boleh kaya? aku dok kerja siang malam pun tak kaya-kaya juga. Ish!!geramnya!!Benci!! Ini tidak adil!!."

Ada pula manusia sepesis ini memang tak boleh melihat orang lain berjaya. Mereka jadi iri hati dengan kejayaan yang digapai orang lain. Pertanyaan "macam manalah dia boleh jadi kaya?" itu patut difikirkan.
Tanyakan persoalan pada diri "kenapa dia berjaya?" "apa yang dia lakukan?" dan "bagaimana aku nak jadi seperti dia juga?"

 Pertanyaan-pertanyaan ini yang bakal membuka minda dan fikiran untuk kehadapan bukannya dengan rasa tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Bermula dengan pertanyaan, cari jawapan dari pertanyaan tersebut dan mulalah mencari solusi dari jawapan tersebut.

Take note!!
Situasi 3 
"Ah malaslah aku nak buat kerja macam tu. Aku dah pernah buat dan tak berjaya pun. Semua aku buat tapi tak ada satu pun yang dapat hasil. Dah la malas aku dengan benda macam nie."

Hah!! dengan orang yang banyak alasan seperti inilah yang sukar untuk menemui kejayaan. Hidup tak sudah-sudah mengeluh. Kadang terlalu banyak alasan yang kita berikan dalam hidup, mengeluh pada perkara yang tak jadi dan mundur sebelum berperang.

Terkadang kita terlalu mudah untuk mengeluh tapi sukar untuk bersyukur. Berhenti dari menjadi manusia pengeluh dan berhenti dari memberikan banyaknya alasan! Bersyukurlah dengan hidup yang diberikan dan melangkahlah dengan rasa tanggungjawab.

Hala tuju hidup kita ada pada diri kita. Buat pilihan yang tepat dan fikirkan untuk kebaikkan hidup.
Situasi-situasi di atas adalah benar berlaku pada masyarakat kita. Kita tak dapat nak lari dari mereka yang prejudis sebegitu. Inggatlah Allah tidak akan turunkan nikmat kejayaan kepada hambaNYA yang tak berusaha dan pemalas.! Jadi untuk menjadi seperti orang-orang yang telah berjaya kita perlu menggikut jejak kejayaan mereka dan buang segala anasir-anasir buruk di dalam diri kita.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita. Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap? Fikir dengan akal, tilik pakai hati. Semoga menjadi orang yang berjaya.


"Setiap kejayaan pasti bermula dengan sebuah kepayahan dan kejatuhan. Teruskan usaha dan teruskan menggorak langkah. InsyaALLAH kejayaan pasti beroleh."

Read more
By Yuni Aisyah | Friday, January 18, 2013
Posted in: , , , |

Banjir di Kota Jakarta.

Kota Jakarta banjir teruk! Hampir semua daerah Kota Jakarta ditenggelami air. Dasyat juga melihat keadaan Jakarta di saluran berita di Astro Pelangi semalam. Di fahamkan jika keadaan hujan berterusan akan memburukkan lagi keadaan banjir. Jika ianya berterusan, banjir 2013 bakal menyamai rekod banjir paling teruk yang pernah berlaku pada 2002.

Ya ALLAH janganlah perkara itu berlaku. Bila mengetahui keadaan bencana yang dialami kota Jakarta terus kerisauan memuncak. Risau sebab ibu dan ayah berada disana. Mereka berada disana selama 5 hari sejak 15/1 hari itu, yang pada masa yang sama adalah hari pertama berlakunya banjir di Jakarta. Jika tiada halangan mereka akan pulang pada sabtu malam esok.


Kalau macam ini lah keadaan memang kena batalkan niat nak kesana.huhu
Alhamdulillah semalam dapat panggilan dari ibu yang memberitahu keadaan sebenar yang berlaku disana. Lega hati diberitahu yang mereka baik-baik sahaja. Diberitahu bahawa keadaan di jakarta memang teruk! Selama 4 hari ayah dan ibu disana hanya pada hari pertama mereka dapat berjalan. Kerana waktu itu keadaan banjir masih terkawal. Tapi, kini keadaan banjir makin teruk dan aktiviti mereka tersekat kerana semua jalan raya ditenggelami air.

Dengar cerita perjalanan ke airport yang sepatutnya hanya memakan masa sejam untuk sampai, tapi menjadi lewat 6jam kerana keadaan jalan dan tiadanya pengangkutan. Hanya mampu berdoa moga ayah dan ibu selamat disana dan moga dipermudahkan jalan mereka untuk pulang.

Mudah-mudahan surutlah cepat air banjir ini. Tetap juga meletakkan harapan untuk kesana..hehe..
Lagi 2 minggu sahaja lagi giliranku pula untuk ke sana. Rancangan nak melancong ke Jakarta dan Bandung selama seminggu, tapi melihatkan keadaan banjir makin teruk membuatkan punah harapan nak kesana. Jika keadaan tak kembali pulih seperti biasa alamatnya terpaksalah batalkan rancangan nak kesana. Hanguslah tiket penerbangan dan punahlah harapan. :(

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Setiap aturan yang Allah turunkan ada hikmahnya. Banjir yang berlaku di Jakarta juga ada sebab dan hikmahnya. Moga warga Kota Jakarta tabah menghadapi dugaan yang menimpa mereka. Mudah-mudahan keadaan cuaca hujan di Jakarta yang berlarutan akan berhenti dan sekaligus bencana banjir  yang berlaku akan surut dan Jakarta boleh kembali pulih seperti biasa.

p/s Seram pula tengok banjir yang berlaku disana. Dulu waktu kanak-kanak pernah berangan nak sangat rasa penggalaman banjir. Mungkin nak sangat rasa mandi air banjir tu..hikhik

Read more
By Yuni Aisyah | Friday, September 28, 2012
Posted in: , |

Kehilangan Sesuatu... :(

Rasa kehilangan sesuatu...

