Bijaklah memilih cinta

Setiap orang pasti ada pilihan yang tersendiri dalam memilih pasangan dan yang pasti hampir rata meletakkan kriteria seperti cantik/kacak dan berdui sebagai pilihan utama. Bak kata orang yang mata duitan 'Ada duit boleh jalan, tak ada duit boleh bla!'.

Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!!

Harga Tokek 50 Juta..!!! Terkejut aku bila mengetahui harga tokek melalui lawan sensawang. Harga tokek dinilai melalui berat, berat tokek melebihi 1000grm harga dia memang gila-gila punya. Setakat ini tokek terbesar yang pernah ditemui seberat 64KG dan terjual dengan harga RM64juta.

Kata-Kata Mutiara Untuk Renungan Jiwa

Apabila hati berubah, perbuatan akan berubah. Apabila perbuatan berubah, tabiat akan berubah. Apabila tabiat berubah, manusia yang hidup akan berubah. Apabila manusia yang hidup berubah, nasib akan berubah.

Awas! Lelaki buaya darat.

Kebiasaannya lelaki buaya darat memiliki rupa paras yang tampan dan pandai bermain kata-kata. Cukup bermodalkan paras rupa dan ayat manis pasti ramai wanita naif akan menjadi korban cinta mereka. Sungguh kasihan.

Calon suami yang baik

Sebagai wanita pasti mendambakan seorang lelaki yang baik menjadi suami. Kita melihat seseorang lelaki itu pada kerjayaan mereka atau pada kebaikkan mereka.?? Kadang-kadang kita tersilap melihat lelaki pada kerjayanya. Kita beranggapan lelaki yang baik adalah lelaki yang mempunyai kerjaya yang membanggakan. Sebenarnya seorang lelaki yang baik adalah terletak pada agamanya.

Wanita menangis bukan kerana lemah.

Bagi aku, perempuan menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Perempuan menangis kerana ada alasan dan sebabnya.! Aku sendiri sering juga menangis untuk melepaskan emosi dan kekecewaan yang melanda. Menangis adalah terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda.

06 October 2011

[Just a Story] Amaran untuk tidak KENTUT didepan GAY


Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut. 


Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.

"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.

"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!! 

Shared by: YDtaurus - Source: Cerita Lawak

30 May 2011

Bijaklah memilih cinta.


Setiap orang pasti ada pilihan yang tersendiri dalam memilih pasangan dan yang pasti hampir rata meletakkan kriteria seperti cantik/kacak dan berdui sebagai pilihan utama. Bak kata orang yang mata duitan 'Ada duit boleh jalan, tak ada duit boleh bla!'.

Lumrah sebagai manusia menggiginkan kesempurnaan, tapi nilaikan dahulu sebaik-baiknya. Jangan hanya kerana paras rupa menawan dan harta yang banyak segalanya dipandang elok. Jangan hanya kerana ingin mengejar kebahagiaan didunia maruah tergadai. Bijaklah memilih cinta untuk kebahagiaan yang berkekalan jangan menyesal dikemudiaan hari.

Orang kaya tidak semestinya kaya budi pekertinya.
Orang miskin tidak semestinya miskin budi pekertinya.
Orang cantik tidak semestinya cantik pula hatinya.
Orang tidak cantik tidak semestinya tidak cantik hatinya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu bahagia." Melalui sabda Rasulullah s.a.w ini telah memperlihatkan bahawa kriteria yang utama dalam mencari pasangan adalah agamanya.

Kesempurnaan terletak dimana kita sanggup menerima kekurangan pasangan kita. Tipulah jika hati tidak suka akan kecantikkan dan kekayaan. Itu lumrah manusia suka melihat akan keindahan. Tapi jangan jadikan pilihan tersebut sebagai pilihan utama.


' Andai satu saat nanti aku dianugerahkan jodoh, demi ALLAH s.w.t dialah yang paling sempurna bagi ku dan aku akan menerima dengan rasa syukur..'

22 May 2011

Utusan Malaysia Online : 13 maut, 3 tertimbus.


HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.

Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Sumber : Utusan malaysia Online

20 May 2011

Anak Kucing Bermata Satu [By: Yudha]


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.


Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.


Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

02 May 2011

Calon suami yang baik.


Assalamualaikum,

Sebagai wanita pasti mendambakan seorang lelaki yang baik menjadi suami. Kita melihat seseorang lelaki itu pada kerjayaan mereka atau pada kebaikkan mereka.?? Kadang-kadang kita tersilap melihat lelaki pada kerjayanya. Kita beranggapan lelaki yang baik adalah lelaki yang mempunyai kerjaya yang membanggakan. Sebenarnya seorang lelaki yang baik adalah terletak pada agamanya.

Ramai yang beranggapan mereka yang beragama adalah mereka yang dari sekolah agama, ustaz dan imam. Tanggapan ini adalah tidak benar, kita silap andai beranggapan mereka yang bersekolah agama dan mengetahui tentang agama adalah lelaki yang baik. Kadang-kadang dari kalangan mereka juga ada yang buruk sikapnya dan bertindak kasar. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami.



10 sifat calon suami yang baik.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Wanita bijaklah memilih lelaki sebagi pendamping hidupmu. Lihatlah pada sikap dan sifat-sifat terpuji yang ada pada mereka. Andai ada diantara lelaki yang kamu kenali mempunyai sifat-sifat terpuji diatas jadikanlah mereka sebagai pendamping hidup kamu. Berdoalah agar diberikan jodoh yang baik dan soleh walaupun seperti agak payah untuk menemui lelaki sedemikian pada zaman ini tapi insyaALLAH dengan doa dan izin ALLAH pasti menemuinya. Walahualam...

09 April 2011

Hidup ini.


Dear readers,

Hati bertanya sendirian 'apa ertinya hidup ini?' kita hidup didunia ini untuk apa? Apa yang kita cari sebenarnya?

Ada orang berlumba-lumba mencari harta sehingga lupa diri dan menjadi tamak..
Ada pula orang yang mencari cinta sehingga cinta itu sendiri memakannya..
Ada pula orang itu berkejaran mendaki puncak kemakmuran sehingga sanggup menindas..
Ada pula orang berperang untuk mendapatkan kekuasaan sehingga sanggup membunuh,...

Apalah erti semua ini? Inikah yang kita cari dalam hidup ini? Sia-sialah mereka yang seperti ini!

Nikmatilah hidup ini dengan sebaik-baiknya. Kita hidup didunia hanya sementara, diakhirat kelak adalah kekal. Hidup hanya sekali, jadi hargailah ia dengan sebaik mungkin.

Allah telah memberikan kita akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk sesuatu itu.
Allah berikan kita mata untuk melihat keajaiban-NYA dan mensyukuri akan nikmat-NYA.
Allah berikan kita telinga untuk mendengar dan menilai sesuatu perkara itu.
Allah berikan kita mulut dan suara untuk kita lontarkan kata-kata berhemah.
Allah berikan kita anggota badan untuk kita melakukan suruhan-NYA melalui perbuatan.

Jadi gunakanlah pancaindera yang telah ALLAH anugerahkan kepada kita ini dengan sebaik-baik mungkin.


Jangan biarkan hidup kamu diselubunggi kegegalapan. Tujulah cahaya kejayaan dan kebahagiaan.

Hidup tanpa kasih sayang tidak akan beerti...
Hidup tanpa mensyukuri nikmat-NYA akan sia-sia...
Hidup tanpa usaha akan menjadikan kita rugi..
Hidup tanpa akal menjadikan kita manusia yang bodoh..
Hidup tanpa keberanian kita akan ketinggalan..

Kuatkan hati, tabahkanlah jiwamu, sematkan azimatmu, dan yakinlah akan kemampuan insyaALLAH kejayaan pasti beroleh.

