30Sep
2012
2012
Tentang Hidup.
Assalamualaikum...
Pernahkah kita semua berfikir persoalan tentang hidup, seperti apa hidup ini? Apa yang kita cari demi hidup? Pasti diantara kita memikirkannya dan tak kurang juga pasti keliru tentang hidup dan menyoalkan persoalan yang luar batasan kita untuk berfikir. Kenapa kita hidup? Kenapa hidup kita seperti ini dan begitu? Kenapa harus begini? Kenapa dan mengapa? Ya, aku akui hidup perlu untuk difikirkan dan ditelitikan. Berfikirlah dengan akal fikiran yang sihat mengapa hidup ini harus begitu?Hidup sesuatu yang kita perlu hadapi dengan penuh kesabaran. Hidup adalah satu tanggungjawab yang kita perlu pikul. Semua orang pasti berhadapan dengan cubaan dan cabaran hidup. Sekuat manapun kita menolak takdir hidup, kita tidak akan dapat lari dari kenyataan. Hanya orang-orang yang kuat mental dan imannya akan berjaya mengharunggi segala onak, duri dan ranjau kehidupan.
Berfikir tentang hidup bagaikan tiada kesudahannya. |
Kadang kita terleka dalam hidup, terlalu memikirkan keseronokkan semata. Terlena dengan indahnya dunia, lupa pada hakikat sebenar hidup dan terlupa pada sang Pencipta. Terlalu memikirkan keseronokkan bagai tiada penghujungnya, seperti hidup didunia ini untuk selamanya dan tiada pengakhirannya. Janganlah bertindak sebegitu, seperti orang yang hilang akal. Berfikirlah dengan logik akal dan berhentilah dari menzalimi diri sendiri dari melakukan perkara yang tidak benar.
Ingatlah hidup kita bukan hanya didunia semata, tapi diakhirat juga. Jadi seimbangkan kehidupan didunia mahupun akhirat. Amalan dan kebaikkan yang kita lakukan sewaktu hidup didunia inilah membawa kepada kebaikkan hidup diakhirat nanti. Berbuat baiklah sewaktu hidup didunia, kelak diakhirat kebahagiaan yang sebenar akan menanti. Disanalah kebahagiaan yang sebenarnya dan abadi.
Susurilah jalan yang lurus dalam menuju hidup yang benar. |
Kadang kita lemah berhadapan dengan cubaan hidup yang datang silih berganti. Jiwa yang rapuh mulai membuat kita goyah dan layu menghadapi segalanya. Saat itu kita perlukan kekuatan, walaupun dengan hanya secebis kata-kata semangat, ianya boleh membawa satu aura semangat dalam diri kita untuk menghadapi hidup ini dengan sebaik yang mungkin.
Bila mana tiada siapa yang menolong kita berhadapan dengan permasalahan hidup percayalah dan yakinilah, pertolongan ALLAH pasti tiba buat hambaNYA yang sabar dan meyakiniNYA. Sesukar mana keadaan dan kesulitan yang kita hadapi ALLAH pasti akan memberi jalan keluarnya. Tiada masalah didunia ini yang tidak dapat diselesaikan. Sakit pun ada ubatnya, kecuali mati! yang utama Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal InsyaALLAH pasti berjaya.
Nikmati hidup ini dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah dengan segala nikmatnya. |
Hidup jangan disesali..
Hidup jangan ditanggisi..
Hidup jangan dikotori..
Hidup perlukan kesabaran..
Hidup perlukan kekuatan..
Hidup perlukan pemahaman...
Hidup ini tidak dimiliki..
Hidup ini milik yang Hakiki..
Hidup didunia hanya sekali..
Hidup diakhirat yang abadi..
Apa yang kita impikan dan ingginkan dalam hidup tak selalunya kita miliki. Itulah hakikat hidup yang perlu kita fahami. Hidup kita adalah milik ALLAH dan kita hidup mengikut acuan dari takdirNYA. Sememangnya 'Hidup bukan untuk memiliki'.
p/s : menaip dikala sunyi...luahkan segala yg terbuku...luahkan apa yg dirasakan perlu...luahkan selagi masih hidup....^_^
31 Comments
About Me

- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
..: Isi Blog Ikut Bulan :..
..: Total Post :..