Sesuatu yang aku sukai...
Sesuatu yang bagaikan nadi bagiku...
Sesuatu yang menjadi semangat bagiku...

Hilangnya seperti kehilangan diri...
Hilangnya seperti kehilangan arah tuju..
Hilangnya mengusarkan hati dan fikiran...

Kini hilangnya menjadi tanda tanya..
Sedaya upaya mencari sesuatu yang hilang itu..
Lelah memerah otak mencari kemana hilangnya...

Apakah sesuatu itu???
Kemanakan ku cari??
Kehilangan yang menjadi misteri..

Harap aku akan menemukan 'sesuatu' itu...
Moga aku dibukakan minda untuk mendapatkannya...

Terduduk ku dalam pencarian...



p/s agak2 korang tau n paham x sesuatu itu apa.???hehe...

Read more
By Yuni Aisyah | Wednesday, June 27, 2012
Posted in: , |

Ada Apa Dengan Cinta.

Assalamualaikum, 


Hye dear readers, Alhamdulillah my blog sudah pun siap sepenuhnya untuk beroperasi. Kali ini giliran untuk aku bercerita pula. Terasa lama sangat tidak menaip dan berkongsi cerita, apa ya yang ingin aku kongsikan? Sebenarnya entry kali ini berkaitan tentang cinta. Sudah lama diperam dan akhirnya inilah waktunya untuk dikisahkan. Jeng..jeng..."CINTA" ?? "Ada apa dengan CINTA".??

Apa yang aku tulis ini tiada kaitan dengan filem dari seberang tau. Tapi, Ada apa dengan cinta aku ini lain dari filem itu. Cinta? tahukah kita kan makna sebenar cinta? sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun sudah berkali jatuh cinta. Inilah hakikat dan realitinya yang sebenarnya kita masih buta akan makna sebenar cinta.Ya,aku sendiri mengaku tidak tahu erti sebenar apa itu cinta. Pada aku, cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, dan cemburu.

Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara total. Kenapa? Cintailah dia walaupun di pelosok manapun dia berada, cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun. Tetapi ingat segala-galanya sudah tersurat di azali bahawa dia. kekasihmu, belum tentu akan menjadi suami atau isteri kamu. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Tidak hairanlah pasangan pengantin yang hanya beberapa minit bakal menjadi suami isteri tiba-tiba tidak jadi disatukan,bukan.??

Di sekeliling, banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun menyemai cinta. Janganlah kita meletakkan 100% kepada cinta yang tidak pasti, kerana ia belum lagi menjadi nyata sebelum akad nikah. Perbatasan dalam cinta harus juga dijaga. Perlukah berpegangan tangan? Perlukah untuk berpelukan dalam bercinta? Itukah yang dinamakan cinta? Cinta yang hanya berpaksikan pada nafsu-nafsi semata. 'Ya ALLAH jauhi aku dari cinta yang sedemikian'.

Terdetik di kotak fikiran aku kadangkala, perlukah bercinta sebelum berumah tangga? perlukah? Aku dilahirkan ke dunia ini hasil percintaan ibu dan ayah. Aku adalah lambang cinta mereka. Jauh di hati, masih ada sekelumit rasa mahu mencintai dan dicintai. Tapi biarlah cinta yang datang adalah cinta yang halal bagiku. Tapi, andai belum tiba jodohku aku redha dan berazam akan terus menjadi manusia yang waras dan rasional. Selesaikan dahulu cita-cita dan impian aku yang belum terlaksana..


Ya ALLAH temukanlah padaku seseorang yg mendekatkan dirinya kepadaMU. Seseorang yang sentiasa membawaku untuk mengharapkan cintaMU. Seandainya aku bertemu dengannya, aku bermohon Ya ALLAH semaikanlah kasih kami moga sentiasa mendapat rahmat dariMU. 
  

Read more
By Yuni Aisyah | Saturday, June 16, 2012
Posted in: , , |

Blog Unniesya's story is under maintenance...

 

Blog Unniesya's story sedang dalam pembaikkan /perubahan.

This blog 100% edited by  YDtaurus™ 
Free je tau dari dulu...jangan jelez... hikhik
TQ pada encikYD..nanti kita belanja secret recipe ek.. (:

Kembali dengan wajah baru dan semangat baru. yeah....!!!^_^

Read more
By Yuni Aisyah | Monday, June 11, 2012
Posted in: , |

Finally I'm back....!

Assalamualaikum,

I'm back...!! ada sesiapa yang rindu tak.?? kalau ada terima kasih. hikhik (macam la ada yang rindu...jgn perasan ok..hahaha) .Hmm..terasa sungguh lama meninggalkan blog ini tanpa berita dan cerita, sehingga tak tahu nak cerita apa. Terasa kaku pula nak bercerita.hmm..Inilah akibatnya bila terlalu lama tidak melakukan sesuatu, walhal sesuatu itu adalah perkara yang sering dan mudah untuk kita lakukannya dulu.


Buat sahabat blogger yang menggikuti blog ini mohon maaf diatas kehilangan yang sementara ini. Tak tahulah jika masih ada sahabat blogger yang masih mengenali diri ini. Walau apa pun aku masih menggingati sahabat blogger yang selalu ada memeriahkan blog ini. Terima kasih tak terhingga pada kalian. (:

Syukur Alhamdulillah walaupun blog ini telah lama tidak dipedulikan, tapi masih ada lagi yang menggikuti dan membaca diruangan ini. Semoga apa yang ada diruangan blog ini dapat memberi manfaat pada pembaca walaupun hanya sedikit.

InsyaALLAH, aku sebagai penulis blog unniesya’s story akan cuba kembali memberi komitmen pada blog ini. Salam sayang dan rindu buat sahabat blogger sekalian...^_^

I

Read more
By Yuni Aisyah | Thursday, March 17, 2011
Posted in: , |

Hidup ini tak selalunya indah.

