Posted in: , , ,
By Yuni Aisyah 39 comments

Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego?

Dear blogger,

Mood berblog dan mengupdate blog semakin luntur. Rangking alexa blog aku pun jatuh teruk, lepas ini memang kena usaha lebih lagi untuk kembali seperti sedia kala.Aduyai..!! Maaf my dear blog atas kemalasan tuan mu ini.Huhu..

Entry kali ini berkaitan menangis juga kesinambungan dari entry lepas yang bertajuk 'wanita menangis bukan kerana lemah', seperti yang dijanjikan entry kali ini merujuk ' kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego?



Pada umumnya kita mengetahui kaum lelaki amat sukar untuk mengalirkan air mata berbanding wanita. Apa pendapat anda kalau seseorang lelaki menangis? Berkurang atau bertambahkah sifat-sifat kelakiannya itu? Ada yang mengatakan lelaki sukar untuk menangis kerana ego dan juga control macho.

Tapi ketahuilah lelaki juga menangis tapi mereka hanya menangis didalam hati. Andai kesakitan dan kekecewaan yang tak dapat ditanggung barulah mereka akan mengalirkan air mata yang sukar untuk mengalir itu. Mereka menangis bukan seperti menangis meroyan macam sesetengah perempuan menangis.hehe.

Aku ada bertanya dengan beberapa kawan lelaki termasuklah ayahku sendiri. Mereka menyatakan perkara yang sama yang lelaki memang sukar untuk mengalirkan air mata. Seorang teman menyatakan yang dia memang sukar untuk menangis. Hanya pernah menangis sewaktu kehilangan ibu tercinta. Berkenaan cinta dan sebagainya dia tidak pernah mengalirkan air mata walaupun hatinya sakit dek kecewa.

Jadi memang benarlah seorang lelaki itu memang sukar menangis. Tapi kenapa.? Mungkinkah kerana ego atau sifat azali seorang lelaki itu yang tegas. Dalam al Quran Allah berfirman ;

" Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ".

Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahwa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat-sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoanya.

Ada baiknya Allah ciptakan keegoaan dalam diri seorang lelaki. Setiap kurniaan Illahi itu ada baiknya dan kegunaannya. Tetapi wanita selalu menyalah ertikan keegoaan lelaki sebagai tekanan bagi mereka.

Jika seorang lelaki tidak menghayati dan mengetahui penciptaan Illahi berkenaan ego seorang lelaki pastinya akan menyalah gunakan sifat tersebut dengan memijak atau memperlakukan wanita sesuka hati mereka. Padahal sifat tersebut Allah mempersiapkan supaya boleh menjadi pemimpin dan juga pelindung bagi wanita. Dalam hadis Nabi saw bersabda ;

Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya. Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya.




"Percayalah disebalik ketegasan dan keegoaan yang ditunjukkan oleh lelaki, masih ada kelembutan dihati. Andai hati mereka sebagai lelaki tersentuh mereka juga akan bersedih tapi cara mereka meluahkan dan menghilangkan rasa kesedihan itu mungkin berlainan dengan perempuan. Berbanding perempuan yang suka menghilangkan rasa bebanan dihati dengan menangis. "


Tahukah anda;

Menurut sebuah kajian terhadap lebih dari 300 orang dewasa, dalam purata, lelaki menangis sekali setiap bulan, dan wanita menangis sekurang-kurangnya lima kali per bulan, terutamanya sebelum dan selama haid. -sumber wikipedia-

Suke Entry Ini?

39 Comments
Fb Comments

39 comments:

  1. setinggi mne ego lelaki, pasti akan mngalah gak..ehehehe

    ReplyDelete
  2. Saya sangat tertarik dengan ayat ini, "Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya. Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya."..huhu...dan sangat setuju :)

    Entry Baru:
    -Yelah,saya ni orang asing...
    -Blog review:Langit Ilahi

    ReplyDelete
  3. fello : yer..=)

    iqbal : thanx sbb bersetuju..^-^

    ReplyDelete
  4. per maksud di sebalik lelaki yg menghina wanitanya...???

    ReplyDelete
  5. tieha : maksudnya lelaki yg tidak menghormati atau memperlakukan tidak baik pd isterinya, adik2 perempuannya, anak2 perempuannya dan juga wanita yg lain...

