Posted in: , ,
By Yuni Aisyah 34 comments

Mati 24 jam kerana sihir.!!

Dear readers,

Pasti ada diantara 'u all' pernah mendengar cerita berkenaan orang yang terkena buatan sihir sama ada sakit, dihantui ketakutan mahupun mati secara mengejut. Aku juga tidak terlepas dari mendengar dan berhadapan sendiri dengan mereka yang terkena buatan orang ini.


Semakin maju dunia, semakin rancak pula aktiviti tak bertamadun ini! Dengan sihir orang yang benci boleh jadi sayang, orang yang miskin boleh jadi kaya dan orang yang lemah boleh menjadi kuat. Ini semua kerja syaitan laknatullah yang sentiasa ingin menyesatkan anak-anak adam yang cetek agamanya dan keruh rohaninya.

Manusia-manusia yg tolol inilah yang sanggup membinasakan orang lain demi mencapai matlamat kotor mereka. Bersekongkol dengan syaitan demi mendapatkan apa yang dihajati sehingga sanggup membunuh.!Nauzubillah...



Ikuti kisah benar terkena buatan orang dibawah.

"Seorang wanita mati terkena sihir dalam waktu 24 jam. Bermula merasa sakit di leher hinggalah sakit yang amat dibahagia perut dan muntah yang mengeluarkan kaca. Wanita tersebut terus dikejarkan ke hospital oleh suaminya. Selepas diperiksa dan di scan apa yang diperolehi amatlah mengejutkan doktor.! Hasil scan terlihat beberapa ekor tikus yang hidup telah memakan organ dalaman wanita tersebut.!!Ya ALLAH..!!"

"Time tu juga pembedahan dijalankan untuk mengeluarkan tikus-tikus tersebut. Tikus telah berjaya dikeluarkan tapi malangnya nasib tidak menyebelahi mangsa. Wanita tersebut mati kerana mengalami kerosakkan organ dalaman yang teruk akibat dari gigitan tikus kiriman sihir."

Ini adalah kisah nyata yang dialami sendiri oleh kenalan ibuku. Kematian yang amat tragis dan ngeri.!! 'Ya Allah jauhilah kami dari hasad dengki manusia dan dari gangguan jin dan syaitan.'

Allah memberikan manusia dengan akal supaya manusia dapat berfikir dengan baik dan buruk sesuatu itu. Allah menganugerahkan manusia hati supaya menyayangi sesama manusia bukan menyakiti sesama sendiri. Tapi kini akal dan hati itu tidak digunakan kearah kebaikkan yang ada akal dan hati yang penuh dengan dendam, hasad dengki dan kejahatan.!!

Dalam sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah s.a.w.
"Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya, apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab, syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh nyawa tanpa haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh perempuan berzina."

p/s Ayah berpesan jaga diri baik-baik. Jangan jahat dengan orang, jangan ada hasad dengki dalam hati, sentiasalah bersederhana, jangan tinggal solat dan rajinlah baca Al-Quran supaya dapat menangkis dari perbuatan sihir. InsyaALLAH aku akan ingat pesanan ayah sampai bila-bila.

Suke Entry Ini?

34 Comments
Fb Comments

34 comments:

  1. kejam sgguh sihir jenis ni..

    smoga kita dilindungi Allah sentiasa, amin...

    ReplyDelete
  2. caliph shuriken : amin..mudah2han..!!

    ReplyDelete
  3. kita mcm da kembali ke zaman dulu2 dh..dulu org guna sihir utk protect family, harta, keturunan tp skrg utk balas dendam, tamak, kekayaan...mcm2 lg la

    ReplyDelete
  4. sihir ni selalunye bermula dari penyakit hati.. bahaya. Semoga diri kita dilindungi, apatah lagi kita sebagai kaum perempuan ni kan begitu mudah untuk terdedah dengan perkara-perkara macam ni. Nauzubillah

    ReplyDelete
  5. BillyNain : manusia dah dibutakan dgn duniawi smpai lupakan dosa dan balasan di akhirat nnti..