Dear readers,

Aku ingin berkongsi kisah yang mungkin memberi kesedaran dan membuka pintu hati kita dalam melihat kehidupan ini. Tidak semua orang yang bernasib baik dan mendapat kebahagiaan yang dicari. Semua pastinya ingin kehidupan yang bahagia yang penuh dengan warna. Tapi tidak semua yang bernasib baik mendapatkannya.

Jika kita senang ingatlah bahawa masih ada yang susah. Jika kita kaya ingatlah ada orang yang miskin. Jika kita makan sedap ingatlah ada orang yang sedang kelaparan. Jika kita bahagia ingatlah ada orang yang dibelenggu kesedihan dan yang pastinya ingatlah jika kita dalam kesusahan akan ada yang lebih susah dan sarat dari yang kita lalui.

Dikala kita nyenyak tidur dikatil empuk, ada orang yang tidur beralaskan kertas.

Apa yang aku ingin kisahkan adalah kisah benar seorang pakcik yang baru sahaja aku temui selepas makan malam bersama keluarga di Ong Tai Kim Jalan Gombak.

Sampai saja disana aku melihat seorang remaja sedang menyorong kerusi roda seorang warga emas yang aku fikir adalah ayahnya. ‘wah!!baiknya jadi anak’ bisik aku dalam hati. Selepas beberapa ketika sewaktu sedang makan aku melihat warga emas yang tadi, tapi bersama orang lain pula. ‘Eh!!Mana la pulak anak dia yang tadi tu?’ Aku tertinjau-tinjau kelibat pakcik berkenaan.

Aku cuba tidak peduli dan menyambung kembali makan. Baru nak gerak balik lepas dah bayar semua aku ternampak pakcik yang sama, bersama orang lain pula. Dalam hati dah fikir lain dan adik aku pun perasan juga. ‘Eh!itu bukan pakcik tadi ke.?? ‘ kata adik. ‘ Tu lah akak pun perasan awat la pakcik tu kehulur-kehilir tapi yang dok sorong dia orang yang berlainan. Entah-entah anak dia tinggalkan dia tak? Tak pun pakcik tu sesat atau lupe jalan nak balik rumah sebab lupe ingatan.’ Bermacam tafsiran yang aku andaikan.

Jagalah dan kasihanilah ibu bapa kita. Jangan biarkan hidup mereka terabai. Ingatlah pengorbanan mereka membesarkan kita. Jangan buang mereka seperti sampah!

Keluar saja dari simpang plaza idaman berhampiran dengan traffik light dan stesyen BHP aku dan keluarga terkejut melihat pakcik tadi ditinggalkan begitu sahaja di bahu jalan. ‘Hah!!tu pakcik tadi…ape dia wat kat sini.???’ Dalam antonansi yang agak kuat kerana terkejut. Ayah memberhentikan kenderaan dan ibu bertanyakan sesuatu pada pakcik tersebut. ‘Pakcik buat ape kat sini sorang-sorang? Mana anak pakcik? Rumah pakcik kat mana?. Tanya ibu. Tapi tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut pakcik tersebut melainkan hanya membisukan diri dengan wajah yang terlukis kesedihan.

Jika anda kaya dan mempunyai wang? murahkanlah hati untuk menderma pada golongan yang tidak berupaya. Ingat harta didunia yang kita ada hanya pinjaman sahaja.

Ya ALLAH dengan kudung kedua-dua belah kaki dan sedang menjamah nasi kosong tanpa lauk-pauk menyentuh hati nuraniku. Hati aku meronta untuk menolong tapi apakan dayaku ayah terus berlalu meninggalkan pakcik yang malang itu. ‘Ayah kenapa kita tak tolong pakcik tu?tolong la hantar kat mana-mana pusat kebajikkan. Tak kan nak biarkan dia cantu aje? Ayah patah la balik kesian pakcik tu.’ Aku berkata dalam sendu. Memang sedih dan terkilan sebab tak dapat nak tolong.

Apa yang aku dapat lakukan adalah dengan menelefon polis dan memberitahu lokasi pakcik tersebut berada. Hati masih lagi sedih dan terkilan. Sampai sekarang aku masih terkenangkan nasib dan berfikir bagaimanalah nasib pakcik yang malang itu. Adakah polis dapat menemuinya? Hanya dengan doa yang mampu aku kirimkan moga pakcik tersebut dalam keadaan selamat.

Hulurkan tangan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Aku tidak dapat melupakan wajah sungul dan sayu pakcik tersebut. Hidup keseorangan tanpa keluarga disisi. Anak-anak pula entah hilang kemana. Tegarnya sanggup membiarkan bapa sendiri merempat sebegitu rupa dengan tiada keupayaan seperti manusia normal yang lain. YA ALLAH Kejam sungguh!! Celakalah mereka yang menderhaka dan membuang ibu dan ayah. Kalau dah tak mampu nak jaga pun letak la dirumah kebajikan janganlah buang macam sampah.!

Dari peristiwa yang berlaku ini telah memberi pengajaran yang ama bermakna bagi aku. Hidup ini tak selalunya indah dan belajarlah untuk mensyukuri nikmat yang telah ALLAH berikan kepasda kita walaupun nikmat tersebut hanya sedikit. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan moga pakcik tersebut tabah menghadapi ujian dari-NYA. Walau apa pun yang berlaku"Life must go on" bak kata Mr.Delirium a.k.a luthfi@Tandas Awam.

p/s hati ini tak tahan melihat mereka yang susah dan tidak berupaya..huhu..

Read more
By Yuni Aisyah | Monday, February 21, 2011
Posted in: , |

Hari ini hari ISNIN......!!!

