Posted in:
By Yuni Aisyah 46 comments

Cinta itu merumitkan!!

Assalamualikum,

Yeah!new post entry here! Entry kali ini berkenaan cintan-cintun. Banyak juga entry blog aku berkenaan cintan-cintun, tapi kebiasaannya ianya umum bukan berkenaan aku semata-mata dan bukan mengambarkan seseorang yang sedang mabuk dek cinta.

Siapa setuju? jika aku katakan cinta itu merumitkan! cinta itu membebankan! Alam percintaan sebenarnya bukanlah seindah dibayangkan. Sebenarnya banyak cabaran dan halangan yang mendatang.


Cinta itu merumitkan!

Ada orang sanggup mengorbankan segalanya untuk mendapatkan cinta. Bodoh jika sanggup melakukan apa saja sehingga merendahkan maruah dan harga diri hanya kerana cinta pada seorang insan.

Seperti apakah cinta yang merumitkan itu?sila ikuti kisah dibawah;


Kisah 1

"Si A menyukai si B tapi dalam masa yang sama si A berkenalan dengan si C. Mula-mula hubungan si A dan si C hanya batas sebagai teman rapat. Tapi siapa yang menyangka gelombang cinta tiada siapa yang berhak menghalangnya tatkala ianya datang. Maka, si A pun meluahkan isi hatinya pada si C. Rupanya si C pun ada perasaan yang sama pada si A juga. Tapi si A buntu untuk memilih cinta yang mana, ini kerana si A mencintai si B juga. Kanan dan kiri si A ada si B dan si C. Hendak ditelan mati mak, diluah pula mati bapak. Itulah yang dilema yang dihadapi oleh si A."


Kisah 2

"Ain mencintai Adam sehingga sanggup membiarkan tubuh mungilnya di pukul dan diperlakukan sesuka hati oleh Adam. Kerana terlalu cinta dia pendamkan saja dan telan semuanya."


Kisah 3

"Dia seorang gadis lemah lembut dan baik yang penuh dengan adat ketimuran. Hanya kerana kebaikkan yang ditampilkan dia tidak pernah merasakan cinta. Semua lelaki yang datang padanya akan keluar dari hidupnya . Tiada seorang pun yang melihat kebaikan yang 'dia' ada. Ini kerana semuanya tidak mendapatkan apa yang mereka harapkan."


Kisah 4

"Teruna mencintai dara dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Tapi bila hari perkahwinan makin hampir dara memutuskan segalanya. Hancur musnah dan lebur impian teruna sehingga teruna tidak dapat berfikiran waras dan menamatkan segalanya dengan membunuh diri."

kisah 5

"Berharap dan berharap sehingga sekarang ila tidak mendapatkan cintanya. Selama bertahun-tahun ila menunggu dan menunggu tanpa jemu. Tapi akhirnya kekecewaan yang ila dapat. Kekasih hati meninggalkannya bersama orang lain. Harapan yang hanya sia-sia."

*Nama hanya rekaan semata-mata.


Pasti ada seseorang yang tercipta untuk kita.

Ini hanya sebahagiaan kisah diantara kisah-kisah cinta yang berlaku diluar sana. Sememangnya cinta itu merumitkan. Sedih, gembira, kekecewaan dan kesengsaraan adalah resam bagi yang merasakan cinta. Bukan cinta andai tidak merasakan semua itu.

Bukan semua yang bernasib baik mendapatkan cinta yang dihajati. Buka n semua yang bertuah mendapatkan kebahagiaan cinta yang sebenar. Cinta datang dan pergi begitu saja. Hari ini anda kecewa disebabkan cinta, esok atau pun lusa anda akan menemui cinta yang baru. Cinta yang baru itu tak semestinya memberikan kebahagiaan. Begitulah selanjutnya, sehingga anda menemukan cinta yang sebenar iaitu jodoh yang Allah telah tetapkan.

Jadi jangan risau dan berduka hanya kerana anda kecewa disebabkan cinta. Bangkitlah dan hadapilah hidup ini sebagai satu cabaran. Cinta seperti perjudian, jika kita bernasib baik kita akan mendapatkan kemenangan begitu juga sebaliknya.