04 April 2011

Sungha Jung Mp3 Version (Request Accepted)




Pendek cerita pasal Sungha Jung:
Sungha Jung (Korea Selatan Lahir pada 2 September 1996)
Sungha Jung yang berasal dari Korea Selatan.
Dia mempunyai impian untuk menjadi gitaris fingerstyle profesional akustik.
Saat ini, Saat ini dia mengambil pelajaran drum dan gitar fingerstyle secara sendiri.
Dulu dia tidak mempunyai tab untuk muzik, jadi dia hanya mendengar dan belajar dari dalam video yang tersedia di internet.
Namun, baru-baru ini, dia mula bermain dengan tab asli dengan meniru sama dengan milik pengarang lagu tersebut"

Ini ada beberapa lagu yang sangat sedap untuk di dengar. Jika berminat sila download versi Mp3 dari setiap lagu yang ada.


(Titanic Theme) My Heart Will Go On - Sungha Jung


Mp3 Version:




(Sting) Fields of Gold - Sungha Jung


Mp3 Version:




(Simon & Garfunkle) The Boxer - Sungha Jung


Mp3 Version:




(Michael Jackson) Billie Jean - Sungha Jung


Mp3 Version:




(Metallica) Nothing Else Matters - Sungha Jung


Mp3 Version:




(Bruno Mars) Grenade - Sungha Jung


Mp3 Version:


Kalau ade sesape nak lagu beliau yang lain, sila request kat komen.. nanti saye bagi MP3 version. :)

Shared by: http://twitter.com/YDtaurus

03 April 2011

Kata-Kata Mutiara Untuk Renungan Jiwa



  • Jangan angkuh di hadapan orang yang rendah hati, dan jangan merendah diri di hadapan orang yang angkuh.

    Lelaki selalu ingin menjadi cinta pertama dari seorang wanita - wanita bahagia menjadi cinta terakhir dari seorang lelaki.

    Semua penyakit berakar pada ketiadaan atau keringnya cinta.Patah hati merupakan kehancuran bagi wanita tetapi pengalaman bagi lelaki.

    Jika hati ingin, ia akan menemukan seribu jalan, tetapi jika ia tidak ingin, ia akan menemukan seribu alasan.

    Hati nurani yang bersih tidak pernah takut pada ketukan pintu tengah malam.Hati yang terluka seumpama besi yang bengkok, walau diketuk sulit untuk kembali ke bentuk asalnya.

    Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.

    Suara hati kita begitu lembut sehingga mudah untuk mematikannya, tetapi suara hati kita juga begitu jelas sehingga tidak mungkin keliru.

    Kerana cinta yang pahit berubah menjadi manis, kerana cinta tembaga berubah menjadi emas. Kerana hampas berubah menjadi sari murni, kerana cinta pedih menjadi ubat. Kerana cinta kematian berubah menjadi kehidupan, kerana cinta raja berubah menjadi hamba.

    Tidak ada satu ubat pun yang boleh menyembuhkan sakit hati, kecuali keikhlasan.

    Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

    Kebahagiaan biasanya merupakan hasil dari sebuah pengorbanan.

    Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai cermin diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya.

    Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

    Jangan bermimpi jadi kucing kalau tidak pernah jadi tikus. Jangan pernah memaksakan diri jadi pemimpin kalau belum pernah merasakan perjuangan menjadi pengikut.

    Saya belajar bahwa orang yang tidak memberi perhatian seperti yang saya inginkan tidak berarti dia tidak mencintai saya.

    Berbaik hatilah, sebab setiap orang yang kau jumpai sedang menghadapi perjuangan yang lebih hebat.

    Cinta seringkali akan lari jika kita mencari, tetapi cinta juga seringkali dibiarkan pergi bila ia datang menghampiri.

    Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan.

    Kebingungan merupakan penyebab utama dari kesedihan hati.

    Masalah moral pada zaman kita adalah cinta terhadap uang.

    Apabila hati berubah, perbuatan akan berubah. Apabila perbuatan berubah, tabiat akan berubah. Apabila tabiat berubah, manusia yang hidup akan berubah. Apabila manusia yang hidup berubah, nasib akan berubah.

    Apabila hati dan jantung wanita berdebar, maka itulah tandanya cinta telah hadir.

    Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

    Selama masih ada cinta selama itu pula seseorang akan memikirkan pasangannya sebagaimana ia memikirkan dirinya sendiri.

    Keindahan persahabatan adalah bahwa kamu tahu kepada siapa kamu dapat mempercayakan rahasia.

    Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

    Cinta adalah kebiasaan yang paling sulit untuk dihentikan, dan paling sulit untuk dipuaskan.

    Masa depan adalah milik mereka yang percaya kepada mimpi-mimpi mereka.

    Berwasapada dalam menilai pendapat orang adalah ciri kedewasaan jiwa.

    Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.

    Rasa percaya diri adalah kunci rahsia pertama dari kejayaan seseorang.

    Orang yang mencintai orang lain, akan dicintai juga sebagai balasannya.

Shared by: http://twitter.com/yudha_unik

17 March 2011

Hidup ini tak selalunya indah.


Dear readers,

Aku ingin berkongsi kisah yang mungkin memberi kesedaran dan membuka pintu hati kita dalam melihat kehidupan ini. Tidak semua orang yang bernasib baik dan mendapat kebahagiaan yang dicari. Semua pastinya ingin kehidupan yang bahagia yang penuh dengan warna. Tapi tidak semua yang bernasib baik mendapatkannya.

Jika kita senang ingatlah bahawa masih ada yang susah. Jika kita kaya ingatlah ada orang yang miskin. Jika kita makan sedap ingatlah ada orang yang sedang kelaparan. Jika kita bahagia ingatlah ada orang yang dibelenggu kesedihan dan yang pastinya ingatlah jika kita dalam kesusahan akan ada yang lebih susah dan sarat dari yang kita lalui.

Dikala kita nyenyak tidur dikatil empuk, ada orang yang tidur beralaskan kertas.

Apa yang aku ingin kisahkan adalah kisah benar seorang pakcik yang baru sahaja aku temui selepas makan malam bersama keluarga di Ong Tai Kim Jalan Gombak.

Sampai saja disana aku melihat seorang remaja sedang menyorong kerusi roda seorang warga emas yang aku fikir adalah ayahnya. ‘wah!!baiknya jadi anak’ bisik aku dalam hati. Selepas beberapa ketika sewaktu sedang makan aku melihat warga emas yang tadi, tapi bersama orang lain pula. ‘Eh!!Mana la pulak anak dia yang tadi tu?’ Aku tertinjau-tinjau kelibat pakcik berkenaan.

Aku cuba tidak peduli dan menyambung kembali makan. Baru nak gerak balik lepas dah bayar semua aku ternampak pakcik yang sama, bersama orang lain pula. Dalam hati dah fikir lain dan adik aku pun perasan juga. ‘Eh!itu bukan pakcik tadi ke.?? ‘ kata adik. ‘ Tu lah akak pun perasan awat la pakcik tu kehulur-kehilir tapi yang dok sorong dia orang yang berlainan. Entah-entah anak dia tinggalkan dia tak? Tak pun pakcik tu sesat atau lupe jalan nak balik rumah sebab lupe ingatan.’ Bermacam tafsiran yang aku andaikan.

Jagalah dan kasihanilah ibu bapa kita. Jangan biarkan hidup mereka terabai. Ingatlah pengorbanan mereka membesarkan kita. Jangan buang mereka seperti sampah!

Keluar saja dari simpang plaza idaman berhampiran dengan traffik light dan stesyen BHP aku dan keluarga terkejut melihat pakcik tadi ditinggalkan begitu sahaja di bahu jalan. ‘Hah!!tu pakcik tadi…ape dia wat kat sini.???’ Dalam antonansi yang agak kuat kerana terkejut. Ayah memberhentikan kenderaan dan ibu bertanyakan sesuatu pada pakcik tersebut. ‘Pakcik buat ape kat sini sorang-sorang? Mana anak pakcik? Rumah pakcik kat mana?. Tanya ibu. Tapi tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut pakcik tersebut melainkan hanya membisukan diri dengan wajah yang terlukis kesedihan.

Jika anda kaya dan mempunyai wang? murahkanlah hati untuk menderma pada golongan yang tidak berupaya. Ingat harta didunia yang kita ada hanya pinjaman sahaja.

