Showing posts with label Cinta Oh cinta... Show all posts
Showing posts with label Cinta Oh cinta... Show all posts
By Yuni Aisyah | Wednesday, June 27, 2012
Posted in: , |

Ada Apa Dengan Cinta.

Assalamualaikum, 


Hye dear readers, Alhamdulillah my blog sudah pun siap sepenuhnya untuk beroperasi. Kali ini giliran untuk aku bercerita pula. Terasa lama sangat tidak menaip dan berkongsi cerita, apa ya yang ingin aku kongsikan? Sebenarnya entry kali ini berkaitan tentang cinta. Sudah lama diperam dan akhirnya inilah waktunya untuk dikisahkan. Jeng..jeng..."CINTA" ?? "Ada apa dengan CINTA".??

Apa yang aku tulis ini tiada kaitan dengan filem dari seberang tau. Tapi, Ada apa dengan cinta aku ini lain dari filem itu. Cinta? tahukah kita kan makna sebenar cinta? sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun sudah berkali jatuh cinta. Inilah hakikat dan realitinya yang sebenarnya kita masih buta akan makna sebenar cinta.Ya,aku sendiri mengaku tidak tahu erti sebenar apa itu cinta. Pada aku, cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, dan cemburu.

Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara total. Kenapa? Cintailah dia walaupun di pelosok manapun dia berada, cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun. Tetapi ingat segala-galanya sudah tersurat di azali bahawa dia. kekasihmu, belum tentu akan menjadi suami atau isteri kamu. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Tidak hairanlah pasangan pengantin yang hanya beberapa minit bakal menjadi suami isteri tiba-tiba tidak jadi disatukan,bukan.??

Di sekeliling, banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun menyemai cinta. Janganlah kita meletakkan 100% kepada cinta yang tidak pasti, kerana ia belum lagi menjadi nyata sebelum akad nikah. Perbatasan dalam cinta harus juga dijaga. Perlukah berpegangan tangan? Perlukah untuk berpelukan dalam bercinta? Itukah yang dinamakan cinta? Cinta yang hanya berpaksikan pada nafsu-nafsi semata. 'Ya ALLAH jauhi aku dari cinta yang sedemikian'.

Terdetik di kotak fikiran aku kadangkala, perlukah bercinta sebelum berumah tangga? perlukah? Aku dilahirkan ke dunia ini hasil percintaan ibu dan ayah. Aku adalah lambang cinta mereka. Jauh di hati, masih ada sekelumit rasa mahu mencintai dan dicintai. Tapi biarlah cinta yang datang adalah cinta yang halal bagiku. Tapi, andai belum tiba jodohku aku redha dan berazam akan terus menjadi manusia yang waras dan rasional. Selesaikan dahulu cita-cita dan impian aku yang belum terlaksana..


Ya ALLAH temukanlah padaku seseorang yg mendekatkan dirinya kepadaMU. Seseorang yang sentiasa membawaku untuk mengharapkan cintaMU. Seandainya aku bertemu dengannya, aku bermohon Ya ALLAH semaikanlah kasih kami moga sentiasa mendapat rahmat dariMU. 
  

Read more
By Yuni Aisyah | Monday, May 30, 2011
Posted in: |

Bijaklah memilih cinta.

Setiap orang pasti ada pilihan yang tersendiri dalam memilih pasangan dan yang pasti hampir rata meletakkan kriteria seperti cantik/kacak dan berdui sebagai pilihan utama. Bak kata orang yang mata duitan 'Ada duit boleh jalan, tak ada duit boleh bla!'.

Lumrah sebagai manusia menggiginkan kesempurnaan, tapi nilaikan dahulu sebaik-baiknya. Jangan hanya kerana paras rupa menawan dan harta yang banyak segalanya dipandang elok. Jangan hanya kerana ingin mengejar kebahagiaan didunia maruah tergadai. Bijaklah memilih cinta untuk kebahagiaan yang berkekalan jangan menyesal dikemudiaan hari.

Orang kaya tidak semestinya kaya budi pekertinya.
Orang miskin tidak semestinya miskin budi pekertinya.
Orang cantik tidak semestinya cantik pula hatinya.
Orang tidak cantik tidak semestinya tidak cantik hatinya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu bahagia." Melalui sabda Rasulullah s.a.w ini telah memperlihatkan bahawa kriteria yang utama dalam mencari pasangan adalah agamanya.

Kesempurnaan terletak dimana kita sanggup menerima kekurangan pasangan kita. Tipulah jika hati tidak suka akan kecantikkan dan kekayaan. Itu lumrah manusia suka melihat akan keindahan. Tapi jangan jadikan pilihan tersebut sebagai pilihan utama.