Hidup tidak pernah membiarkan anda dengan kekosongan, selalu menggantikan dengan yang lain. Apa yang anda telah hilang kini, itu kerana ianya bukan yang terbaik untuk anda. Pasti akan ada sesuatu yang lebih baik untuk anda. InsyaALLAH(;

Cintailah pada yang Maha Esa, cintailah pada Rasulullah, cintailah pada kedua ibu bapa, cintailah keluarga dan cintailah diri sendiri. InsyaALLAH andai mencintai kesemua itu anda tidak akan terjerumus hanya kerana kecewa dan gagal dalam cinta sesama manusia.




Suke Entry Ini?

46 Comments
Fb Comments

46 comments:

  1. sy sgt suke! cinta datang dan pergi! kan bagus kalau boleh melupakan cinta yang sudah lama pergi, malangnya tak bisa. kita hanya mampu simpan ia sbg kenangan. (;
    jangan pndg blkg, teruskan pndang ke hadapan. sesiapa yg sering pandang ke blkg umpama mahu undur ke waktu dahulu. hate that! (;

    ReplyDelete
  2. if we dont get what we want but get somethg else mybe god is planning sumtg much more better for us..huhu

    ReplyDelete
  3. mieylo : jgn jdkan kenangan itu sebagai penghalang utk mencapai kebahagian...semangat oke..!!

    ReplyDelete
  4. kiwi : yup..berserah pada takdir Allah..Allah lebih mengetahui segalanya....(;

    ReplyDelete
  5. mmg pun,kdg2 cinta bleh myebabkan kita brtindak diluar kewarasan akal...smoga yg mndatang lebih baik dr yg silam...

    ReplyDelete
  6. nice one..cinta itu mmg merumitkan...

    ReplyDelete
  7. rumit2.tapi kadang2 mengasyikkan.

    ReplyDelete
  8. pemilik diari comel : mudah2..amin...=)

    ReplyDelete
  9. lily : ewah2 ada lak kt sini..hikhik...awak tu bdk lg so jgn pk ok..=P

    ReplyDelete
  10. pencacai alim : hehe....tq2..;)

    ReplyDelete
  11. perghhh...bagus betul yuni ni....

    errr...untung si A tu kan...sbb b ngan C suka kat dia...ekeke

    tapi betul le..jgn salah pilih...

    ReplyDelete
  12. mario : hehe..thanx ada org puji.hikhik..^_^

    btol2 mmg untung jd A...tp mslh gk jd A sbb xtau nak pilih yg mne..

    ReplyDelete
  13. cinta kpd Allah barulah cinta hakiki...cinta kpd manusia, tdk mmbawa kmana, cinta kpd Allah, insya'allah masuk ke syurga...

    ReplyDelete
  14. SDS : mari sama2 kte cari cinta yg Illahi cinta yg hakiki..mudah2han...amin..

    ReplyDelete
  15. x mharap cinta si topeng lg :p

    ReplyDelete
  16. caliph shuriken : bagus2...smg caliph mendapatkan seseorng yg baik n ikhlas..=)

    ReplyDelete
  17. caliph : shuriken :sama2 caliph...;)

    ReplyDelete
  18. memang merumitkan..

    jika brcinta terbang tinggi ke langit rasanya..

    bila hilang, terjatuh menyembah bumi..

    heh~ -.-"

    ReplyDelete
  19. cinta oh cinta. hehe :D

    nice post !
    tapi skrg ni kesian, mcm cinta yang dipersalahkan. sbnrnye yang konon nya "pecinta" tu yg ptut dipersalahkan.

    cinta tak merumitkan malah membahagiakan.
    tapi "kita yang selalu merumitkan :D

    pendapat budak2 je ni. hehe

    ReplyDelete
  20. naqib saad : pendapat budak tp sgt bernas ok..btol gak tu sbnrnya kita sendiri yg merumitkannya..tp bukan semua yg bertuah akan mendapatkan cinta yg tidak merumitkan...

    cinta itu sememangnya membahagiakan dan membawa seribu satu kegembiraan...;)

    ReplyDelete
  21. fello ariza : cewah fello..tau la tgh angau...hahaha

    ReplyDelete
  22. salam yuni..betul tu..cintailah yang Maha Esa kerana perasaan cinta tu datang dariNya insyaAllah~ :) T-Shirt Design Competition

    ReplyDelete
  23. Afiq bukhari : wasalam afiq..biarlah bila kita mencintai seseorang makin bertmbah pula cinta kita pada-NYA...

