Kematian itu pasti.
Assalamualaikum,
Agak lama aku menyepikan diri tanpa entry baru dan sunyi tanpa berita. Terasa lama meninggalkan kebiasaan yang selalu aku lakukan singgah ke blog blogger yang lain. Harap kalian semua sihat walafiat hendaknya.
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkara dan peristiwa yang tragis dan meruntunkan hati. Setiap kali kita membaca akhbar pasti ada saja berita tentang kematian disebabkan dibunuh, bayi mati dibuang, bapa sembelih anak bini, dan yang paling banyak sekali kematian yang disebabkan kemalangan.
Kita yang masih hidup ini adakah menginggati akan kematian? atau masih diulit mimpi dan keseronokkan duniawi? “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Kematian berlaku dimana-mana, setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari. Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada pencipta-Nya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua.
Kematian bukan hal yang tabu bagi kita, aku, kamu, semua yang ada di bumi ini akan mengalami kematian. Adakah kita tahu saat ajal datang menjemput.? Tiada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Andai kita tahu pasti ramai yang menghabiskan waktu menghadap Illahi memohon keampunan sebelum hampir kematian itu. Andai kita tahu pasti siang dan malam kita tidak lekang dari menyebut nama-NYA.
Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua itu akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?
Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati kerana tidak bersedia menghadapi kematian kerana masih dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri. Menginggati akan kematian sebaik-baik kebijaksanaan akal dan kecergasan minda. Ingat akan mati dapat menyelamatkan diri dari kelazatan dunia dan dosa.
"Mati memisahkan kita dari duniawi,
Mati memisahkan kita dari kekusutan,
Mati memisahkan kita dari bahagia.
Mati adalah janji yang ditepati.
Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."
Mati memisahkan kita dari kekusutan,
Mati memisahkan kita dari bahagia.
Mati adalah janji yang ditepati.
Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."
29 Comments
About Me
- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
Al-Fatihah buat mangsa
ReplyDeletehmmm..kwn2 kiwi dh trauma dh nk naik bus..btol 2..klau dh ajal dlm tdo pn bleyh mati
ReplyDeletekepada Ia kite kembali...
ReplyDeletefello : Al-fatihah. berdoa moga kte mati dlm keadaan yg baik..
ReplyDeletekiwi : same la...trauma nek bus...=(
entry terbaek..!!
ReplyDeleteyelaa...kalau dah sampai masa...tak bole elak lagi...sedia tak sedia...kena hadap jugak...
ReplyDeletesegalanya tak dijangka~
ReplyDelete@anonymous : Thanx sudi singgh n baca my entry..=)
ReplyDeletemario : yer la...berserah pd ketentuan illahi..
ReplyDeletemacy : hurmm..
muhasabah diri skjap bila bace entry ni :) thnkx yuni.
ReplyDeleteafiqbukhari.com
afiq : sama2..=)
ReplyDeletetersentuh ati mcm entry ni...smoge kite sume mati dlm keadaan yg baik...insyaAllah
ReplyDeleteAl-fatihah utk mangsa
bezbuddy : terima kasih kerana sudi membaca entry sy yg x seberapa nie...
ReplyDeleteamin....mudah2han kte mati dlm keadaan baik...
mati ni kita tak tau bila kan datang.. jadi selagi hayat dikandung, kenalah beringat2..
ReplyDeleteieqa :yer...ingt akn mati adalah sebaik2 kebijaksanaan...
ReplyDeleteEn Ci Dot Com
ReplyDeleteAritu tepranjat jugak tengok news kat yahoo pasal accident ni... lepas tengok sume pict xcident tu, takot plak nak naik bas... hhuhuhu
narsis : sy pon mmg dah takut nak nek bus...lme pn x nek sejak kemalangn dlu yg penah mengorbankan 20 org...sejak tu mmg x pnh nek bus..pemandu bus drive gler sgt..mcm pelesit...huhu
ReplyDeletetau takpe....
ReplyDeletelagi 1 kan.. aritu ade dengar org ckap, driver2 bus ni, klu nak start, dorang kene guna drugs, klu x dorang xlarat nak bawak bus tu..
tp ni orang ckap la...
xsume macamtu...
narsis : tu pon ada dgr...kalo btol la nie kre kes bahaya...takut nak nek bus..huhu...
ReplyDeleteberibadahlah seperti esok akan mati.. semoga mati itu dapat membuat kita sedia untuk berhadapan denganNya
ReplyDeleteaibaks : terbaek aibaks..=)
ReplyDeletepost yang menginsafkan..
ReplyDeleteT_T
http://mohamednaqib.blogspot.com/2010/10/facebook-comments-box-di-blog-post.html
naqib : thanx sudi baca...
ReplyDeletehuhuh...windu kt nad...mase nad da lepas...mase kte pon akan tibe...love u syg...
ReplyDeleteshee : bila difikirkan yg suatu saat yg kita pasti akn mati juga...tp saatnya dan bila dan bagaimana cara kematian kita hanya ALLAH swt yg mengetahuinya...
ReplyDeletesemoga kita dipanjangkan usia supaya diberikan kesmpatan utk bersujud lebih lama pd yg Maha ESA...Aminn..
Andai ajal menghampiri biarlah mati dlm keadaan beriman...Aminn..
~Ajal dan Maut ketentuan Allah..tidak kira walau di mana kita berada..Ajal sentiasa bersama kita..cuma waktu dan takdirNYA yg menentukan...ingatlah mati sentiasa, agar kita takut untuk melakukan dosa..sentiasalah bertanya kepada diri kita bahawa adakah amalan kita sudah cukup utk dibwa ke alam kubur..adakah kita layak utk masuk ke syurga...adakah kita sempat mengucapkan kalimah Laa Ila Haa Illallah sebelum malaikat maut menarik roh kita..dan mahukah kita mati dalam keadaan yg AIB.....sama2lah kita renungkan agar diri kita sentiasa meningati Allah..Allah Hu Akbar...~
ReplyDeleteitu semua kerja TUHAN..
ReplyDeletefiqry : yer..same2 kte renungkan..komen yg bernas n baik fiq...caya la..:)
ReplyDeletenur hafiza : yupp..!
adakah bekalan kita cukup?
ReplyDelete