Dear readers,

Hari ini hari ISNIN bertarikh 21/2/2011 aku akan memulakan tugas dan bekerja. Yeahh..!!yeeepppeee...!!permohon kerja aku telah pun diterima. Tak sia-sia aku berpanas dan berhujan pergi 'interview' sampai belang tangan dan muka. Tapi tu semua tak jadi masalah semangat punya pasal.hehe

Thanx pada seorang sahabat nie yang sentiasa dan bersama aku sewaktu 'interview'. Kalau tak kerana dia yang mengajak aku 'join' ke 'interview' tu pasti aku tak akan dapat kerja sampai sekarang. Dalam kegembiraan, aku agak sedih sebab aku aje yang diterima. Harap dia akan dapat kerja dengan segera. Wish u luck dear..!!

Yeah..!!!aku 'exited' nie..!! 'EXITED' ke??? Muka 'exited' dapat 'job' camnie ke.???haha. Tak sesuai langsung..!!

Masa sibuk2 cari kerja memang pantang kalau nampak iklan kerja nie.hehe. Tiap hari mesti usya 'paper' metro di ruangan iklan. Buka aje terus 'highlight' dan esok 'call' dan pergi ke tempat yang dituju untuk 'interview'. Kalau dalam kenderaan atau kebetulan jalan-jalan ternampak iklan yang ditampal dan iklan rentang di jalan raya atau dimana-mana pasti cepat-cepat cari pen dan catit no.tel. Semangat ter'over the limit' la pulak. :D

Moga permulaan hari ini akan dalam suasana baik hendaknya. Janganlah jumpa akak senior yang garang dan sombong, mintak simpang la semua tu. Harap-harap mereka dapat la beri tunjuk ajar kat aku yang tak ada pengalaman langsung lagi nie. Ok la nak masuk tido da nie esok nak kena bangun awal sebab jam 10 pagi mesti kena ada kat sana. Muahhh..love u all la...^-^ 'Gute nacht'.!!


Read more
By Yuni Aisyah | Wednesday, February 09, 2011
Posted in: |

Katakan TIDAK pada Valentine day.!!

Dear blogger,

Wah rasa lamanya tak update blog. Bukan malas tapi broadband tak bayar lagi. Sekarang ni tengah kering al-maklumlah penganggur terhormat.hehe..Nampak, duit memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ada duit semua boleh jalan tak ada duit tak boleh la nak buat apa-apa..huhu..

Pejam celik dah masuk bulan februari cepat betul masa berlalu. Hah..bulan februari?? Bulan februari lazimnya sinonim sebagai bulan kasih dan sayang. Bukan aku yang kata tapi mereka yang meraikannya. Sudah menjadi kebiasaan dan menjadi perkara perlu bagi masyarakat kini menyambut valentine day.

Apabila tibanya 14 Februari pasti pasangan bercinta mulalah sibuk mencari hadiah dan merancang aktiviti untuk mereka raikan bersama. Kononya hendak meraikan hari kekasih dan menzahirkan perasaan cinta mereka pada orang yang dicintai.

Tahukah kamu disebalik sambutan valentine day tersebut?

Sejarah valentine day.

Menurut info yang aku perolehi berkenaan sejarah asal-usul sambutan hari kekasih ini. ebruari sebenarnya adalah hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Tumbangnya kerajaan Islam ditangan paderi St. Valentino. Paderi ini telah dijatuhkan hukuman gantung mati disebabkan dia menentang penguasaan Romawi masa itu. Hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja paderi St. Valentino dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agamanya.

Jelas sekali ia tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam, malahan sambutan ini jauh menyimpang dan boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam. Bila difikirkan perlukah kita yang beragama Islam menyambut valentine day? Perlukah kita mengangungkan seorang paderi yang telah memusnahkan Islam?


Valentine day membawa bahana.

Sambutan valentine day hanya membawa bencana dan bahana pada kita sebagai umat Islam.Kenapa aku perkatakan sedemikian? Kerana pada hari tersebutlah pasangan berkasih yang masyuk dek cinta meraikan dan menzahirkan perasaan cinta dihati. Pastinya layanan dan kata-kata cinta lebih romantis dan bermakna dari segalanya.! Bila dah dikuasai cinta, berdua-duaan pula dan makin senang si syaitan durjana nak cucuk jarum. Terlalu sayang punya pasal sanggup menyerahkan badan 'NO PROBLEM' la.

Apa akan jadi pada 9 bulan akan datang? Musim mengawan sudah, jadi musim beranak pula. Masa tu banyaklah kes pengugguran janin, bunuh dan buang bayi. Masa melakukan hanya seronok yang difikirkan. Bila dah dapat hasilnya tak sanggup pula nak terima dan sanggup membunuh kerana nak tutup aib sendiri. Hari Valentine memang membawa bahana dan bencana! dan kamu yang menciptakannya dan terperangkap dalam jerat ciptaan sendiri.


Valentine day sambut tapi....Maulidul Rasul??hmmm

Jika ditanya valentine day bila semua angkat tangan boleh jawap. Tapi, jika ditanya maulidul Rasul bila semua pakat tunduk malu nak angkat tangan sebab tak tahu jawapannya. Inilah realiti yang berlaku kini.

Jika paderi St.Valentino disambut oleh penganut Kristian sebagai tanda kasih sayang kepada St. Valentine diatas pengorbanannya. Mengapa kita perlu menyambutnya? padahal kita beragama Islam. Mengapa kita perlu berikan pernghormatan itu kepada paderi Kristian? Penghormatan itu sepatutnya kita berikan pada Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita, umatnya yang amat beliau kasihi. Sedarlah selama ini Rasulullah SAW adalah penyelamat fitrah kita sebagai umat Islam.