' Andai satu saat nanti aku dianugerahkan jodoh, demi ALLAH s.w.t dialah yang paling sempurna bagi ku dan aku akan menerima dengan rasa syukur..'

Read more
By Yuni Aisyah | Thursday, January 20, 2011
Posted in: , |

Kasihan CINTA...!!

Dear readers,


Bila ditinggalkan kekasih...
CINTA dipersalahkan...
Bila dikecewakan...
CINTA juga dipersalahkan..
Bila kasih tak kesampaian..
CINTA lagi sekali dipersalahkan...

Hmm...kasihan CINTA...
Sentiasa dipersalahkan...
Tahukah KAMU tentang CINTA?

CINTA zahirnya murni dan suci..
CINTA tidak pernah menipu...
CINTA jujur dalam mencintai..
CINTA ditaburi dengan kasih dan sayang...

Kenapa CINTA tetap dipersalahkan?
Kenapa mereka kata CINTA itu bohong?
Kenapa pula mereka kata CINTA itu kotor?

Oh!! CINTA tak seperti itu!!
CINTA amat tulus dalam mencintai..
Ketahuilah yang patut dipersalahkan bukan CINTA..
Tapi KAMU manusia!!

Manusia yang membuatkan CINTA itu dusta..
Manusia yang mengotorkan CINTA dengan nafsu..
Manusia yang menjadikan diri mereka abdi kepada CINTA..
Manusia yang bertindak keterlaluan dalam berCINTA..

Sekarang masihkah semua itu salah CINTA?
CINTA atau KAMU yang patut dipersalahkan?


Kasihan CINTA..!!

p/s Special entry ditujukan khas buat sesiapa yang menyalahkan cinta....

Read more
By Yuni Aisyah | Tuesday, November 02, 2010
Posted in: |

Cinta itu merumitkan!!

Assalamualikum,

Yeah!new post entry here! Entry kali ini berkenaan cintan-cintun. Banyak juga entry blog aku berkenaan cintan-cintun, tapi kebiasaannya ianya umum bukan berkenaan aku semata-mata dan bukan mengambarkan seseorang yang sedang mabuk dek cinta.

Siapa setuju? jika aku katakan cinta itu merumitkan! cinta itu membebankan! Alam percintaan sebenarnya bukanlah seindah dibayangkan. Sebenarnya banyak cabaran dan halangan yang mendatang.


Cinta itu merumitkan!

Ada orang sanggup mengorbankan segalanya untuk mendapatkan cinta. Bodoh jika sanggup melakukan apa saja sehingga merendahkan maruah dan harga diri hanya kerana cinta pada seorang insan.

Seperti apakah cinta yang merumitkan itu?sila ikuti kisah dibawah;


Kisah 1

"Si A menyukai si B tapi dalam masa yang sama si A berkenalan dengan si C. Mula-mula hubungan si A dan si C hanya batas sebagai teman rapat. Tapi siapa yang menyangka gelombang cinta tiada siapa yang berhak menghalangnya tatkala ianya datang. Maka, si A pun meluahkan isi hatinya pada si C. Rupanya si C pun ada perasaan yang sama pada si A juga. Tapi si A buntu untuk memilih cinta yang mana, ini kerana si A mencintai si B juga. Kanan dan kiri si A ada si B dan si C. Hendak ditelan mati mak, diluah pula mati bapak. Itulah yang dilema yang dihadapi oleh si A."


Kisah 2

"Ain mencintai Adam sehingga sanggup membiarkan tubuh mungilnya di pukul dan diperlakukan sesuka hati oleh Adam. Kerana terlalu cinta dia pendamkan saja dan telan semuanya."


Kisah 3

"Dia seorang gadis lemah lembut dan baik yang penuh dengan adat ketimuran. Hanya kerana kebaikkan yang ditampilkan dia tidak pernah merasakan cinta. Semua lelaki yang datang padanya akan keluar dari hidupnya . Tiada seorang pun yang melihat kebaikan yang 'dia' ada. Ini kerana semuanya tidak mendapatkan apa yang mereka harapkan."


Kisah 4

"Teruna mencintai dara dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Tapi bila hari perkahwinan makin hampir dara memutuskan segalanya. Hancur musnah dan lebur impian teruna sehingga teruna tidak dapat berfikiran waras dan menamatkan segalanya dengan membunuh diri."

kisah 5

"Berharap dan berharap sehingga sekarang ila tidak mendapatkan cintanya. Selama bertahun-tahun ila menunggu dan menunggu tanpa jemu. Tapi akhirnya kekecewaan yang ila dapat. Kekasih hati meninggalkannya bersama orang lain. Harapan yang hanya sia-sia."

*Nama hanya rekaan semata-mata.


