22Dec
2010
2010
Cantik fizikal Vs cantik hati.
Assalamualaikum,
Fuh!! lamanya tak aktif berblog sejak lepas exam. Entry kali ini aku ingin memperkatakan berkenaan 'Cantik'. Sejauh manakah cantik itu menjadi ukuran dan tiket dalam mencari pasangan? Adakah pada paras rupa atau budi bahasa yang dipertaruhkan?
' Cantik..cantik..siapa yang tak mahu cantik? Di puji dan dikelilingi mereka yang mengagumi! Wow! seronoknya jadi insan yang dilabel cantik! Serasa dunia ini kepunyaannya! Alangkah bestnya jadi manusia yang mempunyai kecantikkan dan ketampanan semula jadi yang mampu meruntunkan hati bagi sesiapa yang memandang.
Banyak definasi cantik yang boleh diutarakan disini. Setiap orang mempunyai definasi cantik yang tersendiri. Bagi aku definasi cantik yang sebenarnya ialah cantik pada hati dan cantik juga pada luarannya. Kedua-duanya sama penting tapi andai luaran saja menjadi taruhan tidak pada hati budi, kecantikan itu tidak akan berkekalan kerana kecantikan rupa akan hilang luput dek zaman tapi cantik hati akan kekal selamanya.

Indah sungguh ciptaan Illahi. Gambar curi dari Fans Page FB Heliza Helmi..hehe
Cantik adalah suatu kelebihan yang diidamkan setiap orang. Namun kecantikan itu akan lebih terserlah jika seseorang itu cantik pada hatinya. Ada perumpamaan yang boleh mengambarkan situasi cantik hati dan cantik fizikal ini.
Perumpamaan pertama "Orang kata dari mata turunnya kehati" kerana dengan rupa yang cantik itu yang telah menambat hati sang arjuna dan sang gadis. Perumpamaan kedua pula "Tak kenal maka tak cinta" dengan mengenali kebaikkan peribadi dan diri orang tersebut yang telah membuatkan hati tertawan padanya.
Jadi cantik paras rupa atau peribadi menjadi pilihan 'u all'?
Bohong andai kita tidak tertarik pada kecantikan luaran seseorang kerana aku tidak menyangkal dengan pandangan cinta pertama adalah kerana kecantikan seseorang itu. Tapi janganlah kita tunduk pada nafsu semata-mata dan janganlah terus melabel orang yang cantik itu akan cantik budi bahasanya juga. Jadi kenalilah dan selami hati budi jejaka atau gadis yang kamu ingin dekati itu dulu.
Cantik bukan sekadar dinilai dari paras rupa tetapi juga sikap dan tingkah laku empunya diri. Namun masih ada yang memandang kecantikkan luaran daripada kecantikan dalaman dalam membuat pilihan. Kenapa agaknya?
Malu agaknya jika buah hati tak berapa nak cantik. Kenapa perlu malu? Mungkin malu sebab tidak mahu kawan-kawan ejek dan menjadi sindiran mereka. Jadi kiranya rupa paras yang cantik itu hanya untuk ditunjuk-tunjuk biar tak malu nak tayang buah hati dengan kawan-kawan.
Tapi jangan!! Jangan terlalu memandang pada fizikal semata-mata. Andai hati budi dan tingkah laku pasangan kamu "zero" kamu juga yang akan susah. Jadi pandai-pandailah dalam membuat pilihan jangan sampai salah membuat pilihan kerana mata kamu telah dibutakan dengan kecantikkan.
p/s Kekasih idaman aku mestilah seorang yg baik hatinya, beriman, bijak dan sedap mata memandang..^_^..tapi tak muncul lagi..huhu
45 Comments
About Me

- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
..: Isi Blog Ikut Bulan :..
..: Total Post :..
- Awas! Lelaki buaya darat. (77 comments)
- Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!! (52 comments)
- Air mata dan Hati (50 comments)
- Cinta itu merumitkan!! (46 comments)
- Cantik fizikal Vs cantik hati. (45 comments)
- Kasihan CINTA...!! (43 comments)
- Jalan mudah dengan copy paste. (41 comments)
- Keluhan hati (40 comments)
- World Cup : Kehangatan Piala dunia 2010 kini bermula. (40 comments)
- Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego? (39 comments)
- Denggi jangan dekati aku lagi.! (39 comments)
- Wanita menangis bukan kerana lemah. (37 comments)
- Wahai wanita jangan terlalu murah..!! (36 comments)
- Itu..ini..semua tak boleh..huhu... (35 comments)
- Finally I'm back....! (34 comments)
..: Blog Status :..