Pedulikan kata-kata mereka kalau tidak meraikannya dikatakan kolot dan 'out date'.! Syukurlah kalau kita tak terjebak dalam sambutan valentine day dan terhindar dari perbuatan maksiat dan zina. Kita patut tahu dan sedar sambutan valentine day ini bertentangan dengan agama Islam dan boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita kepada ALLAH SWT. Terpulang pada kita sendiri untuk menentukan hala tuju dan kelakuan kita. Sedarlah hidup ini bukan untuk berhibur dan berseronok sahaja. Kita ada akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk jadi 'Lu fikirlah sendiri' bak kata nabil.


Katakan TIDAK pada Valentine day.!!

Read more
By Yuni Aisyah | Wednesday, January 05, 2011
Posted in: , , |

Mati 24 jam kerana sihir.!!

Dear readers,

Pasti ada diantara 'u all' pernah mendengar cerita berkenaan orang yang terkena buatan sihir sama ada sakit, dihantui ketakutan mahupun mati secara mengejut. Aku juga tidak terlepas dari mendengar dan berhadapan sendiri dengan mereka yang terkena buatan orang ini.

Semakin maju dunia, semakin rancak pula aktiviti tak bertamadun ini! Dengan sihir orang yang benci boleh jadi sayang, orang yang miskin boleh jadi kaya dan orang yang lemah boleh menjadi kuat. Ini semua kerja syaitan laknatullah yang sentiasa ingin menyesatkan anak-anak adam yang cetek agamanya dan keruh rohaninya.

Manusia-manusia yg tolol inilah yang sanggup membinasakan orang lain demi mencapai matlamat kotor mereka. Bersekongkol dengan syaitan demi mendapatkan apa yang dihajati sehingga sanggup membunuh.!Nauzubillah...



Ikuti kisah benar terkena buatan orang dibawah.

"Seorang wanita mati terkena sihir dalam waktu 24 jam. Bermula merasa sakit di leher hinggalah sakit yang amat dibahagia perut dan muntah yang mengeluarkan kaca. Wanita tersebut terus dikejarkan ke hospital oleh suaminya. Selepas diperiksa dan di scan apa yang diperolehi amatlah mengejutkan doktor.! Hasil scan terlihat beberapa ekor tikus yang hidup telah memakan organ dalaman wanita tersebut.!!Ya ALLAH..!!"

"Time tu juga pembedahan dijalankan untuk mengeluarkan tikus-tikus tersebut. Tikus telah berjaya dikeluarkan tapi malangnya nasib tidak menyebelahi mangsa. Wanita tersebut mati kerana mengalami kerosakkan organ dalaman yang teruk akibat dari gigitan tikus kiriman sihir."

Ini adalah kisah nyata yang dialami sendiri oleh kenalan ibuku. Kematian yang amat tragis dan ngeri.!! 'Ya Allah jauhilah kami dari hasad dengki manusia dan dari gangguan jin dan syaitan.'

Allah memberikan manusia dengan akal supaya manusia dapat berfikir dengan baik dan buruk sesuatu itu. Allah menganugerahkan manusia hati supaya menyayangi sesama manusia bukan menyakiti sesama sendiri. Tapi kini akal dan hati itu tidak digunakan kearah kebaikkan yang ada akal dan hati yang penuh dengan dendam, hasad dengki dan kejahatan.!!

Dalam sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah s.a.w.
"Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya, apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab, syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh nyawa tanpa haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh perempuan berzina."

p/s Ayah berpesan jaga diri baik-baik. Jangan jahat dengan orang, jangan ada hasad dengki dalam hati, sentiasalah bersederhana, jangan tinggal solat dan rajinlah baca Al-Quran supaya dapat menangkis dari perbuatan sihir. InsyaALLAH aku akan ingat pesanan ayah sampai bila-bila.

Read more
By Yuni Aisyah | Tuesday, November 23, 2010
Posted in: |

Saye yang 'busy'....

saye rindu nak update entry...tapi saye bz sgt2..
xde mse nak update entry n usya kawan2 punye blog...
kalo ade mase pon saye bantai rilex n tido sbb selalu tak cukup rest n tido..
thanx pada yg rajin mengomen n usya my blog yg tak seberapa nie..
maaf skrg nie x dpt nak balas kunjungan kalian...

saye skrg nie bz dgn assignment n juge persiapan utk exam..
lagi 2 minggu saje exam bermula..
insyaALLAH lepas abes exam nnti saye balas hutang2 yang tinggal tu...
kalo u all sudi doakanlah kejayaan saye ye...
nnti saye balas dengan klik nuffnang u all....hikhik
oke papai sampai disini saje, itu je yg saye nak bagitau..^_^


my pic utk tatapan teman sebagai pengubat rindu...itu pun jika ada yang rindu..^_^

p/s maaf penggunaan kosa kata yang salah dan ayat yang skema..hehe

Read more
By Yuni Aisyah | Thursday, October 14, 2010
Posted in: , , |

Kematian itu pasti.

Assalamualaikum,

Agak lama aku menyepikan diri tanpa entry baru dan sunyi tanpa berita. Terasa lama meninggalkan kebiasaan yang selalu aku lakukan singgah ke blog blogger yang lain. Harap kalian semua sihat walafiat hendaknya.

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkara dan peristiwa yang tragis dan meruntunkan hati. Setiap kali kita membaca akhbar pasti ada saja berita tentang kematian disebabkan dibunuh, bayi mati dibuang, bapa sembelih anak bini, dan yang paling banyak sekali kematian yang disebabkan kemalangan.


Lokasi kemalangan.

Kemalangan yang berlaku di Melaka pada tarikh keramat 10-10-2010 amat-amat meruntunkan hati. Hilang nyawa dengan sekelip mata dalam keadaan yang tragis dan ngeri amat-amat menakutkan. Terdetik dihati 'Ya Allah inikah cara kematian mereka?'. Ketika mereka masih hidup pasti mereka tidak akan menyangka yang mereka akan mati dalam cara dan keadaan seperti itu.

