Cantik fizikal Vs cantik hati.
Assalamualaikum,
Fuh!! lamanya tak aktif berblog sejak lepas exam. Entry kali ini aku ingin memperkatakan berkenaan 'Cantik'. Sejauh manakah cantik itu menjadi ukuran dan tiket dalam mencari pasangan? Adakah pada paras rupa atau budi bahasa yang dipertaruhkan?
' Cantik..cantik..siapa yang tak mahu cantik? Di puji dan dikelilingi mereka yang mengagumi! Wow! seronoknya jadi insan yang dilabel cantik! Serasa dunia ini kepunyaannya! Alangkah bestnya jadi manusia yang mempunyai kecantikkan dan ketampanan semula jadi yang mampu meruntunkan hati bagi sesiapa yang memandang.
Banyak definasi cantik yang boleh diutarakan disini. Setiap orang mempunyai definasi cantik yang tersendiri. Bagi aku definasi cantik yang sebenarnya ialah cantik pada hati dan cantik juga pada luarannya. Kedua-duanya sama penting tapi andai luaran saja menjadi taruhan tidak pada hati budi, kecantikan itu tidak akan berkekalan kerana kecantikan rupa akan hilang luput dek zaman tapi cantik hati akan kekal selamanya.

Indah sungguh ciptaan Illahi. Gambar curi dari Fans Page FB Heliza Helmi..hehe
Cantik adalah suatu kelebihan yang diidamkan setiap orang. Namun kecantikan itu akan lebih terserlah jika seseorang itu cantik pada hatinya. Ada perumpamaan yang boleh mengambarkan situasi cantik hati dan cantik fizikal ini.
Perumpamaan pertama "Orang kata dari mata turunnya kehati" kerana dengan rupa yang cantik itu yang telah menambat hati sang arjuna dan sang gadis. Perumpamaan kedua pula "Tak kenal maka tak cinta" dengan mengenali kebaikkan peribadi dan diri orang tersebut yang telah membuatkan hati tertawan padanya.
Jadi cantik paras rupa atau peribadi menjadi pilihan 'u all'?
Bohong andai kita tidak tertarik pada kecantikan luaran seseorang kerana aku tidak menyangkal dengan pandangan cinta pertama adalah kerana kecantikan seseorang itu. Tapi janganlah kita tunduk pada nafsu semata-mata dan janganlah terus melabel orang yang cantik itu akan cantik budi bahasanya juga. Jadi kenalilah dan selami hati budi jejaka atau gadis yang kamu ingin dekati itu dulu.
Cantik bukan sekadar dinilai dari paras rupa tetapi juga sikap dan tingkah laku empunya diri. Namun masih ada yang memandang kecantikkan luaran daripada kecantikan dalaman dalam membuat pilihan. Kenapa agaknya?
Malu agaknya jika buah hati tak berapa nak cantik. Kenapa perlu malu? Mungkin malu sebab tidak mahu kawan-kawan ejek dan menjadi sindiran mereka. Jadi kiranya rupa paras yang cantik itu hanya untuk ditunjuk-tunjuk biar tak malu nak tayang buah hati dengan kawan-kawan.
Tapi jangan!! Jangan terlalu memandang pada fizikal semata-mata. Andai hati budi dan tingkah laku pasangan kamu "zero" kamu juga yang akan susah. Jadi pandai-pandailah dalam membuat pilihan jangan sampai salah membuat pilihan kerana mata kamu telah dibutakan dengan kecantikkan.
p/s Kekasih idaman aku mestilah seorang yg baik hatinya, beriman, bijak dan sedap mata memandang..^_^..tapi tak muncul lagi..huhu