BLOGGERS MALAYSIA
- Total Posts: 104
- Total Comments: 2326
nice entry...agak2 nye yuni ni cntk yg dmna? ;D
ReplyDeleteya ampun comelnye heliza ♥ hehehe..
ReplyDeletekalu cantik sgt pun kadang2 susah gak..
xsenang duduk oi..hahah
bimbang dikebas orang...kan2
~Kecantikkan itu akan terserlah bila seseorang itu solehah...Ia menjaga Agamanya, ia juga menjaga adab dan tutur bicaranya..serta ia menjaga adab pakaiannya...Kesemua ini amat penting bagi seseorang yg bergelar wanita...pemilihan pasangan juga amat penting bagi setiap insan...kepada wanita...pilihlah seorang lelaki yg boleh membawanya ke jalan Allah..kerana Kebahagian itu akan kekal selama2nya...Insya'Allah...
ReplyDeletep/s for Aisyah : Insya'Allah..sy doakan awk agar bertemu dgn seorang lelaki yg soleh...
alaa satu hari nanti mst muncul jgk kekasih idaman yg mcm tu :)
ReplyDeleteSDS : tq sudi membaca n komen my entry...:)
ReplyDeletesy cantik yg mcm mne.? kenal dlu bru tau...hehe..
mr delirium : haha...telan air liur la tu tgk heliza..:P
ReplyDeletefiqry : komen yg bgus fiq..:)..
ReplyDeleteamin..mudah2han sy bertemu dgn jodoh tersebut..:)
fatiahRAIHANA : insyaALLAH jumpe...tp skrg x muncul2 lg..hikhik
ReplyDeletedari dulu saya meletakkan akhlak sebagai kayu ukur kecantikan :)
ReplyDeletewow heliza!!! bulat gettey mate~ hak3
ReplyDeletecantik memang benda yang subkjektif...tapi usah nilai kecantikan luaran sebagai indikator untuk bahagia..
ReplyDeletekecantikan pasti akan pudar..
heliza ni lawa aaaaa~ :)
iqbalsyarie : baguslah begitu...nilailah seseorng itu melalui mata hatinya..;)
ReplyDeleteMohd Khirul Amri Bin Hasan : haha...xkan puji heliza jerk.??:p
ReplyDeletehaha...yela2 mate yuni pun bulat gettey juge~ (O_o)/
ReplyDeletecantek itu subjektif. hehehe..
ReplyDeletenk yg cntik hati sbb kekal lama.. yg cntik fizikal sementara jaa...
ReplyDeletesorry i am not feeling well rite now but beautiful come from the inside. Even if you have everything but deep inside you there are no such beautiful things, that make u the worse person.
ReplyDeleteMohd Khirul Amri Bin Hasan : hehe...bulat gettey tu ape.?
ReplyDeletegood entry. sy pun nak yg macam dlm 'p/s' awak tu. hihi :D
ReplyDeleteLiNuX^MaS+Er : hmm...hope u are fine and in good condition..take care urself..
ReplyDeletelike ur comment..thanx :)
doa2 kita cantik dua2
ReplyDelete;D
Sesumpah : amin..:))
ReplyDeletesis yun pun cantik jugak. huhu
ReplyDeletebetul pandang fizikal hati merana~ :)
bulat gettey tu...bulat sebulat2nye...wahhh cmne tu agknye ye..hahahah
ReplyDeletemacy : thanx syg..macy pon same..;)
ReplyDeletemr delirium : wah...!!bahasa terengganu rupenyer..hehe
ReplyDeletehuhu jgn la puji sgt.. takot gak kan kdng2 kita alpa org ckp kita cantik huhu
ReplyDeletesantek susah..hudus pun susah...
ReplyDeleteNamun kecantikan itu akan lebih terserlah jika seseorang itu cantik pada hatinya ~ suke statement ni :)
ReplyDeletedayah SnoW Heuka : tp kalo org tu da cntik mesti la kne puji..hehe
ReplyDeleteaqmar : kalo 22 susah pilih aje yg tgh2...sederhana la jawapnya..hehe..
ReplyDeleteya helizza mmg santeek wei..
ReplyDeleteneway bersyukur dgn apa y ada =)
betul tu...biarlah kita cantik d mata allah walupn xcntik d mata manusia........setiap ciptaan allah itu cntik...;-)
ReplyDeleteamirah yusof : syukurlah dgn setiap pemberian ALLAH...itu lebih baik..
ReplyDeleteHoneyBunny : yer setiap ciptaan ALLAH itu cntik..cantik macam tuan blog honeybunny..hehe
ReplyDeletecomel jgk tgk heliza pnya mata.. hehehe
ReplyDeleteyuni cantik!!!hehe...sayang yuni...
ReplyDeletecumeylnyew heliza...suke heliza...wee...
pergi muhasabah diri sekejap.. nak tengok cantik ke tak diri ni..huhu
ReplyDeletes h e e : thanx dear...sha pon lawa jugak...kalo x xkan la ada org tu smpai gila bayang kt sha..hehe..
ReplyDeleteheliza mmg lawa pown..germ je tegk dia..hehe..
Tapak Kaki : nak tgk kt mane tu.?hehe..kalo tgk kat cermin nnti pecah lak cermin tu..:P
ReplyDeletekalau tengok cermin sampai pecah, sah buruk perangai.huhu..
ReplyDeletenak cantik....sis dah cntik pon..haha..
ReplyDeletetapak kaki : haha...cermin pon x sudi nak tgk..;P
ReplyDeletenur hafiza : hehe...wat susah2 je la puji...;P
LIKE ALOT entry nie ! :))
ReplyDeletemcmana nk tgk kecantikan hati yew?
ReplyDelete