Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita mengerjakan ibadah puasa. Mudah-mudahan kita dapat mengerjakan Ibadah puasa dengan baik dan dipermudahkan segala urusan.
Entry kali ini aku ingin berkongsi tragedi puting beliung yang telah melanda bazar ramdhan Jasin, Melaka. Rasanya semua sedia maklum dengan kejadian malang yang menimpa di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka pada Ramadhan ke-3. Kawasan tersebut dilanda puting beliung tanpa disangka-sangka. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa.
Tragedi puting beliung tersebut telah mengorbankan 3 orang nyawa dan yang lain cedera .Tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, Ayer Keroh.
Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fathihah buat arwah, semoga roh mereka ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Amin.
Jangan sangka Malaysia akan sentiasa aman dan terlepas dari bencana. Jika Allah mengkehendakinya pasti akan berlaku, "kun fayakun!!maka jadilah!!" Kita tak akan duga apa yang akan berlaku pada akan datang jadi renungkanlah. Kejadian tersebut telah memberi peringatan kepada diriku sendiri. Mudah-mudahan kita mendapat iktibar dari apa yang telah berlaku.
p/s : Agak pelik kenapa puting beliung hanya melanda satu tempat sahaja??hmm..
About Me
- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
aku like entry ni..
ReplyDeletehurm..mungkin ada petanda di sebalik kejadian kan..wallahualam bissawab..dan semua yang terjadi adalah kerana kehendak Yang Maha Esa..jadikan iktibar dari segala2nya insyaAllah :)
ReplyDeletesaya sendiri menyaksikan nya depan mata, masa tuh saya dalam keta baru nak park kereta. ALhamdulillah saya x apa-apa kereta pon x apa-apa. yup memang pelik kejadian kali ini(puting beliung ni) kta salah sorang peniaga kat situ itu adalah akibat bala sbb peniaga kat situ tanpa segan silu makan dan minum ketika bulan puasa dan tidak menghormatinya. Apa-apa pon segalanya mungkin kuasa tuhan dan pekara yang terjadi mungkin dugaan darinya. moga kita dijauhkan dari sifat orang yang melanggar larangan ALLAH
ReplyDeletesalam kunjungan
dunker-season.blogspot.com
al-fatihah kepada mangsa yang mnggal dunia..
ReplyDeletepose..smge kepada mangsa2 kjdian tabah dan ini sume ni adlh dugaan dibulan pose.
hurm...btol tu yuni...kalo Allah nk turunkan bala x kire tempat dan masa...mintak jauh la dr bala Allah...amin...insyaAllah...
ReplyDeletehamzah : thanx sbb like..=)
ReplyDeleteafiq : ya kita ambil iktibar dgn apa yg berlaku...sentiasalah mengingati Allah dan segala tindak tanduk kita..
daniel hafiz : Alhamdulillah awk selamat dr tragedi tu..agak pelik kan sbb puting beliug tu hanya memusnahkan bazar ramadhan tu saja...huhu..mungkin Allah menurunkan bala ini untuk memberi peringatan kepada hamba-NYA yg ingkar..Allahualam..
ReplyDeleteSetiap yg berlaku ada hikmahnya, semoga kita sentiasa ingat bahawa kita ini adalah hambaNya, Al-Fatihah untuk yg telah meninggal dunia
ReplyDeleteHanya Allah yang tahu sebab musababnya...apapun simpati kepada peniaga dan mereka yang terkorban...AlFatihah
ReplyDeleteapa la dosa orang kat bazar tu sampai kena puting beliung..bala ke tu?
ReplyDeleteAllahualam...hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...
ReplyDeletetakziah kepada keluarga mangsa..jadikan iktibar apa yg berlaku...
ReplyDeletewah x taw pun pasal nie. nmpk sgt x taw pkembangan semasa =_=" .yup3 kalau Allah nak sesuatu tuh berlaku, bila-bila je boleh berlaku, Sebab tue kita x ley lalai
ReplyDelete