Posted in:
By Yuni Aisyah 22 comments

Bangkitlah..Jangan lemah!!

Assalamualaikum,



Hidup ini ada pelbagai jalan ceritanya, pelbagai kisah sama ada suka, mahupun duka. Bersiap sedialah berhadapan dengan realiti kehidupan. Kini mungkin kita sedang bersenang-lenang dengan kebahagiaan dan kejayaan yang kita kecapi.

Pernahkah kita terfikir, andai satu saat nanti apa yang kita ada kini akan hilang dengan sekelip mata? Andai saat itu tiba, bersediakah kita?

Tiada satu pun manusia yang mengingginkan kajatuhan dan kehancuran.Tiada siapa pun juga, yang tidak ingginkan kebahagiaan dan kesenangan. Tapi, bila saat kejatuhan itu tiba apa yang ada difikiran kita saat itu?




Mungkin ada yang berfikir yang hidup ini telah musnah, dan menjadi gila, sehingga sanggup mencederakan diri kerana tidak tahan dengan ujian yang dihadapi. Nauzubillahminzalik,YA ALLAH minta dijauhkan dari perbuatan itu. Janganlah kita menjadi seperti orang yang tiada iman.

Jangan berfikir yang hidup ini telah musnah. Tenangkan hati, dan berfikirlah dengan rasional. Apa yang berlaku terima dengan kelapangan hati dan anggap ianya satu ujian daripada ALLAH buat hambanya.




Allah sangat mencintai orang-orang mukmim yang kuat, tidak mudah lembik, tetapi tetap bersemangat, berjuang dan pantang menyerah. “orang mukmim yang kuat lebih dicintai ALLAH daripada yang lemah dan setiap mereka akan kebaikan.”(Hadis Nabi)


Percayalah ALLAH tidak akan memberikan ujian diluar kemampuan hambaNYA. Ujian yang datang sebagai tanda kasih ALLAH pada hambaNYA. Bangkitlah dari kesedihan yang berpanjangan. Jangan lemah menyusuri liku-liku kehidupan. Ambillah pengajaran dari setiap kegagalan.! Bangkitlah…Jangan lemah!!

Suke Entry Ini?

22 Comments
Fb Comments

22 comments:

  1. nauzubillah , jgn kite smpai lakukan bnde2 yg Allah taksuke ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak dijauhkan....kalo ditimpa musibah pu hrp kte dpt atasinya....mudah2han...insyaALLAH..

      Delete
  2. Replies
    1. yup...pelbagai...n mcm2 ragam ada.,...

      Delete
  3. Setiap ujian itu ada hikmahnya dan ujian juga tanda Allah sayang kita..=`(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp ramai manusia yg menyalahkan takdir ILLAHI....huhu....padahal hakikatnya itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYA....huhu

      Delete
  4. btol tu..
    Allah swt takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya sendiri . kita hanya perlu kuatkan diri . bersabar di atas setiap dugaan . pasti ade hikmah di sebalik setiap yang berlaku . insyaallah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..insyaALLAH pasti ada hikmahnya..:)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. benda ni ade dibincangkan dalam kelas saya tempoh hari. mengenai putus asa.
    kenapa perlu manusia menyalahkan takdir Allah? tak terpikir ke dia dengan segala nikmat mencurah2 yang Allah dah bagi pada diri dia.

    manusia bila diuji dengan sedikit kesusahan akan menyalahkan takdir. cuba bandingkan dengan nikmat yang Allah dah beri pada kita. tak tertanding langsung walau dikumpul sekalian harta emas perak dibumi ini.

    bila kita diuji. istighfar. bersangka baik dengan Allah dan percaya setiap perkara yang datang ada hikmahnya.

    wallahualam.

    p/s : uishh. awat lah aku dok cita panjang lebaq ni..kakakak

    ReplyDelete
  7. apa makna hidup tanpa ujian tanpa dugaan.
    sama sama la kita kuat. jangan jadi lembik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2...kte xkan terlepas dr dugaan kehidupan.:)

      Delete
  8. Setiap yang berlaku kepada kita samada baik atau buruk merupakan ujian daripada Allah..

    Saya bagi dua contoh di sini:

    seandainya kita miskin Allah nak uji kesabaran kita.. dengan kemiskinan tersebut akan meendedkatkan diri kita dengan Allah S.W.T melalui Ibadah dan doa yang kita pohon kepadaNYA untuk diberikan kesenangan hidup..

    Seandainya kita kaya Allah nak uji kita dengan harta kekayaan tersebut.. Adakah kita mensyukuri nikmat pemberianNYA yang melimpah ruah dengan bersedekah, membayar zakat dan sebagainya..

    Apa sahaja musibah atau kegembiraan yang datang kepada kita.. ANggaplah ianya sebagai ujian daripada Allah S.W.T kepada hambanya.. Wallahualam..

    Eyriqazz vs Denaihati : Blog siapa lebih popular?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer...saye setuju benar dgn pendapat kamu...100% agree...:D

      Delete
  9. thanks. sy dah mkin kuat... :)

    ReplyDelete
  10. HELLO cikmata bulatt hehe.. comel nya entry kerohanian dia.. TQ ya.. chaiyook!! semangat ~ takmo lihat y lemah untuk melemahkan semangat hidup.. ^^!

    ReplyDelete
    Replies
    1. helo juge cikpinky cute..hehe....tengs dear..:D

      Delete
  11. waalaikumusalam tiranAduka...salam pkenalan juga.....:)

    ReplyDelete
  12. Semoga kite semua jadi hamba yang kuat..Inshaallah..Setiap yg berlaku pasti ade hikmah ^___^

    ReplyDelete
  13. setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.. kita harus kuat untuk tempuhi semua dugaan itu :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^