Tentang Hidup.

Assalamualaikum...
Pernahkah kita semua berfikir persoalan tentang hidup, seperti apa hidup ini? Apa yang kita cari demi hidup? Pasti diantara kita memikirkannya dan tak kurang juga pasti keliru tentang hidup dan menyoalkan persoalan yang luar batasan kita untuk berfikir. Kenapa kita hidup? Kenapa hidup kita seperti ini dan begitu? Kenapa harus begini? Kenapa dan mengapa? Ya, aku akui hidup perlu untuk difikirkan dan ditelitikan. Berfikirlah dengan akal fikiran yang sihat mengapa hidup ini harus begitu?

Hidup sesuatu yang kita perlu hadapi dengan penuh kesabaran. Hidup adalah satu tanggungjawab yang kita perlu pikul. Semua orang pasti berhadapan dengan cubaan dan cabaran hidup. Sekuat manapun kita menolak takdir hidup, kita tidak akan dapat lari dari kenyataan. Hanya orang-orang yang kuat mental dan imannya akan berjaya mengharunggi segala onak, duri dan ranjau kehidupan.

Berfikir tentang hidup bagaikan tiada kesudahannya.

Kadang kita terleka dalam hidup, terlalu memikirkan keseronokkan semata. Terlena dengan indahnya dunia, lupa pada hakikat sebenar hidup dan terlupa pada sang Pencipta. Terlalu memikirkan keseronokkan bagai tiada penghujungnya, seperti hidup didunia ini untuk selamanya dan tiada pengakhirannya. Janganlah bertindak sebegitu, seperti orang yang hilang akal. Berfikirlah dengan logik akal dan berhentilah dari menzalimi diri sendiri dari melakukan perkara yang tidak benar.

Ingatlah hidup kita bukan hanya didunia semata, tapi diakhirat juga. Jadi seimbangkan kehidupan didunia mahupun akhirat. Amalan dan kebaikkan yang kita lakukan sewaktu hidup didunia inilah membawa kepada kebaikkan hidup diakhirat nanti. Berbuat baiklah sewaktu hidup didunia, kelak diakhirat kebahagiaan yang sebenar akan menanti. Disanalah kebahagiaan yang sebenarnya dan abadi.

Susurilah jalan yang lurus dalam menuju hidup yang benar.

Kadang kita lemah berhadapan dengan cubaan hidup yang datang silih berganti. Jiwa yang rapuh mulai membuat kita goyah dan layu menghadapi segalanya. Saat itu kita perlukan kekuatan, walaupun dengan hanya secebis kata-kata semangat, ianya boleh membawa satu aura semangat dalam diri kita untuk menghadapi hidup ini dengan sebaik yang mungkin.

Bila mana tiada siapa yang menolong kita berhadapan dengan permasalahan hidup percayalah dan yakinilah, pertolongan ALLAH pasti tiba buat hambaNYA yang sabar dan meyakiniNYA. Sesukar mana keadaan dan kesulitan yang kita hadapi ALLAH pasti akan memberi jalan keluarnya. Tiada masalah didunia ini yang tidak dapat diselesaikan. Sakit pun ada ubatnya, kecuali mati! yang utama Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal InsyaALLAH pasti berjaya.

Nikmati hidup ini dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah dengan segala nikmatnya.
Bijaklah berfikir dan bertindak dalam berhadapan dengan hidup. Gunakan akal fikiran yang ALLAH berikan untuk menilai baik buruk sesuatu itu bagi kita. Disekeliling kita penuh dengan kejahatan yang menanti untuk kita terjerumus dalam kegelapan. Untuk menangani diri, gunakanlah akal fikiran dan untuk menangani orang lain, gunakanlah hati. Pejamkan mata dan bertanyalah pada hati, bukalah mata dan berfikirlah dengan akal fikiran. InsyaALLAH kita akan berjaya menangkis segala cabaran hidup yang mendatang.

Hidup jangan disesali..
Hidup jangan ditanggisi..
Hidup jangan dikotori..

Hidup perlukan kesabaran..
Hidup perlukan kekuatan..
Hidup perlukan pemahaman...

