Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
By Yuni Aisyah | Saturday, January 29, 2011
Posted in: , |

Bernafaslah...

Dear readers,




Dengarkan setiap hembusan nafas...
Tutup mata dan dengarkan...
Tenangkan fikiran dari masalah...

Dongakkan kepala ke langit...
dan
cari apa ertinya hidup ini..
Jawapannya terletak pada diri..
Tanyakanlah pada diri anda!!

Buka pintu hati dan dengarkan
setiap hembusan nafas
Rasakan dan dalami setiap nafas
anda...

Hidup ini penuh dengan cabaran
dan tahap
Hidup ini juga dipenuhi dengan
cinta dan dendam...

Buka mata dan dengarkan
apa yang ada disekeliling anda
Apa pun bisa terjadi tapi
itu semua bergantung kepada
pilihan anda!

Dongakkan kepala ke langit
Carilah kebenaran
Jawapannya ada didalam diri anda!

Ketika berada dalam masalah
Jangan mudah mengalah
Ketika itulah anda harus berjuang!

Bernafaslah demi Kehidupan
dan
Kebahagiaan.



Setiap hembusan nafas dan degupan jantung kita melambangkan nilai hidup kita. Jadi rasai, hayati dan dengarinya. Semoga kita akan lebih menghargai hidup ini kerana setiap hembusan nafas dan degupan jantung kita hanyalah milik ALLAH.


Read more
By Yuni Aisyah | Thursday, January 20, 2011
Posted in: , |

Kasihan CINTA...!!

Dear readers,


Bila ditinggalkan kekasih...
CINTA dipersalahkan...
Bila dikecewakan...
CINTA juga dipersalahkan..
Bila kasih tak kesampaian..
CINTA lagi sekali dipersalahkan...

Hmm...kasihan CINTA...
Sentiasa dipersalahkan...
Tahukah KAMU tentang CINTA?

CINTA zahirnya murni dan suci..
CINTA tidak pernah menipu...
CINTA jujur dalam mencintai..
CINTA ditaburi dengan kasih dan sayang...

Kenapa CINTA tetap dipersalahkan?
Kenapa mereka kata CINTA itu bohong?
Kenapa pula mereka kata CINTA itu kotor?

Oh!! CINTA tak seperti itu!!
CINTA amat tulus dalam mencintai..
Ketahuilah yang patut dipersalahkan bukan CINTA..
Tapi KAMU manusia!!

Manusia yang membuatkan CINTA itu dusta..
Manusia yang mengotorkan CINTA dengan nafsu..
Manusia yang menjadikan diri mereka abdi kepada CINTA..
Manusia yang bertindak keterlaluan dalam berCINTA..

Sekarang masihkah semua itu salah CINTA?
CINTA atau KAMU yang patut dipersalahkan?


Kasihan CINTA..!!

p/s Special entry ditujukan khas buat sesiapa yang menyalahkan cinta....

Read more