Posted in:
By Yuni Aisyah 33 comments

Selamat menunaikan Ibadah Puasa.|Doa berpuasa & Berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum,


Semoga teman-teman dan para pembaca yang dirahmati ALLAH dalam keadaan baik hendaknnya. Tinggal beberapa hari saja lagi kita sebagai umat Islam akan mengerjakan rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa pada bulan ramadhan. Tak sabar rasanya nak menjalankan ibadah puasa (mood excited sangat..!!hehe).


Pada sesiapa ada yang terlupa niat berpuasa dan juga berbuka puasa disini aku kongsikan doa berpuasa dan juga berbuka puasa.

Doa berpuasa


Amalkan doa ini sebelum tidur atau sewaktu bersahur sebelum tibanya waktu Imsak.

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini - kerana Allah Ta'ala"

Jika takut akan terlupa untuk membaca doa berpuasa pada hari-hari yang lain sebaiknya pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz'..LiLLahi Ta'ala'.

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini, sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"

Jika dibaca bermaksud kita berniat puasa untuk seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.


Doa berbuka puasa.

Selepas dari terbit fajar hingga terbenam matahari kita mengerjakan ibadah puasa, tiba saatnya untuk berbuka puasa di waktu maghrib. Mulakanlah berbuka puasa dengan doa:

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimi.

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Apa-apa saja doa yang baik sepatutnya tidak menjadi masalah kalau kita ikhlas dan niat kerana Allah. Allah tahu apa saja yang terdetik dihati hambanya.^_^
Selamat mengerjakan Ibadah puasa aku ucapkan buat teman sekalian. Mohon maaf andai ada kesalahan dan kealpaaan baik yang tidak di sengajakan mahupun yang di sengajakan. Semoga kita dapat mengerjakan ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t, InsyaALLAH. Lipat gandakanlah amalan kebaikkan untuk mendapat pahala dan ganjaran dari ALLAH SWT. Semoga kita diampunkan dan dijauhkan dari seksaan api neraka.

Suke Entry Ini?

33 Comments
Fb Comments

33 comments:

  1. thnkx yuni coz buat entry ni..leh btulkan skit tajwid2 eheh

    ReplyDelete
  2. leh je..sila la afiq betulkan..=)

    ReplyDelete
  3. akak , thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. thx syg :)
    slmt berpuasa dear
    mmuah!

    ReplyDelete
  5. slmt berpuasa juga lalink..=)

    ReplyDelete
  6. selamat berpuase yuni~
    =)

    ReplyDelete
  7. yuni..
    salam ramadhan & slmat bpuasa ^^

    ReplyDelete
  8. erk..apasal aku rasa tetita terkena sakit gastrik nih..haha.
    selamat berpuasa penuh tahun ini ok.. :P

    ReplyDelete
  9. haha..ko dah start pose ke.??hahaha.. xtau la thn nie ak bleh pose penuh or x..insyaALLAH la..;D

    ReplyDelete
  10. selamat berpuasa n semoga kite mendapat rahmat di bulan yg mulia ini. selamat beramal ibadah di bulan pose.. =)

    ReplyDelete
  11. slmt bpuasa dear.. sori lama tak jenguk. bkn tak jenguk sbnrnya, jenguk tapi tak dpt tggalkan jejak. tak keluar sbox (atau dah buang?) dan page ni jadi bersepah, sebab internet maCy yg sengal. maaf ya! :)

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa ...
    weeeeee


    >>___<<


    niat pose. keh3x

    ReplyDelete
  13. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

    ReplyDelete
  14. selamat berpuasa esok yer...

    ReplyDelete
  15. selamat berpuasa juga kawan2..=)

    ReplyDelete
  16. selamat berpuasa, semoga tabah menghadapinya,..

    ;p buka puasa makan meggi mee..!

    ReplyDelete
  17. xaturen : buke ppose dgn megi mee je.??ciannyer..huhu

    ReplyDelete
  18. salam ramadhan..

    senyum2 sll..

    ReplyDelete
  19. sila cube wat popiah tue..best2..=)

    ReplyDelete
  20. ok nnti yuni cube..thanx tau sbb share resepi best tu..hehe

    ReplyDelete
  21. Selamat berpuasa!! korang dijemput follow blog movie ini .. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar da.. ]

    ReplyDelete
  22. lame x nmpk juan..ok2..pape pon selamat berpuasa n berbuka..=)

    ReplyDelete
  23. Selamat berpuasa!! korang dijemput follow blog movie ini .. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar da.. ]

    ReplyDelete
  24. slamat berpuase..im ur follower?????

    ReplyDelete
  25. slmt berpuasa juga sharimie..=)
    rasanya blum lg kot..

    ReplyDelete
  26. ye selamat berpuasa buat fiezah. Hope pose penuh thn nie..hhehe

    ReplyDelete
  27. Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan yunk.. semoga kita sama2 dapat usaha tingkatkn amal kita sempena Ramadhan kali ini k, insyaAllah.. aminn ^_^

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^