Posted in:
By Yuni Aisyah 28 comments

Bijaklah memilih cinta.

Setiap orang pasti ada pilihan yang tersendiri dalam memilih pasangan dan yang pasti hampir rata meletakkan kriteria seperti cantik/kacak dan berdui sebagai pilihan utama. Bak kata orang yang mata duitan 'Ada duit boleh jalan, tak ada duit boleh bla!'.


Lumrah sebagai manusia menggiginkan kesempurnaan, tapi nilaikan dahulu sebaik-baiknya. Jangan hanya kerana paras rupa menawan dan harta yang banyak segalanya dipandang elok. Jangan hanya kerana ingin mengejar kebahagiaan didunia maruah tergadai. Bijaklah memilih cinta untuk kebahagiaan yang berkekalan jangan menyesal dikemudiaan hari.

Orang kaya tidak semestinya kaya budi pekertinya.
Orang miskin tidak semestinya miskin budi pekertinya.
Orang cantik tidak semestinya cantik pula hatinya.
Orang tidak cantik tidak semestinya tidak cantik hatinya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu bahagia." Melalui sabda Rasulullah s.a.w ini telah memperlihatkan bahawa kriteria yang utama dalam mencari pasangan adalah agamanya.

Kesempurnaan terletak dimana kita sanggup menerima kekurangan pasangan kita. Tipulah jika hati tidak suka akan kecantikkan dan kekayaan. Itu lumrah manusia suka melihat akan keindahan. Tapi jangan jadikan pilihan tersebut sebagai pilihan utama.


' Andai satu saat nanti aku dianugerahkan jodoh, demi ALLAH s.w.t dialah yang paling sempurna bagi ku dan aku akan menerima dengan rasa syukur..'

Suke Entry Ini?

28 Comments
Fb Comments

28 comments:

  1. tak semetinya org kaya tu , kaya budi bahasa. betul2 !

    ReplyDelete
  2. Redha dengan ketentuan Allah s.w.t :)

    ReplyDelete
  3. amoi miyaSya : thnax krn bersetuju..:)

    fello ariza : tp jgn pasrah begitu aje...:D

    ReplyDelete
  4. bagus2..
    semoga yuni akan menjadi isteri n ibu yang solehah...

    ReplyDelete
  5. iema : insyaALLAH...amin...mudah2han..:)

    ReplyDelete
  6. kecantikan luaran tu xkn kekal..
    kecantikan dalaman tu yg pling penting.. kan..

    ReplyDelete
  7. jodoh kita semuanya sudah di tetapkan olehNya.dan Allah lebih mengetahui semua di sebalik ketetapanNya

    O.o

    ReplyDelete
  8. solihin zubir : yer btul solihin..setuju sgt..:)

    zati embong : moga kte mndptkn jodoh yg terbaik utk kte..

    ReplyDelete
  9. smg kte x tersilap dlm memilih cinta...:)

    ReplyDelete
  10. ade jodoh tak ke mane...orang yang cantik, dah tua akan makin pudar kecantikannya...

    tapi orang yang cantik akhlak, tak akan pudar kecantikan akhlak itu walaupun ditelan masa...

    kan unniesya. :)

    ReplyDelete
  11. Hai masih ingatkah lagi saya??hehe..

    p/s:reply kt blog sy k =)

    ReplyDelete
  12. http://wanwidget.com
    kalau org tu x hensem macam mana

    ReplyDelete
  13. insyaallah dpt yg terbaik utk kite smua..amin..hee=)

    ReplyDelete
  14. nice entry . teruskan perjuangan :D

    ReplyDelete
  15. kebahagiaan tidak pernah ada pd kekayaan dan rupa..

    ReplyDelete
  16. cantik dalam cantik luar

    ReplyDelete
  17. mizz_nizz : slmt berpose jugak..:)

    jiji yu : :D

    ReplyDelete
  18. cantik luar cantik dalam :)

    ReplyDelete
  19. dah lama tak singgah sini.. macam dah nak kawen je akk ni. hehe =)

    ReplyDelete
  20. smg bertemu dgn jodoh yg sesuai dgn dirimu~..