Kita yang masih hidup ini adakah menginggati akan kematian? atau masih diulit mimpi dan keseronokkan duniawi? “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)


Bersediakah kita menghadapi kematian?

Kematian berlaku dimana-mana, setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari. Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada pencipta-Nya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua.

Kematian bukan hal yang tabu bagi kita, aku, kamu, semua yang ada di bumi ini akan mengalami kematian. Adakah kita tahu saat ajal datang menjemput.? Tiada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Andai kita tahu pasti ramai yang menghabiskan waktu menghadap Illahi memohon keampunan sebelum hampir kematian itu. Andai kita tahu pasti siang dan malam kita tidak lekang dari menyebut nama-NYA.


Kita diibaratkan seperti burung dan malaikat Izrail adalah ular seperti gambar diatas.

Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua itu akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?

Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati kerana tidak bersedia menghadapi kematian kerana masih dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri. Menginggati akan kematian sebaik-baik kebijaksanaan akal dan kecergasan minda. Ingat akan mati dapat menyelamatkan diri dari kelazatan dunia dan dosa.


"Mati memisahkan kita dari duniawi,

Mati memisahkan kita dari kekusutan,

Mati memisahkan kita dari bahagia.

Mati adalah janji yang ditepati.

Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."

Read more
By Yuni Aisyah | Sunday, September 19, 2010
Posted in: |

Pemergianmu tak ku duga...

Assalamualaikum,

Sudah lebih seminggu aktiviti berblog aku tergendala disebabkan laptop rosak dan juga disebabkan aktiviti cuti aku yang padat. Banyak yang aku ingin kongsikan dan banyak juga yang aku tertinggal maklumt dan cerita paling pantas dari geng blogger.

Maklumat atau perkabaran yang baru sahaja aku ketahui tadi telah menyentap hatiku. Seorang sahabat aku bernama Erika Nadia(nad) atau lebih dikenali dengan Toh Tuan Tanah telah menghadap illahi pada 17hb september 2010 bersamaan dengan hari jumaat.

Tatkala mengetahui berita tersebut dada berasa sebak menahan sedih, tak ku sedar air mata ini tumpah. Ya ALLAH moga rohnya Engkau tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Aku telah kehilangan seorang sahabat yang amat baik dan juga peramah.

Rupa-rupanya pemergian nad ke Jepun sebenarnya untuk mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakitnya. Agak terkilan sebab baru dapat tahu selepas ketiadaan arwah, Tak sangka selama ini rupa-rupanya nad sakit..=(

'Moga nad bahagia dialam sana..yuni akan sentiasa doakan nad...I gonna miss u sayang..'

Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah dan mendoakan buat arwah nad yang tersayang...moga rohnya tenang disana..


"Dear sha,

Sha kita tak akan berkesempatan untuk berjumpa dengan nad, punah sudah segala yang kita rancang. Dah tak ada impian nak shopping sama-sama dan melancong sama-sama.=( Yuni tau sha sayang nad lebih, sha jgn sedih lagi tau sebab ajal maut kita ditangan Allah, kita sebagai manusia hanya merancang tapi yang menentukannya adalah yang Maha Pencipta. Sama-sama kita doakan kesejahteraan dan kebahagiaan nad kat sana, moga nad ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..Amin.."

Read more
By Yuni Aisyah | Tuesday, September 07, 2010
Posted in: |

Salam Aidilfitri, berhemahlah ketika memandu.



Menjelang Syawal yang kunjung tiba, hanya tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan berada dipenghujungnya. Pasti sekarang ini ramai yang sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk berhari raya. Semua pastinya sedang dikuasai mood raya. Raya-raya juga jangan disebabkan letih membuat segala persiapan untuk berhari raya ibadah puasa diabaikan.


Pada yang memandu untuk pulang ke kampung tu berhati-hatilah memandu. Kalau letih berhentilah di hentian R&R. Memandulah secara berhemah dan secara selamat. Jangan disebabkan nak cepat sampai nyawa melayang. Ingatlah orang yang tersayang, cuba bayangkan abah dan mak tunggu kepulangan anaknya kat kampung tu dengan hati yang gembira tetiba mendapat panggilan yang menyentap jiwa bahawa anak mereka telah tiada. Semestinya menjadi hari raya yang tragis.



Semoga segala kebaikan yang kita lakukan pada Ramadhan kali ini diterima oleh Allah SWT.

Salam Lebaran dan Maaf Zahir dan Batin dari saya-Yuni Aisyah.





Read more
By Yuni Aisyah | Monday, August 30, 2010
Posted in: |

Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia.

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Tinggal lagi lebih kurang 10 hari untuk kita mengerjakan ibadah puasa. Banyak perkara yang menyentap hati yang berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Setiap hari ada saja berita yng menyedihkan berlaku yang kita baca melalui akhbar tempatan mahupun luar negara seperti bencana alam, kemalangan jalan raya, pembunuhan yang mengerikan dan pelbagai lagi berita yang meruntunkan hati.

Andaikan perkara itu berlaku pada kita. Bolahkah kita menghadapinya dengan tabah dan menerima segalanya dengan rela? Kita yang melihat ini pun sudah merasa sedih apatah lagi yang menghadapinya. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kepiluan dan penderitaan itu.

Tidak terfikirkah kita, ketika kita sibuk menikmati hidangan berbuka puasa yang lazat, masih ada manusia yang hanya berbuka dengan hanya dengan roti kosong. Ketika ada dikalangan kita yang rakus membeli makanan terlalu banyak di bazar Ramadhan seperti tiada hari esok untuk makan tapi akhirnya tidak menghabiskan makanan yang dibeli itu, tidak terfikirkah kita ada manusia yang sedang menahan lapar dan dahaga kerana tiada bekalan makanan untuk di makan.