    ReplyDelete
  6. Ieqa Swetluv : setuju tu iqa..dr pic sj sihir bleh berlaku..gerunnya..huhu

    ReplyDelete
  7. masyaAllah takutnya..! T___T
    manusia ni kalau dah dendam macam2 dia sanggup buat.


    salam singgah! ^^

    ReplyDelete
  8. astaghfirullahal'azim,mengucap panjang yaty baca,turut simpati dengan nasib kenalan ibu yuni tu...huhu semoga kite semua ambil iktibar then dekatkan diri dengan Allah..insyaAllah...

    selamat tahun baru yuni,sori baru sempat ke sini..=]

    ReplyDelete
  9. orang semakin jahat.seriau betul dengan benda-benda macam ni sebab macam tak boleh buat apa-apa kalau orang nak buat sihir kat kita.

    ReplyDelete
  10. moga dijauhkan. aminnn

    ReplyDelete
  11. sy pnah terkena..dan atas nasihat sorg ustazah..bykkan berzikir dan baca Al-Quran..alhamdulillah..sy pulih..tp kesannya masih ada...

    ReplyDelete
  12. salam...saya pernah terkena ngan ilmu jahat ni..berkat nsht sorg ustazah, mintak sy amalkan zikir n ayat pelindung, alhamdulillah sy pulih..tp kesannya masih ada...

    ReplyDelete
  13. wunny : moga kte dijauhkan...amin

    ReplyDelete
  14. Cahaya Kehidupan : moga arwah dicucuri rahmat keatasNYA..mintak dijauhkan dgn manusia yg berhati iblis nie...amin..slmt thn bru juge yaty..:)

    ReplyDelete
  15. SyilAdlin : Ya ALLAH...kesannya masih ada.???x bleh sembuh total ke.??

    ReplyDelete
  16. Erm... insyaAllah dengan amalkan zikir ma'thsurat, ALlah akan lindung :)

    ReplyDelete
  17. ishk.. seram siot.. sampai ade tikos... masyallah..

    ReplyDelete
  18. tkut juga dengan sihir ini.. minta kita dijauhkannya...

    ReplyDelete
  19. haisyhh.. jahat btul manusia men sihir nih

    ReplyDelete
  20. iqbalsyarie : zikir ma'thsurat...tahnx iqbal..insyaALLAH sy akan amalkan..:)

    ReplyDelete
  21. huhu...seramnye...kejam betul!!!!!!

    ReplyDelete
  22. warghh..
    takot maa.. zaman skg pon msih diguna pakai benda2 nie..

    pendinding diri adalah wall yg paling kebal !

    ReplyDelete
  23. fiq : tau xpe...bila fikirkan mmg takut la..mintk la jauh dr kite..

    ReplyDelete
  24. moga2 kita semua dijauhkan yer...pes time dengar kisah cenggini...

    ReplyDelete
  25. moga kita nie sentiasa dijauhkan dari sifat hasad dengki~

    ReplyDelete
  26. hati-hati yep.. kadang-kadang lelaki pun kena jugak sihir yang macam ni.. amalkan surah 3 Qul

    ReplyDelete
  27. moga kt sume dijauhkan lah yerk..
    PHD yg ni memg kejam...

    ReplyDelete
  28. ya Allah...smpai cmni skali pon ade ek...

    suke ngan pesanan ayah...btol3...al-Quran perisai yg hebat...

    ReplyDelete
  29. shee : takut kan sya...xmo la kena kat kte...

    ReplyDelete
  30. TiKa Leh : jgn la dekt ngn mereka2 yg ada sifat PHD nie...bahaya idup..huhu

    ReplyDelete
  31. Makk aii kesian Giler.. Kejam betul laa nak sihir2 orang

    ReplyDelete
  32. sophie : mmg kejam sgt2 sophie...kadang terfikir gk nape la dorng nie jahat sgt...:(

    ReplyDelete
  33. dulu ayah meninggal pun sebab sihir... memang sangat jahat la oorang tu... tapi Allah tu adil kan.. dia buat kat kita, Allah akan balas balik.. akhirnya dia belum tentu bahagia kat dunia ni kan.. akhirat apatah lagi...

    ReplyDelete
  34. dunia makin maju..tapi hakikatnya manusia zaman sekarang ramai ke arah nak jadi macam zaman jahiliyah dulu balik..erti kate lain..semakin mengundur..itulah manusia yang xpernah sedar dek untung..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^