    ReplyDelete
  24. hehe afiq komen kat sini la ek..x muat dalam chatbox

    KOD --> Float Image

    first yuni kena paste kod chatbox dalam 'create new post' atau 'create new page'.. jangan lupa publish plak...

    lepas tu copy url post atau page yg yuni baru publish tadi, then gantikan URL PAGE HERE dengan url yang yuni copy tadi.
    (ganti kat dalam kod yang afiq bagi kat atas ni..

    senang je kan? hehe~ :)

    ReplyDelete
  25. afiq : thanx afiq...yuni cube dlu..kalo x jd afiq buatkan eik.??hikhik..

    ReplyDelete
  26. Salam Yuni

    Semoga sentiasa dikelilingi orang-orang yang mencintai Yuni...

    ReplyDelete
  27. ummiross : wasalam..amin..mudah2han...TQ..:)

    ReplyDelete
  28. pencacai alim : yer saye...ada pape ke.???hahaha

    ReplyDelete
  29. ya cinta itu sgt merumitkan dan menyakitkan..

    ReplyDelete
  30. tgh angau?..

    erkkk...

    2 cter lame yuni..

    hukhuk..

    ReplyDelete
  31. quens ayreen : yup cinta mmg merumitkan..kdg2 kte yg merumitkannya..hehe..

    ReplyDelete
  32. fellow ariza : eh2 skrg x angau eik..ok2.silap2 tp ngah masyuk cintan...hahaha:P

    ReplyDelete
  33. cinta itu boleh jadi racun dam menjadi madu ,awal detik pertemuan semuanya berbunga ibarat cite dongeng cinderella atau snow white ,tapi lama kelamaan apabila asyik kerap bertemu ,timbul pertelingkahan ,makan semuanya menjadi racun ibarat cita armageddon ,tgu masa je nak berpisah...tapi terserah kepada individu ,kalau jodoh ,ia akan bertahan lama insyaallah ;)

    ReplyDelete
  34. conbellydiobeterisme : itulah yg dinamakan cinta..tp kadang2 kte yg merumitkan cinta itu sendiri..huhu..

    ReplyDelete
  35. yuni aishah: bercinta slh.... xbercinta pun slh kannnnn....

    ReplyDelete
  36. azzey : btol tu...kalo bcinta mmg bahagia tp kdg2 menyakitkan...kalo x becinta lak rase best n free je idup tp kdg2 rse sunyi lak....

    ReplyDelete
  37. hehe...da lambat pon nk komen jgk...setuju...cinta memang merumitkan...cinta pada Allah juge yg kekal...

    ReplyDelete
  38. shee : tiada istilah terlambat sya...hehe

    ReplyDelete
  39. ~Cinta kepada Makhluk itu Merumitkan dan kadang kala boleh menyebabkan kita leka.kerana cinta kite terseksa,merana,menderita dan sebagainya..terasa sakitnya hati ini bila dipermainkan..tapi Cinta Kepada Allah adalah kenikmatan..kenikmatan itulah yang kite cari2 selama hidup didunia ini...Tak perlulah Bercinta kepada makhluk..Jika kita tidak mampu untuk Mencintai Allah..~

    ReplyDelete
  40. fiqry : yer setuju sgt dgn comment fiq...thanx..:)

    nur hafiza : so xyah nak bercinta ok..!!

    ReplyDelete
  41. awk, share la post awk nie kt kisahcintasayang.blogspot.com

    byk faedah awk dapat

    ReplyDelete
  42. ye ke.??ok2 thanx daus nnti sy post kt sane...:)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^