Posted in: ,
By Yuni Aisyah 32 comments

Hidup ini tak selalunya indah.

Dear readers,


Aku ingin berkongsi kisah yang mungkin memberi kesedaran dan membuka pintu hati kita dalam melihat kehidupan ini. Tidak semua orang yang bernasib baik dan mendapat kebahagiaan yang dicari. Semua pastinya ingin kehidupan yang bahagia yang penuh dengan warna. Tapi tidak semua yang bernasib baik mendapatkannya.

Jika kita senang ingatlah bahawa masih ada yang susah. Jika kita kaya ingatlah ada orang yang miskin. Jika kita makan sedap ingatlah ada orang yang sedang kelaparan. Jika kita bahagia ingatlah ada orang yang dibelenggu kesedihan dan yang pastinya ingatlah jika kita dalam kesusahan akan ada yang lebih susah dan sarat dari yang kita lalui.

Dikala kita nyenyak tidur dikatil empuk, ada orang yang tidur beralaskan kertas.

Apa yang aku ingin kisahkan adalah kisah benar seorang pakcik yang baru sahaja aku temui selepas makan malam bersama keluarga di Ong Tai Kim Jalan Gombak.

Sampai saja disana aku melihat seorang remaja sedang menyorong kerusi roda seorang warga emas yang aku fikir adalah ayahnya. ‘wah!!baiknya jadi anak’ bisik aku dalam hati. Selepas beberapa ketika sewaktu sedang makan aku melihat warga emas yang tadi, tapi bersama orang lain pula. ‘Eh!!Mana la pulak anak dia yang tadi tu?’ Aku tertinjau-tinjau kelibat pakcik berkenaan.

Aku cuba tidak peduli dan menyambung kembali makan. Baru nak gerak balik lepas dah bayar semua aku ternampak pakcik yang sama, bersama orang lain pula. Dalam hati dah fikir lain dan adik aku pun perasan juga. ‘Eh!itu bukan pakcik tadi ke.?? ‘ kata adik. ‘ Tu lah akak pun perasan awat la pakcik tu kehulur-kehilir tapi yang dok sorong dia orang yang berlainan. Entah-entah anak dia tinggalkan dia tak? Tak pun pakcik tu sesat atau lupe jalan nak balik rumah sebab lupe ingatan.’ Bermacam tafsiran yang aku andaikan.

Jagalah dan kasihanilah ibu bapa kita. Jangan biarkan hidup mereka terabai. Ingatlah pengorbanan mereka membesarkan kita. Jangan buang mereka seperti sampah!

Keluar saja dari simpang plaza idaman berhampiran dengan traffik light dan stesyen BHP aku dan keluarga terkejut melihat pakcik tadi ditinggalkan begitu sahaja di bahu jalan. ‘Hah!!tu pakcik tadi…ape dia wat kat sini.???’ Dalam antonansi yang agak kuat kerana terkejut. Ayah memberhentikan kenderaan dan ibu bertanyakan sesuatu pada pakcik tersebut. ‘Pakcik buat ape kat sini sorang-sorang? Mana anak pakcik? Rumah pakcik kat mana?. Tanya ibu. Tapi tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut pakcik tersebut melainkan hanya membisukan diri dengan wajah yang terlukis kesedihan.

Jika anda kaya dan mempunyai wang? murahkanlah hati untuk menderma pada golongan yang tidak berupaya. Ingat harta didunia yang kita ada hanya pinjaman sahaja.

Ya ALLAH dengan kudung kedua-dua belah kaki dan sedang menjamah nasi kosong tanpa lauk-pauk menyentuh hati nuraniku. Hati aku meronta untuk menolong tapi apakan dayaku ayah terus berlalu meninggalkan pakcik yang malang itu. ‘Ayah kenapa kita tak tolong pakcik tu?tolong la hantar kat mana-mana pusat kebajikkan. Tak kan nak biarkan dia cantu aje? Ayah patah la balik kesian pakcik tu.’ Aku berkata dalam sendu. Memang sedih dan terkilan sebab tak dapat nak tolong.

