Posted in: , ,
By Yuni Aisyah 19 comments

Orang yang berjaya.

Assalamualaikum...

Wah!! terasa terlalu lama tak update entry di halaman blog nie. Banyak yang nak diceritakan sebenarnya tapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah ada juga waktu untuk menghasilkan entry dan terhasil lah entry ini. 

Setiap dari kita pasti inginkan kejayaan dan menjadi orang yang hebat dalam hidup. Siapa yang tak nak kan.?? Tapi ada tak kita selidik bagaimana mereka berjaya? Sebenarnya untuk menjadi orang yang berjaya dan orang yang hebat itu kita perlu melakukan sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya. Wah!! bunyi macam dasyat je kan?hehe.. Tapi itulah hakikatnya. Tak mudah sebenarnya tapi, jika adanya kesungguhan, kerajinan, daya usaha dan semangat juang insyaALLAH pasti ALLAH memberikan jalannya.

Tapi kan masalahnya pada masyarakat kita, cenderung melihat kejayaan orang lain tapi untuk melaksanakan untuk kejayaan sendiri tidak pula dilakukan. Jadinya berangan tak sudah seperti mat jenin, tak puas hati tak menentu dan berputus asa tak sudah. Inilah yang berlaku pada masyarakat. Jom lihat situasi dibawah ;


Situasi 1


"Wah!! Bestnya jadi mereka yang berjaya ada kereta cantik dan rumah cantik. Alangkah seronoknya kalau aku yang jadi dia. Bahagia hidup tak payah susah-susah lagi.". 

Kita seronok melihat orang kaya dan hidup bahagia. Mulalah memasang impian untuk jadi seperti mereka. Dah bagus ada impian nak berjaya tapi kalau hanya niat saja tak cukup. Jika tiadanya usaha dan ikhtiar untuk mencari jalan kejayaan tersebut, anda hanya bermimpi disiang hari.

Setiap mereka yang berjaya bermula dari angan-angan. Jadi tak salah nak berangan asalkan jangan angan-angan mat jenin. Jadikan angan-angan tersebut sebagai pemangkin untuk berjaya. Angan-angan menjadi impian dan direalisasikan impian tersebut menjadi kenyataan.

"Kunci kejayaan ada ditangan anda, bukan di tangan orang lain."
Situasi 2
"Macam manalah dia boleh kaya? aku dok kerja siang malam pun tak kaya-kaya juga. Ish!!geramnya!!Benci!! Ini tidak adil!!."

Ada pula manusia sepesis ini memang tak boleh melihat orang lain berjaya. Mereka jadi iri hati dengan kejayaan yang digapai orang lain. Pertanyaan "macam manalah dia boleh jadi kaya?" itu patut difikirkan.
Tanyakan persoalan pada diri "kenapa dia berjaya?" "apa yang dia lakukan?" dan "bagaimana aku nak jadi seperti dia juga?"

 Pertanyaan-pertanyaan ini yang bakal membuka minda dan fikiran untuk kehadapan bukannya dengan rasa tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Bermula dengan pertanyaan, cari jawapan dari pertanyaan tersebut dan mulalah mencari solusi dari jawapan tersebut.

Take note!!
Situasi 3 
"Ah malaslah aku nak buat kerja macam tu. Aku dah pernah buat dan tak berjaya pun. Semua aku buat tapi tak ada satu pun yang dapat hasil. Dah la malas aku dengan benda macam nie."

Hah!! dengan orang yang banyak alasan seperti inilah yang sukar untuk menemui kejayaan. Hidup tak sudah-sudah mengeluh. Kadang terlalu banyak alasan yang kita berikan dalam hidup, mengeluh pada perkara yang tak jadi dan mundur sebelum berperang.

Terkadang kita terlalu mudah untuk mengeluh tapi sukar untuk bersyukur. Berhenti dari menjadi manusia pengeluh dan berhenti dari memberikan banyaknya alasan! Bersyukurlah dengan hidup yang diberikan dan melangkahlah dengan rasa tanggungjawab.