Pasti ada seseorang yang tercipta untuk kita.

Ini hanya sebahagiaan kisah diantara kisah-kisah cinta yang berlaku diluar sana. Sememangnya cinta itu merumitkan. Sedih, gembira, kekecewaan dan kesengsaraan adalah resam bagi yang merasakan cinta. Bukan cinta andai tidak merasakan semua itu.

Bukan semua yang bernasib baik mendapatkan cinta yang dihajati. Buka n semua yang bertuah mendapatkan kebahagiaan cinta yang sebenar. Cinta datang dan pergi begitu saja. Hari ini anda kecewa disebabkan cinta, esok atau pun lusa anda akan menemui cinta yang baru. Cinta yang baru itu tak semestinya memberikan kebahagiaan. Begitulah selanjutnya, sehingga anda menemukan cinta yang sebenar iaitu jodoh yang Allah telah tetapkan.

Jadi jangan risau dan berduka hanya kerana anda kecewa disebabkan cinta. Bangkitlah dan hadapilah hidup ini sebagai satu cabaran. Cinta seperti perjudian, jika kita bernasib baik kita akan mendapatkan kemenangan begitu juga sebaliknya.

Hidup tidak pernah membiarkan anda dengan kekosongan, selalu menggantikan dengan yang lain. Apa yang anda telah hilang kini, itu kerana ianya bukan yang terbaik untuk anda. Pasti akan ada sesuatu yang lebih baik untuk anda. InsyaALLAH(;

Cintailah pada yang Maha Esa, cintailah pada Rasulullah, cintailah pada kedua ibu bapa, cintailah keluarga dan cintailah diri sendiri. InsyaALLAH andai mencintai kesemua itu anda tidak akan terjerumus hanya kerana kecewa dan gagal dalam cinta sesama manusia.




Read more
By Yuni Aisyah | Friday, October 22, 2010
Posted in: , , , |

Awas! Lelaki buaya darat.

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang pernah terkena dengan permainan cinta lelaki 'si buaya darat'?Sila angkat tangan bagi yang wanita sahaja. Entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit cerita berkenaan lelaki buaya darat. Semestinya lelaki spesis buaya inilah yang paling digeruni oleh kaum hawa. Buaya bukan sembarangan buaya, buaya jenis ini hidup di darat jadi lebih bahaya dari buaya yang ada di sungai. Susah untuk kita ketahui dan kenal pasti jenis spesis lelaki buaya darat.


Mr. Crocodile.

Kebiasaannya lelaki buaya darat memiliki rupa paras yang tampan dan pandai bermain kata-kata. Cukup bermodalkan paras rupa dan ayat manis pasti ramai wanita naif akan menjadi korban cinta mereka. Sungguh kasihan.

Lelaki buaya darat sering bertukar-tukar pasangan. Mereka tidak akan pernah puas dengan permainan mereka mempermainkan perasaan wanita. Visi mereka ' mudah mendapatkan, mudah juga membuang'. 'Amboi sedap dia je dah dapatkan cinta wanita lepas itu senang-senang dia tinggalkan!! Ingat wanita seperti sampah ke.?? Rasa nak lumat-lumat je spesis lelaki jenis ini.!!!'

Warning!buat semua kaum hawa. Berhati-hatilah dari terkena jerat permainan cinta lelaki buaya darat. Laut atau sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya. Di bawah adalah ciri-ciri khas lelaki 'Si buaya darat + lidah bercabang'.


Lelaki buaya darat ciri khas mereka mempunyai perwatakan menarik.

1- Spesis jenis ini mudah terpikat dengan kecantikan seorang wanita, walaupun sudah mempunyai kekasih tapi tetap juga ingin mendapatkan cinta dari wanita lain. Jadi pada 'u all' yang cun-melecun tu baiklah berhati-hati. Wanita cantiklah sasaran utama mereka.

2. Jika mereka mempunyai kekasih pasti pada mulanya amat menyayangi kekasih mereka, tapi andai pada suatu saat mereka mula terpikat dengan wanita lain sedikit demi sedikit mereka akan menghindari diri dari kekasih mereka. Kalau terperasan akan perubahan sikap boyfriend 'u all' dah sah dia ada awek lain.

3. Lelaki buaya darat kebiasaannya mempunyai sikap yang baik dan kelihatan 'innocent'. Sikap inilah yang mudah membuat wanita jatuh hati. Tapi awas!! sikap inilah yang akan memakan diri 'u all'. Di depan sangatlah baik, tapi di belakang mulalah berubah sikap menjadi buaya.


Cinta hanya permainan bagi lelaki 'si buaya darat'.

4. Pandai menipu dan menutup kesalahan itulah lelaki si buaya darat. Wanita yang naif sering tertipu dengan sikap mereka yang bajet baik.