Adakah kita memikirkan semua itu.?


Hindari pembaziran.

Ada manusia yang terpaksa menyambung hidup dengan menjamah sisa makanan. Ada pula yang hanya tidur beralaskan kotak kerana hilang tempat tinggal. Ada juga anak-anak kecil yang merempat kerana kehilangan orang tua begitu juga sebaliknya orang-orang tua yang merempat kerana tidak diterima oleh anak mereka.

Adakah kita memikirkan semua itu?

Kalau direnungkan, tidakkah terfikir bahawa kita golongan yang sangat-sangat bertuah? Jadi berpada-padalah dalam segala hal. Jangan hanya mengikut nafsu-nafsi sahaja. Semua kejadian dimuka bumi ini ada hikmah untuk kita menginsafi diri dan merenung segalanya mengikut mata hati kita.

Cuba kita bayangkan sendainya kita berada ditempat saudara seislam kita di Gaza yang menderita sejak berabad lamanya. Tiada keseronokkan dan kegembiraan yang hanya ada adalah ketakutan, penderitaan, pengharapan dan kebencian. Tiada makanan yang lazat-lazat seperti yang kita biasa nikmati, kanak-kanak riang-ria bermain, tidur dengan aman dan bermimpi yang indah. Mereka tidak dapat merasai itu semua.

Bilakah agaknya tangisan dan penderitaan saudara seIslam kita di Gaza akan berhenti?

Mereka hidup seperti pelarian di bumi tumpah darah sendiri. Bunyi bedilan bom dan juga lepasan das peluru telah menjadi hal yang biasa bagi mereka. Terdengar tangisan anak kecil yang tidak tahu lagi penderitaan hidup. Setiap hari mereka dibayangi mimpi ngeri dan angan-angan untuk hidup gembira dan aman seperti angan-angan yang sukar untuk dikecapi.

Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang hidup aman permai selama ini. Kita seharusnya bersyukur kerana hidup dibumi yang berdaulat ini yang bebas dari ancaman penjajah. Terima kasih tak terhingga kepada bapa kemerdekaan kita iaitu Tunku Abdul Rahman kerana telah sedaya-upaya mendapatkan kemerdekaan untuk negara. Tak lupa juga kepada pemimpin negara yang selama ini dapat mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara.

Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Pertahankan dan kekalkan apa yang kita ada sekarang. Perlu ada persefahaman diantara kaum dan kita perlu bersatu hati. Dalam keadaan makmur dan permain ini kita perlu beringgat jangan segalanya direntap disebabkan kelalain kita. Kibarkanlah jalur gemilang, semoga Malaysia sentiasa memacu kearah masa depan yang lebih cerah. Salam Merdeka.!!

Kibarkanlah jalur Gemilang. Salam Merdeka.


Read more
By Yuni Aisyah | Tuesday, August 24, 2010
Posted in: |

Happy Birthday to me...^_^



Pada hari ini bertarikh 24 ogos 2010 genaplah usia aku yg ke-20..oppsss!! yang ke-22 la. Satu lagi angka bertambah dari tahun ke tahun. Alamak semakin tua rasanya.hehe..Syukur tak terhingga kepada Allah swt kerana masih memberikan aku peluang bernafas untuk meneruskan kehidupan dan merasai ranjau dan cerita kehidupan seorang 'Aku'.

Sewaktu kecil.


Kini dewasa.

'Terima kasih tak terhingga aku ucapkan pada ayah dan ibu yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dari sekecil tapak tanggan hingga besar sebegini rupa. Menahan karenah anakmu yang kadang-kala agak memeningkan kepala. Akan aku balas segala pengorbanan yang ibu dan ayah telah lakukan.'

Dengan bertambahnya usia, kini membuat aku lebih berfikir kearah masa depan dan berfikir perkara-perkara yang telah berlaku dalam hidup aku selama 22 tahun aku hidup dimuka bumi Allah ini. Banyak pertanyaan yang berlegar difikiran aku yang patut aku jawap sendiri.
Sudah bersediakah aku untuk ke alam dewasa? Macam-macam perkara bila menjadi orang dewasa yang perlu difikirkan dan lakukan. Tanggungjawap juga semakin besar dan mencabar. Dah bersediakah aku kearah itu? macam tak bersedia je..huhu


Cukup bersediakah aku ke alam dewasa??

Adakah aku cukup matang mengharungi hidup ini pada usia 22? Aku matang mengikut keadaan dan situasi sekeliling. Adakalanya aku boleh menjadi seorang yang matang dan adakalanya juga aku boleh menjadi seorang yang sangat tidak matang.haha..tapi hanya dengan orang tertentu expecialy with my adik-adik. Siap ada lagi nama group 'gila kentang girls'..haha..Bila bersama mereka aku memang gila.

Group 'gila kentang' hanya KAMI.;P

Ini lagi satu pertanyaan yang selalu aku risau dan runsing iaitu bab berkahwin. Bila nak kahwin?Opps!!pertanyaan ini dah sering aku dengar dari saudara mara "Bila lagi nak kahwin nie.?? Cepat-cepatlah kahwin." Oitt!!orang belajar pon tak habis lagi dah nak suruh orang kahwin. Still muda remaja lagi ok.!!haha.. Ada juga tu kawan-kawan ibu merisik bertanyakan aku nak jodohkan anak teruna mereka dengan aku. 'Alahai..maaflah makcik oi saya tak sedia lagi la'..!! Bab-bab kahwin ini tolak tepi dan jauh-jauh buat masa sekarang. Not now!! banyak yang perlu aku lakukan dan laksanakan dahulu.