Apa yang aku dapat lakukan adalah dengan menelefon polis dan memberitahu lokasi pakcik tersebut berada. Hati masih lagi sedih dan terkilan. Sampai sekarang aku masih terkenangkan nasib dan berfikir bagaimanalah nasib pakcik yang malang itu. Adakah polis dapat menemuinya? Hanya dengan doa yang mampu aku kirimkan moga pakcik tersebut dalam keadaan selamat.

Hulurkan tangan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Aku tidak dapat melupakan wajah sungul dan sayu pakcik tersebut. Hidup keseorangan tanpa keluarga disisi. Anak-anak pula entah hilang kemana. Tegarnya sanggup membiarkan bapa sendiri merempat sebegitu rupa dengan tiada keupayaan seperti manusia normal yang lain. YA ALLAH Kejam sungguh!! Celakalah mereka yang menderhaka dan membuang ibu dan ayah. Kalau dah tak mampu nak jaga pun letak la dirumah kebajikan janganlah buang macam sampah.!

Dari peristiwa yang berlaku ini telah memberi pengajaran yang ama bermakna bagi aku. Hidup ini tak selalunya indah dan belajarlah untuk mensyukuri nikmat yang telah ALLAH berikan kepasda kita walaupun nikmat tersebut hanya sedikit. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan moga pakcik tersebut tabah menghadapi ujian dari-NYA. Walau apa pun yang berlaku"Life must go on" bak kata Mr.Delirium a.k.a luthfi@Tandas Awam.

p/s hati ini tak tahan melihat mereka yang susah dan tidak berupaya..huhu..

Suke Entry Ini?

32 Comments
Fb Comments

32 comments:

  1. ape yang yuni buat tu dah betol..kite doa je moga polis@sape2 selamtkan pkcik tu..amin..

    mmg tndkan yg sptutnye yuni buat ..

    ReplyDelete
  2. sangat menyentuh lubuk hati... :(

    ReplyDelete
  3. ish2.. mcm2 org.. mcm2 perangai.. mcm2 nasib.. Allah jadikan manusia ni berbeza2.. ada yg senang .. susah.. fikir2kan lah..

    ReplyDelete
  4. Kesian ny pakcik tu.. Teruk betul laa anak2 dia.. suka2 buang.. Ingat kucing ke?

    ReplyDelete
  5. dalam dunia ni mgkn ramai yg berniat,tapi x ramai yg akan bertindak...bagus yunie ;)

    ReplyDelete
  6. Matakarpal retak : tp sy rase pertolongn sy x seberapa..:(

    puteraduyung : bila ingt balik wajah pakcik tu mmg sedih..:(

    ReplyDelete
  7. hayati inter4web : masnusia cntu la...huhu

    SofieAzwa : tu la...mengalahkan binatang...ibu bapa leh jage ank sekandang tp anak belum tentu lg boleh jage ibu n ayah mereka.

    aiex sepet : hmm...pertolongn yuni x seberapa aie...:(

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. hati awk masih 'hidup'.. smoga dimurahkan rezki yg melimpah ruah utk membantu org yg susah, amin ^^

    latest en3: krisis nuklear jepun

    ReplyDelete
  9. sedih...:(
    mmg kesian kat pakcik tuuu....

    ReplyDelete
  10. caliph : Amin..mudah2han....itu niat saye...

    lily : mmg cian..bila ingt mmg sedih..:(

    ReplyDelete
  11. hurmm..
    kdg2 t'pikir adakah 1 hari nnti nasib kte akn sme mcm mereka..
    sape taw..
    moga2 mereka akn jmpe tmpt yg 'sempurna'kebahagian yg dinntikan bila tiba ms nnti..
    amin.

    ReplyDelete
  12. miszlalieto : mudah2 begitulah hendaknya...amin...

    NICK IRFAN : sedih je tgk pakcik tu.:(

    ReplyDelete
  13. sedih plak hamba....mcm ne plak kita nanti erk..anak2 tak pedulik....tah le...