    ReplyDelete
  21. tak salah kalau kita asyik mengharapkan yang terbaik pada pasangan kita .. namun pada masa yang sama kita sendiri pun kenalah jadi yang terbaik jugak

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.. :)

    insyaallah akan ada yg terbaik untuk kita..
    dalam apa jua dugaan dn cabaran yg dtg dn pergi silih berganti, insyaallah diantaranya terselit sesuatu yg menjadi utusan dariNya..

    sama ada untuk menjadi pemimpin dn membimbing kita, ataupun sebagai seorang penyokong yg sanggup berkorban dalam membantu kita mencapai matlamat yg kita tujui..

    letak tgn dada, seiring dgn hati dn pejamkan mata sejenak.. fikirkan Allah telah merancang sesuatu yg terbaik untuk kita..
    dn dalam masa yg sama, diantara yg terbaik yg telah Dia rencanakan itu adalah diri kita untuk seseorang..

    ReplyDelete
  23. insyaallah yuni.. :)

    selalu je berpegang pada janji Allah..

    "lelaki yang baik, adalah untuk wanita yang baik"
    dan begitu jualah sebaliknya.. ikatkan hati dengan hikmah perkataan tu.. yakini cintaNya.. Insyaallah Dia akan berikan yg terbaik untuk kita..

    Yuni,
    actually, dlm sedar atau x, kita merancang.. dan Allah juga merancang.. namun kekuatan untuk merencanakan perancangan adalah milik Dia.. kerana disamping perancangan, Dia telah sisipkan pelbagai hikmah disebaliknya.. sama ada untuk melangkah kearah kebahagiaan, mahupun kearah kesulitan..

    Dalam setiap persoalan dn perjalanan yg dilalui tu, letakkan harapan dn jutaan impian hanya pada hikmahNya.. mohon padaNya untuk bantu kita dalam membuat sesuatu keputusan.. kita sebenarnya xmampu untuk membuat pilihan.. kerana perasaan cinta tu adalah anugerah dari Dia.. Dia yg timbulkan.. walau dlm kesulitan, mahupun dalam kebahagiaan cinta tetap akn hadir..itulah buktinya cinta tu ketentuan Dia.. namun, dalam hakikat kehidupan, jangan terlalu letakkan harapan yg tinggi mengenai cinta.. kerana cinta mampu memusnahkan.. sama seperti ayat yuni diatas..
    "jangan hanya kerana mengejar kebahagiaan didunia, maruah tergadai"
    ramai golongan muda dn belia generasi hari ini da semakin mudah dlm soal 'maruah' sedangkan itu adalah mahkota bagi seorang perempuan dan kehormatan bg seorang lelaki.. dalam soal menjaga dan memelihara maruah ni, wajib bagi kedua2 pihak lelaki dn perempuan untuk mempertahanknnya.. dan kepada kaum hawa, ingatlah.. xsemestinya anda akan menjadi permaisuri kepada jejaka yg anda sayangi dan cintai.. jangan terlalu mudah serah diri..

    Yuni,
    letakkan tangan didada seiring dgn hati.. pejamkan mata dan tenangkan fikiran.. mulalah berharap.. agar pilihan yg dibuat adalah tepat.. sentiasalah berharap agar pencarian cintamu menjadi sebuah pencarian kehidupan.. kerana dipenghujung waktu, cinta bukanlah segala2nya..pilihlah kearah yg ada sinar redhaNya..krn disebalik bahagia itu, ada cinta bersamanya..


    Coretan Ikhlas,
    Apple Merah @ encik mimpi
    [ AzamZainalArif ]

    ReplyDelete
  24. permainan hati bukan urusan kita..bilamana hati tercuit..yang hodoh kelihatan cantik...yang miskin terasa cukup...yang biadap terasa berbahasa...hehe

    ReplyDelete
  25. opop : itulah yg dinamakan kuasa cinta....:)

    ReplyDelete
  26. Yup. Lumrah manusia, Milly sendiri seeking for handsome bf. Mesti! Tp itu xmenjamin happiness kan? If jodoh, Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu milly handsome tu x menjaminkn kebahagiaan...kalo dah baik dan handsome lak tu kre bonus la..hehe....

      Delete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^