- Awas! Lelaki buaya darat. (77 comments)
- Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!! (52 comments)
- Air mata dan Hati (50 comments)
- Cinta itu merumitkan!! (46 comments)
- Cantik fizikal Vs cantik hati. (45 comments)
- Kasihan CINTA...!! (43 comments)
- Jalan mudah dengan copy paste. (41 comments)
- Keluhan hati (40 comments)
- World Cup : Kehangatan Piala dunia 2010 kini bermula. (40 comments)
- Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego? (39 comments)
- Denggi jangan dekati aku lagi.! (39 comments)
- Wanita menangis bukan kerana lemah. (37 comments)
- Wahai wanita jangan terlalu murah..!! (36 comments)
- Itu..ini..semua tak boleh..huhu... (35 comments)
- Finally I'm back....! (34 comments)
..: Blog Status :..

BLOGGERS MALAYSIA
- Total Posts: 104
- Total Comments: 2326
Moga apa yang diinginkan sentiasa di dalam keberkatan...Hidup umpama air yang mengalir..terus dan terus menuju ke hadapan..usahlah disesalkan..tapi amiklah iktibar untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran..:)
ReplyDeleteAmin..mudah2han...moga hidup kita dlm keberkatanNYA...
Deletehah , wani kalau pikir pasal kehidupan yang lgi satu tu seram jugak !
ReplyDeletesbb amalan tak cukup lgi :( huhuhuh
*kak yun ! sori dah lama tak singgah blog kak yun
tu la wanie...nak gementar dibuatnya..huhu..
Deletexpe...kan dah singgh nie..:) lps nie wanie kne singgh la sll...hehe
suka entry ni :')
ReplyDeletetq ana...:)
Deletesetuju syg! semoga kita dpt harungi setiap perkara dgn tabah...aminn :)
ReplyDeletemudah2han....amin....:)
Deletenice entry~
ReplyDelete:Kejarlah akhirat, dan dunia akan dtg dengan sendirinya. Tapi jika kejar dunia,maka akhirat tidak akan dtg pada kita:
tq nabiel...yup insyaALLAh andai akhirat yg kte cari, dunia akn dtg...tp asalkan ada usaha...insyaALLAH segalanya akn dipermudahkan...:)
Deletea'aa hidup hanya sekali... sama2lah kita gunakan sebaik2nya kehidupan ni.. semoga seimbang dunia n akhirat :-)
ReplyDeleteAmin mudah2han......:)
Deletesemoga hidup kita terus diberkati
ReplyDeleteAmin Ya Rabb..mudah2han..
Deletenice entry! peringtn untuk semua =') kan. dalam sibuk mengharungi dan mementingkn duniawi ni, kita kadang2 alpa untuk membawa bekalan di sane nanti. huuu >.<'
ReplyDeletetq haz...:)
Deleteye haz kadang kte lupa akn hidup yg lg satu....terlalu leka dgn duniawi akhirat diabaikan..huhu...
best entri. wana suka. tq visit wana.
ReplyDeletetq wana...salam ukhwah dari saya..:)
ReplyDeletesukaa entry ni ;)))
ReplyDeletetq jna marcello..:)
Deletebersabarlah utk hdp...
ReplyDeletehidup perlu dinikmati...tp dgn cr yg btol kan..tak lupa ukhrawi..yg ptig seimbang dunia & akhirat...hrp2 kte dpt kecapi kbhgiaan dunia & akhirat :)
ReplyDeleteyup hidup perlu dinikmati....krn kte hanya ada peluang hidup didunia sekali sj...diakhirat kelak yg kekal...
Deletemasa hidup jangan kejar sangat saham kat dunia sampai saham untuk akhirat takde..insha allah, ramai2 menabung untuk saham akhirat jugak :)
ReplyDeleteSetuju dgn entry ni ^^
ReplyDeletehidup dalam kegembiraan, dan beribadahlah seperti tiada lagi hari esok..
salam alaik yuni.
ReplyDeleteDugaan dan cabaran akan memaknakan hidup, lantas menjadikan kehidupan lebih bermakna. hala dan arahkan hidup utk mengapai mardhotillah, kerna di situ kita akan jadi pemenang
Suka.. BEST :D
ReplyDeletesalam yuni.
ReplyDeleteMaaf lama x dtg sini.
semoga mendapat yg terbaik
ReplyDeleteSerius best entri ni..tak le merapu macam blog bulat ni...hihi
ReplyDeleteEpisod 5 Blog Budak Bulat dah kuar
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete