6Jul
2012
2012
Bangkitlah..Jangan lemah!!
Assalamualaikum,
Hidup ini ada pelbagai jalan ceritanya, pelbagai kisah sama ada suka, mahupun duka. Bersiap sedialah berhadapan dengan realiti kehidupan. Kini mungkin kita sedang bersenang-lenang dengan kebahagiaan dan kejayaan yang kita kecapi.
Pernahkah kita terfikir, andai satu saat nanti apa yang kita ada kini akan hilang dengan sekelip mata? Andai saat itu tiba, bersediakah kita?
Tiada satu pun manusia yang mengingginkan kajatuhan dan kehancuran.Tiada siapa pun juga, yang tidak ingginkan kebahagiaan dan kesenangan. Tapi, bila saat kejatuhan itu tiba apa yang ada difikiran kita saat itu?
Mungkin ada yang berfikir yang hidup ini telah musnah, dan menjadi gila, sehingga sanggup mencederakan diri kerana tidak tahan dengan ujian yang dihadapi. Nauzubillahminzalik,YA ALLAH minta dijauhkan dari perbuatan itu. Janganlah kita menjadi seperti orang yang tiada iman.
Jangan berfikir yang hidup ini telah musnah. Tenangkan hati, dan berfikirlah dengan rasional. Apa yang berlaku terima dengan kelapangan hati dan anggap ianya satu ujian daripada ALLAH buat hambanya.
Allah sangat mencintai orang-orang mukmim yang kuat, tidak mudah lembik, tetapi tetap bersemangat, berjuang dan pantang menyerah. “orang mukmim yang kuat lebih dicintai ALLAH daripada yang lemah dan setiap mereka akan kebaikan.”(Hadis Nabi)
Percayalah ALLAH tidak akan memberikan ujian diluar kemampuan hambaNYA. Ujian yang datang sebagai tanda kasih ALLAH pada hambaNYA. Bangkitlah dari kesedihan yang berpanjangan. Jangan lemah menyusuri liku-liku kehidupan. Ambillah pengajaran dari setiap kegagalan.! Bangkitlah…Jangan lemah!!
22 Comments
About Me

- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
..: Isi Blog Ikut Bulan :..
..: Total Post :..
- Awas! Lelaki buaya darat. (77 comments)
- Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!! (52 comments)
- Air mata dan Hati (50 comments)
- Cinta itu merumitkan!! (46 comments)
- Cantik fizikal Vs cantik hati. (45 comments)
- Kasihan CINTA...!! (43 comments)
- Jalan mudah dengan copy paste. (41 comments)
- Keluhan hati (40 comments)
- World Cup : Kehangatan Piala dunia 2010 kini bermula. (40 comments)
- Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego? (39 comments)
- Denggi jangan dekati aku lagi.! (39 comments)
- Wanita menangis bukan kerana lemah. (37 comments)
- Wahai wanita jangan terlalu murah..!! (36 comments)
- Itu..ini..semua tak boleh..huhu... (35 comments)
- Finally I'm back....! (34 comments)
..: Blog Status :..

BLOGGERS MALAYSIA
- Total Posts: 104
- Total Comments: 2326
nauzubillah , jgn kite smpai lakukan bnde2 yg Allah taksuke ..
ReplyDeletemintak dijauhkan....kalo ditimpa musibah pu hrp kte dpt atasinya....mudah2han...insyaALLAH..
Deletemanusia. pelbagai.. huhu
ReplyDeleteyup...pelbagai...n mcm2 ragam ada.,...
DeleteSetiap ujian itu ada hikmahnya dan ujian juga tanda Allah sayang kita..=`(
ReplyDeletetp ramai manusia yg menyalahkan takdir ILLAHI....huhu....padahal hakikatnya itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYA....huhu
Deletebtol tu..
ReplyDeleteAllah swt takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya sendiri . kita hanya perlu kuatkan diri . bersabar di atas setiap dugaan . pasti ade hikmah di sebalik setiap yang berlaku . insyaallah ^^
yup..insyaALLAH pasti ada hikmahnya..:)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebenda ni ade dibincangkan dalam kelas saya tempoh hari. mengenai putus asa.
ReplyDeletekenapa perlu manusia menyalahkan takdir Allah? tak terpikir ke dia dengan segala nikmat mencurah2 yang Allah dah bagi pada diri dia.
manusia bila diuji dengan sedikit kesusahan akan menyalahkan takdir. cuba bandingkan dengan nikmat yang Allah dah beri pada kita. tak tertanding langsung walau dikumpul sekalian harta emas perak dibumi ini.
bila kita diuji. istighfar. bersangka baik dengan Allah dan percaya setiap perkara yang datang ada hikmahnya.
wallahualam.
p/s : uishh. awat lah aku dok cita panjang lebaq ni..kakakak
hehe...komen yg bagus cik kiwi..:)
Deleteapa makna hidup tanpa ujian tanpa dugaan.
ReplyDeletesama sama la kita kuat. jangan jadi lembik :)
btol2...kte xkan terlepas dr dugaan kehidupan.:)
DeleteSetiap yang berlaku kepada kita samada baik atau buruk merupakan ujian daripada Allah..
ReplyDeleteSaya bagi dua contoh di sini:
seandainya kita miskin Allah nak uji kesabaran kita.. dengan kemiskinan tersebut akan meendedkatkan diri kita dengan Allah S.W.T melalui Ibadah dan doa yang kita pohon kepadaNYA untuk diberikan kesenangan hidup..
Seandainya kita kaya Allah nak uji kita dengan harta kekayaan tersebut.. Adakah kita mensyukuri nikmat pemberianNYA yang melimpah ruah dengan bersedekah, membayar zakat dan sebagainya..
Apa sahaja musibah atau kegembiraan yang datang kepada kita.. ANggaplah ianya sebagai ujian daripada Allah S.W.T kepada hambanya.. Wallahualam..
Eyriqazz vs Denaihati : Blog siapa lebih popular?
yer...saye setuju benar dgn pendapat kamu...100% agree...:D
Deletethanks. sy dah mkin kuat... :)
ReplyDeletehehehe....bguslah kalo cntu...:P
DeleteHELLO cikmata bulatt hehe.. comel nya entry kerohanian dia.. TQ ya.. chaiyook!! semangat ~ takmo lihat y lemah untuk melemahkan semangat hidup.. ^^!
ReplyDeletehelo juge cikpinky cute..hehe....tengs dear..:D
Deletewaalaikumusalam tiranAduka...salam pkenalan juga.....:)
ReplyDeleteSemoga kite semua jadi hamba yang kuat..Inshaallah..Setiap yg berlaku pasti ade hikmah ^___^
ReplyDeletesetiap ujian itu pasti ada hikmahnya.. kita harus kuat untuk tempuhi semua dugaan itu :)
ReplyDelete