Ya ALLAH dengan kudung kedua-dua belah kaki dan sedang menjamah nasi kosong tanpa lauk-pauk menyentuh hati nuraniku. Hati aku meronta untuk menolong tapi apakan dayaku ayah terus berlalu meninggalkan pakcik yang malang itu. ‘Ayah kenapa kita tak tolong pakcik tu?tolong la hantar kat mana-mana pusat kebajikkan. Tak kan nak biarkan dia cantu aje? Ayah patah la balik kesian pakcik tu.’ Aku berkata dalam sendu. Memang sedih dan terkilan sebab tak dapat nak tolong.

Apa yang aku dapat lakukan adalah dengan menelefon polis dan memberitahu lokasi pakcik tersebut berada. Hati masih lagi sedih dan terkilan. Sampai sekarang aku masih terkenangkan nasib dan berfikir bagaimanalah nasib pakcik yang malang itu. Adakah polis dapat menemuinya? Hanya dengan doa yang mampu aku kirimkan moga pakcik tersebut dalam keadaan selamat.

Hulurkan tangan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Aku tidak dapat melupakan wajah sungul dan sayu pakcik tersebut. Hidup keseorangan tanpa keluarga disisi. Anak-anak pula entah hilang kemana. Tegarnya sanggup membiarkan bapa sendiri merempat sebegitu rupa dengan tiada keupayaan seperti manusia normal yang lain. YA ALLAH Kejam sungguh!! Celakalah mereka yang menderhaka dan membuang ibu dan ayah. Kalau dah tak mampu nak jaga pun letak la dirumah kebajikan janganlah buang macam sampah.!

Dari peristiwa yang berlaku ini telah memberi pengajaran yang ama bermakna bagi aku. Hidup ini tak selalunya indah dan belajarlah untuk mensyukuri nikmat yang telah ALLAH berikan kepasda kita walaupun nikmat tersebut hanya sedikit. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan moga pakcik tersebut tabah menghadapi ujian dari-NYA. Walau apa pun yang berlaku"Life must go on" bak kata Mr.Delirium a.k.a luthfi@Tandas Awam.

p/s hati ini tak tahan melihat mereka yang susah dan tidak berupaya..huhu..

15 March 2011

Dunia tanpa Facebook.



Facebook akan ditutup pada 15 Mac hari ini! Benarkah FB akan ditutup ataupun hanya satu gimik?(Facebook will end on MARCH!!) Pasti ramai yang akan kecewa andai FB benar-benar menutup segala operasinya. Rata-rata hampir setiap orang mempunyai akaun FB. Jika tiada akan dikatakan tak update dan ketinggalan zaman.

Facebook kini telah menjadi satu fenomena didunia dengan jumlah pengguna melebihi 600 juta seleruh dunia. 600 juta..??? Dah sah penduduk diseluruh dunia memang gilakan FB. Cuba bayangkan dunia tanpa FB? Tiada lagi teman hari-hari, tiada lagi hiburan bermain game seperti farm ville, tiada lagi tempat meluahkan rasa dan tekanan dihati dan tiada lagi tempat bergurau senda bersama-sama teman online. Bolehkah kita membiasakan diri tanpa FB dihari-hari yang mendatang.?




Facebook bukan hanya sebagai jaringan mencari teman tapi lebih kepada tempat meluahkan perasaan. Tidak kiralah perasaan marah, cinta, kekecewaan dan kegembiraan. FB telah menjadi tempat melepaskan bebanan perasaan dan menjadi alternatif baru dalam terapi emosi yang pantas . Nanti jika Fb ditutup takut pula ada yang gila sebab tak dapat online FB.

Bagi aku tiada masalah Fb ditutup kerana masih ada jaringan social yang boleh didapati di alam maya contohnya MYspace, Tagged, dan Friendster yang dapat gantikan FB. Selain itu cuba luangkan lebih masa diluar bersama rakan-rakan dan keluarga untuk mengurangkan ketagihan FB. Biasakan diri tanpa FB, bukan boleh mati pun kalau tak dapat main FB.


P/s Dulu mana tahu FB tu apa. Kawan mintak email fb tak tahu nak jawap apa sebab memang tak tahu FB tu apa.???hikhik.


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More