Bila difikirkan selama 22 tahun aku hidup kat dunia ini apa yang dah aku capai dan kecapi? Belajar pon tak habis lagi. Kerja pon tak ada, dok habiskan duit orang tua lagi. Matlamat lak jangan cerita la, angan-angan je lebih. Tak ada satu pon yang terlaksana lagi.huhu. Tapi aku sangat-sangat berharap dapat selesaikan semua itu sebelum usia aku 25 tahun. Andai diberikan kesempatan dan umur yang panjang akan aku laksanakan segalanya dan jadikan angan-angan aku selama ini menjadi suatu kenyataan.^_^

Chaiyok-chaiyok buat diri aku sendiri..;D


"Thanx a lot to all my friends for the wishes my birthday. Aku hargai ucapan kalian. Walupun tiada hadiah tp dengan ucapan pun sudah memadai membuat hati aku gembira. Best dapat banyak wish daripada kawan-kawan.^_^"

p/s : Dah 2 tahun tak sambut besday dengan kek bersama keluarga. Sob2..sedihnya...=(. Masuk tahun ni kali kedua aku sambut besday pada bulan puasa. Kalo sambut di bulan puasa memang tak boleh la. Amat-amat busy..huhu


Read more
By Yuni Aisyah | Wednesday, July 21, 2010
Posted in: |

silence for a while..~~

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger dan juga penggunjung setia blog ini jika ada.(ada ke pengunjung setia blog aku nie.??jangan nak perasan unnie..haha)



Disini ada satu pengumum bahawa tuan empunya Blog Unniesya's Story akan menghilang buat sementara waktu kerana agak sibuk dengan final exam yang akan tiba pada 30hbjuly-8hbogos. Harap maklum~

Bermula dari minggu lepas aku tidak dapat BW dan membalas kunjungan rakan-rakan blogger disebabkan terlalu bz untuk menyiapkan assignment dan dalam pada masa yang sama juga membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

InsyaALLAH jika ada kelapangan waktu aku akan cuba juga membalas kunjungan kalian.


Friends pray for my success and keeping pray for me...hopefully I can perform the test properly...^_^


p/s : letihnya...x cukup tidur dan rehat..=(


Read more
By Yuni Aisyah | Thursday, July 01, 2010
Posted in: |

Unniesya's Story berwajah baru.


Sebenarnya nak bagitau yang Unniesya's Story dah berubah wajah. Dah tak ada backgroud hitam, header yg besar dan tulisan yang berwarna-warni seperti sebelum ini.

Layout lama.

Layout sekarang.

You all rasa layout yang lama ok atau sekarang?
Thanx to
Encik K-Satelite se
bab beliau la blog aku telah berubah wajah dari hitam menjadi putih. Beliau dengan murah hati dan rajinnya mengedit blog aku menjadi seperti sekarang.(kalau ada masa edit la bagi meletop lagi..hehe)

InsyaALLAH minggu ini juga link blog aku akan berubah dari http://unniesya.blogspot.com kepada www.unniesya.com. Invois untuk mendapatkan domain sudah dibuat, tinggal nak buat pembayaran sebanyak RM30 setahun. Murah kan.? Kalau nak buat jom terjah sepakuhosting.net.



p/s : Nak tukar layout nie pun fikir banyak kali.huhu..




Read more
By Yuni Aisyah | Sunday, June 20, 2010
Posted in: |

Selamat Hari Bapa

Selamat berhujung minggu dan selamat menikmati hari ahad yang permai ini bersama rakan-rakan yang disayangi dan keluarga tercinta. Habiskan masa yang terluang ini bersama-sama dengan orang yang dicintai. Kalau yang dah ada 'bf' atau 'gf' mesti 'you all' tengah sibuk dating. Betul tak? Aku lak kat sini online aje memanjang.hehe

'You all' tahu tak hari ini hari apa? sebenarnya hari ini 2o Jun 2010 adalah Hari Bapa, itu pun aku dapat tahu dari blog lanun. Tak sempat la aku nak sediakan apa-apa untuk ayah hari ni. Tapi tak apa la dengan ucapan dah memadai.


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah.

"Selamat Hari Bapa, ayah. Semoga ayah
dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik. Yuni akan sentiasa dan selalu mendoakan kesejahteraan ayah dan juga ibu. Jika ada tindakan yuni atau ada kata2 yuni yang menyakitkan ayah harap dimaafkan. Kasih sayang ayah akan yuni ingat sampai bila-bila. Tiada ayah tiadalah yuni didunia ini. Yuni ingin ayah tahu yang yuni sangat2 sayangkan ayah dan ayah adalah wira dihati yuni"


" Terima kasih ayah sebab ayah dah besarkan dan jaga budak kecil kat atas tu dengan penuh kasih sayang sehinggalah dia jadi dewasa sekarang."




Read more
By Yuni Aisyah | Saturday, May 22, 2010
Posted in: |

Itu..ini..semua tak boleh..huhu...

Erm..selama seminggu ni banyak yang kena aku jaga. Tak boleh buat suka-suka hati dan makan pun kena pilih tak boleh main bedal aje. Leceh gak bila nak makan itu dan ini ayah dan ibu bising sebelum aku makan lagi. Nasib baiklah cuma seminggu aku dalam keadaan berpantang ni.

Pantang larang yang perlu aku patuhi;

1- tidak boleh mengangkat benda berat.
2- minuman bergas.
3- minuman sejuk dan berais.
4- air tebu.
5- air kelapa.
6- buah nenas.
7- buah tembikai.
8- cili api.

Benda lain aku boleh excusse la tapi cili api tu macam tak boleh je. Dah la selama ni kalau makanan tak rasa pedas aku memang tak makan. Bukan selama seminggu je aku tak boleh makan, tapi lepas ni memang tak boleh makan cili api dah. Kalau makan juga takut sakit tu makin parah. Sedihnya..=(


Terpaksalah aku lupakan makanan kegemaran idaman kalbu iaitu masak lemak cili api. Oh tidak..!!

Read more