Erti pengorbanan yang sebenar?
Assalamualaikum,
Hari ini bersamaan dengan 10 zulhijjah umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Dalam kita sibuk melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha ini tahukah kita makna sebenar disebaliknya?
Adakah Hari Raya Aidiladha hanya sebagai ibadah korban. AidilAdha ataupun korban adalah satu peristiwa yang kita sebagai umat Islam perlu ketahui, fahami dan dalami makna sebenar AidilAdha.
Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat.
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi.
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.
Ibadah korban ini bermula pada zaman Nabi Ibrahim. Tatkala ketika itu Nabi Ibrahim mendapat seruan dari Allah s.w.t untuk mengorbankan anaknya iaitu Nabi Ismail. Allah s.w.t telah menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.
Mengambil skop pengorbanan di Hari Raya AidilAdha ini. Adakah kita selami makna sebenar pengorbanan? Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dimuka bumi Allah ini? Adakah kita telah menjadi seorang muslim yang sejati dengan mengerjakan segala suruhan Allah? Adakah kita menghargai pengorbanan yang telah kedua orang tua kita lakukan untuk membesarkan kita? Apa pula pengorbanan kita sebagai anak kepada ked ua orang tua dan juga keluarga?
Melihatkan pada manusia akhir zaman ini yang mementingkan hanya keseronokkan semata-mata. Sanggup mengorbankan masa untuk perkara yang sia-sia! Sanggup mengorbankan maruah diri dan juga sanggup mengorbankan nyawa kerana cinta. Nauzubillah! sesungguhnya itu adalah pengorbanan yang sia-sia.
Selamat Hari Raya AidilAdha aku ucapkan buat kawan-kawan sekalian. Moga kita sama-sama dapat menyelami erti sebenar sebuah pengorbanan...
About Me
- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
wani setuju kak ! hehe :) mengorbankan diri sbb cinta adlh sia2 . bhs kasar BODOH ^^
ReplyDeletebgus la kalo wani setuju...mmg org yg mengorbankan diri n maruah kerna cinta itu adlh org yg TOLOL n BODOH...
ReplyDeleteSalam Aidiladha! ^_^
ReplyDeletesalam aidiladha...
ReplyDeletekak yuni..selmat hari rye..mntk maaf klau kiwi ad bwt salah..terksr bhse ke ap..huhu
ReplyDeletekiwi : mane ada kiwi terkasar bahasa ke ape...jgn risau..:)
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha ya
ReplyDeletecikbelog : selamat hari raya juge..;)
ReplyDeleteslm aidiladha sis yun :)
ReplyDeletemacy : ye macy..lama x nmpk macy...rindunye..huhu
ReplyDeletebased on my exp.. bkorban utk family lg baik krn mereka sentiasa ada di sisi kita wktu susah & senang ^^
ReplyDeleteberkorban apa shj,..
ReplyDeletesalam aidiladha...yup mengorban kan diri untuk cinta adlh sia2..its nothing to be proud
ReplyDeleteslamat berkorban dan hari raya
ReplyDeletemasih sempat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kamu.. heheheee ;)
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteslmt berkorban...lame xjengah sini...
selamat hari raya aidiladha yuni :)
ReplyDeleteapsal tak upload gambar lembu..?hehe.. wajib ok bila time macam ni..
ReplyDeletecaliph shuriken : bagus la kalo caliph fikir cantu...anak yg baik nie..:)
ReplyDeletepencacai : berkorban ape tu.??hikhik
durratul : berkorban utk kebaikan...cinta tu sia2 je...huhu
birak batu : sempat lg...hehe...
ReplyDeletemawaddah : wasalam adah...slmt hari raya korban...lame x nmpk adah..huhu
fello ariza : slmt ari raya fello..;))
ReplyDeletetapak kaki : x tgk pon...x sanggup nak tgk..huhu
pengorbanan dr segi kehendak dan perasaan...
ReplyDeletekorban utk Islam adalah amat mulia
ReplyDelete