Hidup ini tidak dimiliki..
Hidup ini milik yang Hakiki..

Hidup didunia hanya sekali..
Hidup diakhirat yang abadi..

Apa yang kita impikan dan ingginkan dalam hidup tak selalunya kita miliki. Itulah hakikat hidup yang perlu kita fahami. Hidup kita adalah milik ALLAH dan kita hidup mengikut acuan dari takdirNYA. Sememangnya 'Hidup bukan untuk memiliki'.

p/s : menaip dikala sunyi...luahkan segala yg terbuku...luahkan apa yg dirasakan perlu...luahkan selagi masih hidup....^_^

Suke Entry Ini?

32 Comments
Fb Comments

32 comments:

  1. Moga apa yang diinginkan sentiasa di dalam keberkatan...Hidup umpama air yang mengalir..terus dan terus menuju ke hadapan..usahlah disesalkan..tapi amiklah iktibar untuk dijadikan pengalaman dan pengajaran..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..mudah2han...moga hidup kita dlm keberkatanNYA...

      Delete
  2. hah , wani kalau pikir pasal kehidupan yang lgi satu tu seram jugak !
    sbb amalan tak cukup lgi :( huhuhuh

    *kak yun ! sori dah lama tak singgah blog kak yun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la wanie...nak gementar dibuatnya..huhu..

      xpe...kan dah singgh nie..:) lps nie wanie kne singgh la sll...hehe

      Delete
  3. setuju syg! semoga kita dpt harungi setiap perkara dgn tabah...aminn :)

    ReplyDelete
  4. nice entry~
    :Kejarlah akhirat, dan dunia akan dtg dengan sendirinya. Tapi jika kejar dunia,maka akhirat tidak akan dtg pada kita:

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nabiel...yup insyaALLAh andai akhirat yg kte cari, dunia akn dtg...tp asalkan ada usaha...insyaALLAH segalanya akn dipermudahkan...:)

      Delete
  5. a'aa hidup hanya sekali... sama2lah kita gunakan sebaik2nya kehidupan ni.. semoga seimbang dunia n akhirat :-)

    ReplyDelete
  6. semoga hidup kita terus diberkati

    ReplyDelete
  7. nice entry! peringtn untuk semua =') kan. dalam sibuk mengharungi dan mementingkn duniawi ni, kita kadang2 alpa untuk membawa bekalan di sane nanti. huuu >.<'

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq haz...:)

      ye haz kadang kte lupa akn hidup yg lg satu....terlalu leka dgn duniawi akhirat diabaikan..huhu...

      Delete
  8. best entri. wana suka. tq visit wana.

    ReplyDelete
  9. tq wana...salam ukhwah dari saya..:)

    ReplyDelete
  10. hidup perlu dinikmati...tp dgn cr yg btol kan..tak lupa ukhrawi..yg ptig seimbang dunia & akhirat...hrp2 kte dpt kecapi kbhgiaan dunia & akhirat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup hidup perlu dinikmati....krn kte hanya ada peluang hidup didunia sekali sj...diakhirat kelak yg kekal...

      Delete
  11. masa hidup jangan kejar sangat saham kat dunia sampai saham untuk akhirat takde..insha allah, ramai2 menabung untuk saham akhirat jugak :)

    ReplyDelete
  12. Setuju dgn entry ni ^^
    hidup dalam kegembiraan, dan beribadahlah seperti tiada lagi hari esok..

    ReplyDelete
  13. salam alaik yuni.
    Dugaan dan cabaran akan memaknakan hidup, lantas menjadikan kehidupan lebih bermakna. hala dan arahkan hidup utk mengapai mardhotillah, kerna di situ kita akan jadi pemenang

    ReplyDelete
  14. bercakap tentang hidup...memang tiada kesudahannya...sampai dah matinya masih belum tamat

    ReplyDelete
  15. salam yuni.
    Maaf lama x dtg sini.

    ReplyDelete
  16. semoga mendapat yg terbaik

    ReplyDelete
  17. Serius best entri ni..tak le merapu macam blog bulat ni...hihi

    Episod 5 Blog Budak Bulat dah kuar

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^