Posted in: , ,
By Yuni Aisyah 29 comments

Kematian itu pasti.

Assalamualaikum,

Agak lama aku menyepikan diri tanpa entry baru dan sunyi tanpa berita. Terasa lama meninggalkan kebiasaan yang selalu aku lakukan singgah ke blog blogger yang lain. Harap kalian semua sihat walafiat hendaknya.

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkara dan peristiwa yang tragis dan meruntunkan hati. Setiap kali kita membaca akhbar pasti ada saja berita tentang kematian disebabkan dibunuh, bayi mati dibuang, bapa sembelih anak bini, dan yang paling banyak sekali kematian yang disebabkan kemalangan.



Lokasi kemalangan.

Kemalangan yang berlaku di Melaka pada tarikh keramat 10-10-2010 amat-amat meruntunkan hati. Hilang nyawa dengan sekelip mata dalam keadaan yang tragis dan ngeri amat-amat menakutkan. Terdetik dihati 'Ya Allah inikah cara kematian mereka?'. Ketika mereka masih hidup pasti mereka tidak akan menyangka yang mereka akan mati dalam cara dan keadaan seperti itu.

Kita yang masih hidup ini adakah menginggati akan kematian? atau masih diulit mimpi dan keseronokkan duniawi? “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)


Bersediakah kita menghadapi kematian?

Kematian berlaku dimana-mana, setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari. Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada pencipta-Nya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua.

Kematian bukan hal yang tabu bagi kita, aku, kamu, semua yang ada di bumi ini akan mengalami kematian. Adakah kita tahu saat ajal datang menjemput.? Tiada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Andai kita tahu pasti ramai yang menghabiskan waktu menghadap Illahi memohon keampunan sebelum hampir kematian itu. Andai kita tahu pasti siang dan malam kita tidak lekang dari menyebut nama-NYA.


Kita diibaratkan seperti burung dan malaikat Izrail adalah ular seperti gambar diatas.

Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua itu akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?

Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati kerana tidak bersedia menghadapi kematian kerana masih dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri. Menginggati akan kematian sebaik-baik kebijaksanaan akal dan kecergasan minda. Ingat akan mati dapat menyelamatkan diri dari kelazatan dunia dan dosa.


"Mati memisahkan kita dari duniawi,

Mati memisahkan kita dari kekusutan,

Mati memisahkan kita dari bahagia.

Mati adalah janji yang ditepati.

Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."

Suke Entry Ini?

29 Comments
Fb Comments

29 comments:

  1. hmmm..kwn2 kiwi dh trauma dh nk naik bus..btol 2..klau dh ajal dlm tdo pn bleyh mati

    ReplyDelete
  2. fello : Al-fatihah. berdoa moga kte mati dlm keadaan yg baik..

    kiwi : same la...trauma nek bus...=(

    ReplyDelete
  3. entry terbaek..!!

    ReplyDelete
  4. yelaa...kalau dah sampai masa...tak bole elak lagi...sedia tak sedia...kena hadap jugak...

    ReplyDelete
  5. segalanya tak dijangka~

    ReplyDelete
  6. @anonymous : Thanx sudi singgh n baca my entry..=)

    ReplyDelete
  7. mario : yer la...berserah pd ketentuan illahi..

    macy : hurmm..

    ReplyDelete
  8. muhasabah diri skjap bila bace entry ni :) thnkx yuni.

    afiqbukhari.com

    ReplyDelete
  9. tersentuh ati mcm entry ni...smoge kite sume mati dlm keadaan yg baik...insyaAllah

    Al-fatihah utk mangsa

    ReplyDelete
  10. bezbuddy : terima kasih kerana sudi membaca entry sy yg x seberapa nie...

    amin....mudah2han kte mati dlm keadaan baik...

    ReplyDelete
  11. mati ni kita tak tau bila kan datang.. jadi selagi hayat dikandung, kenalah beringat2..

    ReplyDelete
  12. ieqa :yer...ingt akn mati adalah sebaik2 kebijaksanaan...

    ReplyDelete
  13. En Ci Dot Com
    Aritu tepranjat jugak tengok news kat yahoo pasal accident ni... lepas tengok sume pict xcident tu, takot plak nak naik bas... hhuhuhu

    ReplyDelete
  14. narsis : sy pon mmg dah takut nak nek bus...lme pn x nek sejak kemalangn dlu yg penah mengorbankan 20 org...sejak tu mmg x pnh nek bus..pemandu bus drive gler sgt..mcm pelesit...huhu

    ReplyDelete
  15. tau takpe....
    lagi 1 kan.. aritu ade dengar org ckap, driver2 bus ni, klu nak start, dorang kene guna drugs, klu x dorang xlarat nak bawak bus tu..
    tp ni orang ckap la...
    xsume macamtu...

    ReplyDelete
  16. narsis : tu pon ada dgr...kalo btol la nie kre kes bahaya...takut nak nek bus..huhu...

    ReplyDelete
  17. beribadahlah seperti esok akan mati.. semoga mati itu dapat membuat kita sedia untuk berhadapan denganNya

    ReplyDelete
  18. aibaks : terbaek aibaks..=)

    ReplyDelete
  19. post yang menginsafkan..
    T_T

    http://mohamednaqib.blogspot.com/2010/10/facebook-comments-box-di-blog-post.html

    ReplyDelete
  20. naqib : thanx sudi baca...

    ReplyDelete
  21. huhuh...windu kt nad...mase nad da lepas...mase kte pon akan tibe...love u syg...

    ReplyDelete
  22. shee : bila difikirkan yg suatu saat yg kita pasti akn mati juga...tp saatnya dan bila dan bagaimana cara kematian kita hanya ALLAH swt yg mengetahuinya...

    semoga kita dipanjangkan usia supaya diberikan kesmpatan utk bersujud lebih lama pd yg Maha ESA...Aminn..

    Andai ajal menghampiri biarlah mati dlm keadaan beriman...Aminn..

    ReplyDelete
  23. ~Ajal dan Maut ketentuan Allah..tidak kira walau di mana kita berada..Ajal sentiasa bersama kita..cuma waktu dan takdirNYA yg menentukan...ingatlah mati sentiasa, agar kita takut untuk melakukan dosa..sentiasalah bertanya kepada diri kita bahawa adakah amalan kita sudah cukup utk dibwa ke alam kubur..adakah kita layak utk masuk ke syurga...adakah kita sempat mengucapkan kalimah Laa Ila Haa Illallah sebelum malaikat maut menarik roh kita..dan mahukah kita mati dalam keadaan yg AIB.....sama2lah kita renungkan agar diri kita sentiasa meningati Allah..Allah Hu Akbar...~

    ReplyDelete
  24. itu semua kerja TUHAN..

    ReplyDelete
  25. fiqry : yer..same2 kte renungkan..komen yg bernas n baik fiq...caya la..:)

    nur hafiza : yupp..!

    ReplyDelete
  26. adakah bekalan kita cukup?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^