Matlamat cinta
Cinta!! Bukan bermaksud aku sedang dilamun cinta untuk membuat nukilan kali ini. Apa sebenarnya yang diperkatakan oleh cinta? Bagi aku cinta adalah suatu perasaan yang suci dan murni yang lahir dari hati yang tulus. Tidak aku nafikan manusia diciptakan dengan naluri semulajadi untuk mencintai dan menyayangi makhluk yang lain. Ini kerana perasaan cinta itu adalah satu perasaan semulajadi yang tidak boleh dinafikan kewujudannya.
Semua orang pasti akan merasakan cinta dan ingin dicintai. Skop cinta amat luas, boleh saja cinta untuk yang Maha Pencipta, ibu bapa, pada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai dan kekasih. Melihatkan fenomena percintaan remaja zaman sekarang membuatkan aku menjadi gundah. Cinta yang hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata, tiada matlamat dan hala tuju.
Cinta tidak bermakna kita menjadi lemah dan sentiasa akur dengan keadaan. Cinta sepatutnya menguatkan pendirian dan jati diri kita. Cinta itu seharusnya mengukuhkan peribadidan melengkapkan kekurangan diri. Benar, cinta itu mebutakan, tapi ia tidak seharusnya membutakan mata sendiri dari melihat kebenaran.
Ya, aku percaya bahawa cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tiada dengan apa yang diperkatan dengan cinta, maka hubungan demikian hanya sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan tinggi nilainya bagi pihak lelaki dan perempuan. Jadi janganlah cemarkan cinta dengan perkara-perkara yang tidak baik. Semaikanlah cinta yang telah bersemadi dihati dengan sebaik mungkin dan peliharalah cinta itu sebagai amanat yang perlu dijaga dan dipelihara kedudukannya. Janganlah rosakkan cinta dengan cela dan noda kerana cinta itu ibarat seperti kain putih yang suci.
15 Comments
About Me
- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
kunjungan perdana sob,salam kenal ditunggu kunjungan baliknya
ReplyDeletethanx..=)
ReplyDeletewow!! cinta itu di ibarat kain puteh yg suci yer..aan stuju yun..
ReplyDeletesush now nk dpt cinta(keksih) yg btol2 suci ibarat kain puteh..
pape pon,cinta la pada dri sendri,sebelum kite nk cinta pda org len.. -A'an-
wow!! cinta itu di ibarat kain puteh yg suci yer..aan stuju yun..
ReplyDeletesush now nk dpt cinta(keksih) yg btol2 suci ibarat kain puteh..
pape pon,cinta la pada dri sendri,sebelum kite nk cinta pda org len.. -A'an-
wow!! cinta itu di ibarat kain puteh yg suci yer..aan stuju yun..
ReplyDeletesush now nk dpt cinta(keksih) yg btol2 suci ibarat kain puteh..
pape pon,cinta la pada dri sendri,sebelum kite nk cinta pda org len.. -A'an-
insyaALLAH kita semua akn mendapatkan cinta yg suci itu..
ReplyDeletecinta pada ALLAH swt jgn dilupakan..
eh2..aan terkomen byk2 plak,sowi yun..yeah! btol 2..paling utama kn..
ReplyDeleteeh2 aan
ReplyDeletehaha..komen la byk mane pon..=P
ReplyDeleteaaaaaaaaaaaaa.....phm cik yuni :)
ReplyDeletebagus..hehe..hope betul la paham ye..=)
ReplyDeleteCinta? Tak perlu? Penakut je cakap tak perlukan cinta
ReplyDeletesetiap yang hidup perlukan kasih syg dan cinta..
ReplyDeleteSY DAH PERNAH RASA CINTA, dan RASA TAK PERLUKANNYA lg buat masa nie..
ReplyDeleteblog walking... i like dis entry... cinta itu sesuatu yang subjektif, cinta Ilahi cinta yang paling agung...
ReplyDelete