    ReplyDelete
  14. jeBAteja : hmm..harap la anka2 kte baik2 nnti...doakan mudah2han..

    Firdaus Kasim : yer ke beruntung.???kalo beruntung nape nasib dia cntu.??

    ReplyDelete
  15. Semoga Allah sentiasa memberkati orang tersebut...orang yang menderita di dunia ini , Allah akan memberi Sebesar2 kurniaanNYA di Akhirat kelak...sekurang2nya kita membantu setakat mana yang mampu..Insya'Allah beliau akan menjadi Saksi di Akhirat kelak..Waallahu'Alam..

    ReplyDelete
  16. FiQrY : InsyaALLAH...mudah2 begitu hendaknya...

    ReplyDelete
  17. beruntung pakcik tu dipertemukan dengan yuni.. sangat2 salute dgn ur action..afiq pun kesian jugak dgn org yang mcm tu.. hope pakcik tu ok sekarang ni..

    ReplyDelete
  18. hidup memang tak selalu indah kan kak. pelangi yang cantik-cantik pun kejap je pastu hilang semula... macam kita. kejap je kat dunia.. pastu hilang semua..

    ReplyDelete
  19. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang~~klu Allah nak ambil balik kesenangan tu, kejap je kita hilang semuanya..kn?? huhu

    ReplyDelete
  20. btol tu..hdup x selalu indh..stiap org psti diuji..baiknye kak yun..jom kite sme2 doa k ..huhu

    ReplyDelete
  21. ya! ble kite ssh, ingtlah.. ade lg yg lebih ssh..

    hope pkcik tu sntiase dpt plindungan-Nya :')

    ReplyDelete
  22. sedihnyaaa.
    kesian pakcik tu..
    :(

    ReplyDelete
  23. keciannya pakcik tu....huhu

    ReplyDelete
  24. hmmmm...ble tgah homesick ni..sdehla plak..bace entry kak yuni ni..huhuuh..sya pon pnah mghadapi bnde yg sme..ade pkck2 n mkck2 tua dok kat tepi jalan..dgn keadaan yg sgt2 myedihkan..smpainye hati seorg anak wat cm tu kat parents yg besar, jage, didik, asuh diorg..

    Ya ALLAH..jadikan la kami anak2 yg soleh dan solehah..yg dpt membela naseb ibu bapa kami apabila mereka sudah tua kelak..jauhkn diri kmi drpd sifat riak, pentingkan diri sndri dan mementingkan duniawi semata2..

    sesugguhnya...kebahagian yg sebenar ialah apabila kte mndapat restu dr ibu bapa kita..baru lah redha ALLAH akn myusul kemudian...wallahualam..:)

    ReplyDelete
  25. Yuni, maksud saya.. zaman nie mesti kita tengok pelik kalo tgk ada org muda pakai kopiah hari, pakai jubah hari, pergi masjid hari2.. mesti pelik an? tapi di sisi agama, dia adalah beruntung

    Entri Panas! Pakej Lengkap Nuffnang :
    Rahsia Terbongar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 1)

    Rahsia Terbongar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian Akhir)

    ReplyDelete
  26. Nur Sya : Alhamdulillah..lega hati akk bace komen sya..:)

    smg kte menjadi anak yg solehah buat ibu n ayah kte..slgi kte idup nie bahagiakanlah mereka..

    ReplyDelete
  27. Firdaus kasim : owh..ye baru sy paham..:D

    ReplyDelete
  28. ya Allah...kesiannya pacik tu yuni...hopefully polis amek tindakanla...btol tu...hidup ni x selalunya indah...mungkin hari ni hari pacik tu...esok lusa...sape yg taw?huhuh...

    ReplyDelete
  29. firdaus kasim : hahaha..yer dah paham..:P

    shee : mmg kesian...camne la dgn nasib pakcik tu skrg.??hrp pakcik tu dpt pelindungan...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^