5. Spesis jenis ini amat pandai menabur janji manis yang akan membuat wanita merasakan seperti diatas awang-awangan dibuai mimpi dan angan-angan yang sama sekali tidak akan terjadi.

6. Tidak pernah merasa puas dengan wanita. Mudah berpaling dari satu pilihan ke pilihan yang lain. 'Wah!! banyak betul pilihan.huhu..'


Kekecewaan dan kelukaan terkesan dihati selepas mengetahui diri dipermainkan.

Sebagai seorang wanita aku amat bersimpati pada wanita yang pernah terkena dengan lelaki buaya darat. Hati mesti terluka tatkala mengetahui diri hanya sebagai permainan. Jika 'u all' berhadapat dengan situasi ini janganlah terlalu bersedih.

Fikirlah secara positif, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ujian yang datang, terimalah dengan redha dan berlapang dada. Jadikan ianya sebagai pengalaman hidup dan pengajaran. Ingat satu perkara 'wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya'. Berdoalah sentiasa semoga diberikan jodoh yang terbaik.

Nasihat aku pula pada kaum adam. Tolonglah jaga perasaan seorang wanita, jangan disakiti perasaannya. Belajar untuk menjadi seorang yang berterus terang dan seorang yang jujur. Jadilah lelaki yang setia pada cinta.

Ingat Allah itu Maha melihat dan mengetahui. Allah sentiasa memerhatikan kita dan mengetahui baik dan buruk yang kita lakukan. Setiap keburukan dan kebaikkan yang kita lakukan pasti ada imbalan dan balasannya. Buruk yang kita lakukan, buruk juga balasannya begitu sebaliknya.

"Hargailah orang yang menyayangi kita."

Nota kaki : Aku dok cerita pasal lelaki buaya darat ni ada pengalaman ke.?? Itu biarlah rahsia..hehe..tiada siapa yang terkena dan dikenakan.=)

Read more
By Yuni Aisyah | Friday, May 07, 2010
Posted in: |

Jangan Terlalu mencari kesempurnaan.

Aku ada terbaca satu journal yang best dari blog seseorang. Journal tersebut membawa satu kesedaran bagi aku dan membuatkan aku menyedari akan kesilapan yang pernah aku lakukan dulu. Rasa sesal sekarang tidak ada gunanya lagi.Hmm. 'Hargailah orang yang menyayangi kita selagi dia disisi kita. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu dengan sepenuh hatinya, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada gunanya hendak menyesal kerana perginya tanpa berpatah lagi'. Inilah pengajaran yang telah aku perolehi.

Renungkanlah bersama ayat dibawah ini;

"Kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga, Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu."

"Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya."

"Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan MENYESAL..."


Read more
By Yuni Aisyah | Sunday, March 28, 2010
Posted in: |

Matlamat cinta



Cinta!! Bukan bermaksud aku sedang dilamun cinta untuk membuat nukilan kali ini. Apa sebenarnya yang diperkatakan oleh cinta? Bagi aku cinta adalah suatu perasaan yang suci dan murni yang lahir dari hati yang tulus. Tidak aku nafikan manusia diciptakan dengan naluri semulajadi untuk mencintai dan menyayangi makhluk yang lain. Ini kerana perasaan cinta itu adalah satu perasaan semulajadi yang tidak boleh dinafikan kewujudannya.


Semua orang pasti akan merasakan cinta dan ingin dicintai. Skop cinta amat luas, boleh saja cinta untuk yang Maha Pencipta, ibu bapa, pada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai dan kekasih. Melihatkan fenomena percintaan remaja zaman sekarang membuatkan aku menjadi gundah. Cinta yang hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata, tiada matlamat dan hala tuju.


Cinta tidak bermakna kita menjadi lemah dan sentiasa akur dengan keadaan. Cinta sepatutnya menguatkan pendirian dan jati diri kita. Cinta itu seharusnya mengukuhkan peribadidan melengkapkan kekurangan diri. Benar, cinta itu mebutakan, tapi ia tidak seharusnya membutakan mata sendiri dari melihat kebenaran.


Ya, aku percaya bahawa cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tiada dengan apa yang diperkatan dengan cinta, maka hubungan demikian hanya sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.


Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan tinggi nilainya bagi pihak lelaki dan perempuan. Jadi janganlah cemarkan cinta dengan perkara-perkara yang tidak baik. Semaikanlah cinta yang telah bersemadi dihati dengan sebaik mungkin dan peliharalah cinta itu sebagai amanat yang perlu dijaga dan dipelihara kedudukannya. Janganlah rosakkan cinta dengan cela dan noda kerana cinta itu ibarat seperti kain putih yang suci.



Read more