Hala tuju hidup kita ada pada diri kita. Buat pilihan yang tepat dan fikirkan untuk kebaikkan hidup.
Situasi-situasi di atas adalah benar berlaku pada masyarakat kita. Kita tak dapat nak lari dari mereka yang prejudis sebegitu. Inggatlah Allah tidak akan turunkan nikmat kejayaan kepada hambaNYA yang tak berusaha dan pemalas.! Jadi untuk menjadi seperti orang-orang yang telah berjaya kita perlu menggikut jejak kejayaan mereka dan buang segala anasir-anasir buruk di dalam diri kita.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita. Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap? Fikir dengan akal, tilik pakai hati. Semoga menjadi orang yang berjaya.


"Setiap kejayaan pasti bermula dengan sebuah kepayahan dan kejatuhan. Teruskan usaha dan teruskan menggorak langkah. InsyaALLAH kejayaan pasti beroleh."

Suke Entry Ini?

19 Comments
Fb Comments

19 comments:

  1. bersyukur dengan apa yang ada...tapi kadang2 tu jeles gak dengan orang lain.hihi

    ReplyDelete
  2. kita selalu rasa jeles ngan org lain ada, tp sbnrnya apa y kita ada ialah y terbaik untuk kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersyukur apa adanya tu sifat terbaik..:)

      Delete
  3. Setuju dik..Setiap dari kita di beri peluang untuk berjaya. Dalam apa juga bidang. It is our responsibility to drive it..Congrates!Good sharing Yuni Aishah..Makin bersemangat saya untuk berjaya..
    Feel free to come to my blog ye sis. madeenayahya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup btol tu..it is our responsibility..:) smg kak deena sukses dlm bidang yg diceburi...

      orite nnti sy usya blog kak deena..:)

      Delete
  4. untuk berjaya perlu bekerja keras..

    ReplyDelete
  5. ya... betul tu... usaha dan terus usaha.. pasti akan berjaya..

    ReplyDelete
  6. kejayaan tidak datang bergolek.. ianya bermula dengan langkah pertama dan pastinya ada perlu melalui pelbagai rintangan.. untuk mendapatkan madu lebah yang manis pasti perlu melawan lebah yang berbisa..

    ReplyDelete
  7. paling penting pastikan kejayaan kita tu untuk bekalan akhirat, jika berjaya di dunia shja, sia2 shja... tapi mmg kdg2 nafsu dan syaitan bersatu dlm hati buatkan hati jadi benci dan iri hati dgn kejayaan dan kebahagiaan org lain... kena usaha plak mcam na nak cuci hati...

    ReplyDelete
  8. dah berusaha keras tapi tak berjaya. nampak sangat tak diberkati usaha tu

    ReplyDelete
  9. Nice sharing..betul tu, hidup nie kalau nak senaaaaaang je bukan kehidupan lah namanye..
    dan kejayaan xkan datang bergolek mcm bola tanpa usaha kan kan? :D suka sangat entry nie ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul tu...ALLAH xkan beri sng2 kejayaan tu melainkan kita berusaha utk mendapatkannya...thanx krn menyukai entry nie...hehe..:)

      Delete
  10. usaha tangga kejayaan..
    kalo kita tengok orang lain boleh berjaya,
    tak salah kita cabar diri kita jadi macam orang 2..

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang bagus! keep it up Yuni! Kita perlu menjadikan orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi. Tapi kena seiringkan dengan usaha dan tindakan untuk mengecap kejayaan tersebut. Akak follow awak!

    ReplyDelete
  12. berbahagialah melihat saudaramu bahagia :D

    ReplyDelete
  13. bdoa selalu moga kita sntse dklngan those yg bjya tu!amin. =)

    ReplyDelete
  14. Definasi kejayaan dan kekayaan itu harus jelas dan kita fahami.Namun yang mutlak itu apabila kita berbahagia di akhirat.Carilah kamu dunia seolah kamu akan hidup seribu tahun dan buatlah amal seolah kamu akan mati esok hari.Contoh keperibadian/akhlak rasullullah itu menjadi asbab tersebarnya islam diserata alam.wallahualam....fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  15. berjaya biar didunia dan akhirat juga :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^