27Jun
2012
2012
Ada Apa Dengan Cinta.
Assalamualaikum,
Hye dear readers, Alhamdulillah my blog sudah pun siap sepenuhnya untuk beroperasi. Kali ini giliran untuk aku bercerita pula. Terasa lama sangat tidak menaip dan berkongsi cerita, apa ya yang ingin aku kongsikan? Sebenarnya entry kali ini berkaitan tentang cinta. Sudah lama diperam dan akhirnya inilah waktunya untuk dikisahkan. Jeng..jeng..."CINTA" ?? "Ada apa dengan CINTA".??
Apa yang aku tulis ini tiada kaitan dengan filem dari seberang tau. Tapi, Ada apa dengan cinta aku ini lain dari filem itu. Cinta? tahukah kita kan makna sebenar cinta? sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun sudah berkali jatuh cinta. Inilah hakikat dan realitinya yang sebenarnya kita masih buta akan makna sebenar cinta.Ya,aku sendiri mengaku tidak tahu erti sebenar apa itu cinta. Pada aku, cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, dan cemburu.

Di sekeliling, banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun menyemai cinta. Janganlah kita meletakkan 100% kepada cinta yang tidak pasti, kerana ia belum lagi menjadi nyata sebelum akad nikah. Perbatasan dalam cinta harus juga dijaga. Perlukah berpegangan tangan? Perlukah untuk berpelukan dalam bercinta? Itukah yang dinamakan cinta? Cinta yang hanya berpaksikan pada nafsu-nafsi semata. 'Ya ALLAH jauhi aku dari cinta yang sedemikian'.
Terdetik di kotak fikiran aku kadangkala, perlukah bercinta sebelum berumah tangga? perlukah? Aku dilahirkan ke dunia ini hasil percintaan ibu dan ayah. Aku adalah lambang cinta mereka. Jauh di hati, masih ada sekelumit rasa mahu mencintai dan dicintai. Tapi biarlah cinta yang datang adalah cinta yang halal bagiku. Tapi, andai belum tiba jodohku aku redha dan berazam akan terus menjadi manusia yang waras dan rasional. Selesaikan dahulu cita-cita dan impian aku yang belum terlaksana..

26 Comments
About Me

- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
..: Isi Blog Ikut Bulan :..
..: Total Post :..
- Awas! Lelaki buaya darat. (77 comments)
- Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!! (52 comments)
- Air mata dan Hati (50 comments)
- Cinta itu merumitkan!! (46 comments)
- Cantik fizikal Vs cantik hati. (45 comments)
- Kasihan CINTA...!! (43 comments)
- Jalan mudah dengan copy paste. (41 comments)
- Keluhan hati (40 comments)
- World Cup : Kehangatan Piala dunia 2010 kini bermula. (40 comments)
- Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego? (39 comments)
- Denggi jangan dekati aku lagi.! (39 comments)
- Wanita menangis bukan kerana lemah. (37 comments)
- Wahai wanita jangan terlalu murah..!! (36 comments)
- Itu..ini..semua tak boleh..huhu... (35 comments)
- Finally I'm back....! (34 comments)
..: Blog Status :..

BLOGGERS MALAYSIA
- Total Posts: 104
- Total Comments: 2326
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.
ReplyDelete... nice entry
yup...setuju....tu baru namanya sejiwa..:)
ReplyDeletetq wanzi..:)
terbaikk la kak ! excited tau nak tunggu jodoh kita . btw , wani suka doa yg last tu.
ReplyDeletelast but not least, welcome back ! ! :XD
wah...excited ek.???btol2...x sabr kot nk tunggu...haha...sape la agaknya kn.?:D
ReplyDeleteBest best best. I like. betul tu cik yuni "Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara total." Alahai terindu la pulak. hik3.. :p
ReplyDeleteaik terindu sape la tu ????:D
Deletenice entry! ^^ btol tu. skrg ni pn br je couple dh lebih2 mcm dh kawen pn ada. buknnye komfem pn tu jodh kite. huhu. btw sy ni pn tgh tggu sape lah bakal suami sy ek. eceh. hahaha
ReplyDeletebtol tu....bru bercinta tp gayanya mcm org yg dah kawen.....tu la realitinya kini..huhu
Deletekte tunggu jodoh kte sesama la ek cik haz..:)
kenal saling memahami nie..hee..=)
ReplyDeletehehe...persefahaman tu penting kalo nak kekal.....tp x jd juga kalo perhubungan tu x diladaskan diatas jln ALLAH....
Deletebtol2..sy sokong..=)
Deletehehe....:))
Deletebaca entry ni dan teringatkan seseorang.. haha.. hrp dia baik2 aja..
ReplyDeleteehem2..ingtkat kenangn lalu ye...hehe......
Deleteni entri cocok di baca sama sobat yang lagi galau..haha
ReplyDeletekamu galau mesti lagi ada masalah cinta....hahaha
Deletebetul,kita hanya merancang Tuhan menentukan.Cinta yang halal pasti hakiki.:)
ReplyDeleteinsyaALLAH...tawaduk dalam pencarian....:)
Deletecinta itu sukar diramal kesudahannya...
ReplyDeleteyup....bila kita yakin yg dia jodoh kita tp tup2 dia tinggalkan kita...ending cinta yg menyakitkan....tp itulah hakikat n realiti yg perlu kita hadapi...
DeleteNICE ENTRY!!! :)
ReplyDeleteLIKE IT!!
Jom sertai giveaway contest blog Askrie Hishamuddin. Tarikh tutup penyertaan 7 July 2012 ini. Cepat tau! :)
thanx askrie....
Deleteok..nnti sy tgk...insyaALLAH akn join..:)
cinta. anugerah dari Ilahi.
ReplyDeletegimana kita 'bermain' dengan cinta, itu yang membezakan.
semuga kita beroleh rahmat-Nya :)
Amin ya robb....:)
ReplyDeleteNurul pon terpikir jugak perlu ke bercinta sebelum kawen..tpi nak redha Allah.Nak suroh org selidik.tapi ade laki dgn kawan baik tpi bila dgn bini marah2..macam2..adeh..harap dapat jodoh yg baik2 ..kak yun pon sme.. ^__^
ReplyDeletekte cari redha ALLAH smaa2 ye adek nurul....n kte doa sesama moga jodoh yg baik untuk kte..:) AMIN>...
Delete