    ReplyDelete
  6. btoi3...stuju ngn yuni...erm...alhamdulillah qiqi knal ngn laki yg xde la lagi nk hina2 qiqi..tp nk tgk die ngis mmg ssh...die mgkin nangis tp kite xkn mgkin dpt tgk die ngis sbb nye depa xtnjuk cm kite..kite ni agk lmbut hati n sng je ngalir air mate tp pd laki, wlau sdey mn pon..still thn n akn lps gk ble sensorg or hanye die je tggl

    ReplyDelete
  7. rasanya betul kot lelaki sukar nak mengalir air mata. Sakit macamana pun hati aku if masih tertanggung olehku, tetap x menangis. kalau dah kecewa dan sakit yg amat sgt barulah keluar air mata tu, tp kejap je. haha

    ReplyDelete
  8. dapat info dari mana ni..haha

    ReplyDelete
  9. klau laki nanges sbb wanita..msti dia syg sgt2 kt wanita 2...ntah..laki memg ego kot..hehe

    ReplyDelete
  10. bukan sbb ego tapi sebab malu...nanti kena ejek...heeee

    ReplyDelete
  11. cik Qiqi : wah dah ada buah ati tersayang nmpk..hehe...setuju ngn qq lelaki akn menangis juga tp dia xkn tunjuk yg dia nangis...

    armouris : thanx..nnti sy bace=)

    ReplyDelete
  12. kyuubi : hehe...thanx sebb bersetuju..=)

    kiwi : ego mmg xleh dipisahkan dgn lelaki..

    ReplyDelete
  13. aril : sy mendtpt sedikit info dr kamu..=P

    mario : nnti dikatakan pondan..;D

    ReplyDelete
  14. aku tengok anime baru boleh nanges okeh.haha...

    no women no cry..wakaka

    ReplyDelete
  15. luffy : thnx luth..=)

    TK : haha...ape ke jadahnya ko tgk anime nages...dah sah skru otak hang tu ada yg longgar..jgn mare..=P

    ReplyDelete
  16. depent gak..ada lelaki yg x ksh menangis TP ada gak lelaki yg X AKAN MENANGIS..

    ReplyDelete
  17. masa ex-gf tinggalkan aku camtu je lepas setia kt die bagai nak rak, tumpah jugak air mata lelaki ni.. :'(

    ReplyDelete
  18. lagenda : yer..=)

    nobita : tragis cerita cinta hang..huhu..sedih lak ak..=(

    ReplyDelete
  19. wa slalu nangis..psl ble bewak ke kencing ke, airmate mesti kuar punye..aduhhh

    ReplyDelete
  20. org laki nangis dlm hati je..

    ReplyDelete
  21. kapla atas tak nangis sbb kapla bawah laki da banyak merembeskan air~~~
    hahaha

    ReplyDelete
  22. mr curly : haha..buasir rupenya...wakaka..

    pencacai alam : menangis dlm hati sbb malu kan..??hehe

    ReplyDelete
  23. air mata lelaki tu mahal sangat..bila nangis wanita pun boleh tangkap leleh sama

    ReplyDelete
  24. tuh kajian salah tuh. mane ade lelaki menangis sekali sebulan. salah! salah! salah! :P

    ReplyDelete
  25. ego kah?? susah kan nak airmata seorang lelaki.. neway, thnks sinngah belog mekchu.. salam kenal

    ReplyDelete
  26. terbaik la kak ! wani sokong !!

    ReplyDelete
  27. suzie : nak gk tgk laki nagis dpn kte..hehe

    aidi : hahaha..mesti awk nages setiap hari..=P

    ReplyDelete
  28. mekchu : salam kenal mekchu..=)

    wani : thanx wani..hehe

    ReplyDelete
  29. terbaek la....like this..!!!

    ReplyDelete
  30. lelaki dan ego tak dpt dipisahkan.

    ReplyDelete
  31. erk, lelaki sukar menangis sbb mereka cuma menangis dlm hati...klu apa yg terjadi kpd mereka itu terlalu berat, barulah mereka mengeluarkan airmata...dan jika mereka menangis, mereka tidak akan tunjuk kpd orang lain...ego? mungkin x nak org lain tgk die lemah...

    ReplyDelete
  32. SDS : hehe...comment yg bernas...=))

    ReplyDelete
  33. erk? bernas? cme pendpt diri sndri jek...^_^

    ReplyDelete
  34. SDS : bernas la SDS...pendapat diri sendiri tu yg bgus...dari pengalaman n pengamatan sndiri...=)

    ReplyDelete
  35. ~Lelaki adalah seorang pemimpin dalam keluarga..lelaki juga sebagai penenang jika kepada keluarga atau isterinya...keEGOan lelaki ada tahapnya..tidak semestinya keEGOan lelaki itu sntiasa tinggi..lelaki yang mempunyai masalah yang banyak sekalipun ia tetap akan senyum..sebagai contoh Ayah..walaubagaimanapun penatnya dia utk mencari rezeki kepada keluarga..tapi masih mampu lagi utk melemparkan senyuman kepada keluarganya agar dia tidak mahu melihatkan keluarganya melihat dia susah dan mempunyai masalah...~

    ReplyDelete
  36. gempak la entry ni sis....:)

    ReplyDelete
  37. fiqry : yer2 setuju tu fiq..lelaki diciptakan ALLAH sebagai pemimpin...

    ReplyDelete
  38. ok ape lelaki nangis..hehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^