Erti pengorbanan yang sebenar?

Assalamualaikum,

Hari ini bersamaan dengan 10 zulhijjah umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Dalam kita sibuk melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha ini tahukah kita makna sebenar disebaliknya?

Adakah Hari Raya Aidiladha hanya sebagai ibadah korban. AidilAdha ataupun korban adalah satu peristiwa yang kita sebagai umat Islam perlu ketahui, fahami dan dalami makna sebenar AidilAdha.

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat.

‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.

“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi.

‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

Ibadah korban ini bermula pada zaman Nabi Ibrahim. Tatkala ketika itu Nabi Ibrahim mendapat seruan dari Allah s.w.t untuk mengorbankan anaknya iaitu Nabi Ismail. Allah s.w.t telah menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.


Apakah pengorbanan kita sebagai seorang Islam?

Mengambil skop pengorbanan di Hari Raya AidilAdha ini. Adakah kita selami makna sebenar pengorbanan? Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dimuka bumi Allah ini? Adakah kita telah menjadi seorang muslim yang sejati dengan mengerjakan segala suruhan Allah? Adakah kita menghargai pengorbanan yang telah kedua orang tua kita lakukan untuk membesarkan kita? Apa pula pengorbanan kita sebagai anak kepada ked ua orang tua dan juga keluarga?

Melihatkan pada manusia akhir zaman ini yang mementingkan hanya keseronokkan semata-mata. Sanggup mengorbankan masa untuk perkara yang sia-sia! Sanggup mengorbankan maruah diri dan juga sanggup mengorbankan nyawa kerana cinta. Nauzubillah! sesungguhnya itu adalah pengorbanan yang sia-sia.


Mengorbankan diri kerana cinta adalah pengorbanan yang sia-sia

Berkorbanlah kejalan Allah, marilah kita sama-sama menuju kearah itu. Aku menginggati pada diri sendiri juga untuk menyelami dan memahami erti pengorbanan yang sebenar. Kita boleh saja berkorban harta, masa, jiwa dan usaha tapi biarlah pengorbanan itu adalah sesuatu yang baik, janganlah lakukan pengorbanan yang sia-sia.

Selamat Hari Raya AidilAdha aku ucapkan buat kawan-kawan sekalian. Moga kita sama-sama dapat menyelami erti sebenar sebuah pengorbanan...


Selamat Hari Raya AidilAdha.



Suke Entry Ini?

23 Comments
Fb Comments

23 comments:

  1. wani setuju kak ! hehe :) mengorbankan diri sbb cinta adlh sia2 . bhs kasar BODOH ^^

    ReplyDelete
  2. bgus la kalo wani setuju...mmg org yg mengorbankan diri n maruah kerna cinta itu adlh org yg TOLOL n BODOH...

    ReplyDelete
  3. kak yuni..selmat hari rye..mntk maaf klau kiwi ad bwt salah..terksr bhse ke ap..huhu

    ReplyDelete
  4. kiwi : mane ada kiwi terkasar bahasa ke ape...jgn risau..:)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidiladha ya

    ReplyDelete
  6. cikbelog : selamat hari raya juge..;)

    ReplyDelete
  7. slm aidiladha sis yun :)

    ReplyDelete
  8. macy : ye macy..lama x nmpk macy...rindunye..huhu

    ReplyDelete
  9. based on my exp.. bkorban utk family lg baik krn mereka sentiasa ada di sisi kita wktu susah & senang ^^

    ReplyDelete
  10. salam aidiladha...yup mengorban kan diri untuk cinta adlh sia2..its nothing to be proud

    ReplyDelete
  11. slamat berkorban dan hari raya

    ReplyDelete
  12. masih sempat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kamu.. heheheee ;)

    ReplyDelete
  13. salam...

    slmt berkorban...lame xjengah sini...

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya aidiladha yuni :)

    ReplyDelete
  15. apsal tak upload gambar lembu..?hehe.. wajib ok bila time macam ni..

    ReplyDelete
  16. caliph shuriken : bagus la kalo caliph fikir cantu...anak yg baik nie..:)

    pencacai : berkorban ape tu.??hikhik

    durratul : berkorban utk kebaikan...cinta tu sia2 je...huhu

    ReplyDelete
  17. birak batu : sempat lg...hehe...

    mawaddah : wasalam adah...slmt hari raya korban...lame x nmpk adah..huhu

    ReplyDelete
  18. fello ariza : slmt ari raya fello..;))

    tapak kaki : x tgk pon...x sanggup nak tgk..huhu

    ReplyDelete
  19. pengorbanan dr segi kehendak dan perasaan...

    ReplyDelete
  20. korban utk Islam adalah amat mulia

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^