Posted in:
By Yuni Aisyah 13 comments

Tragedi Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin, Melaka.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita mengerjakan ibadah puasa. Mudah-mudahan kita dapat mengerjakan Ibadah puasa dengan baik dan dipermudahkan segala urusan.

Entry kali ini aku ingin berkongsi tragedi puting beliung yang telah melanda bazar ramdhan Jasin, Melaka. Rasanya semua sedia maklum dengan kejadian malang yang menimpa di Bazar Ramadhan Jasin, Melaka pada Ramadhan ke-3. Kawasan tersebut dilanda puting beliung tanpa disangka-sangka. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa.

Tragedi puting beliung tersebut telah mengorbankan 3 orang nyawa dan yang lain cedera .Tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, Ayer Keroh.

Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fathihah buat arwah, semoga roh mereka ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Amin.

Disini aku sertakan dengan video ketika dan selepas tragedi puting beliung melanda Bazar Ramadhan Jasin, Melaka.


Ketika puting beliung sedang melanda kawasan bazar ramadhan.


Selepas puting beliung melanda. Keadaan seperti kucar-kacir dan kelihatan mangsa yang sedang parah.

Jangan sangka Malaysia akan sentiasa aman dan terlepas dari bencana. Jika Allah mengkehendakinya pasti akan berlaku, "kun fayakun!!maka jadilah!!" Kita tak akan duga apa yang akan berlaku pada akan datang jadi renungkanlah. Kejadian tersebut telah memberi peringatan kepada diriku sendiri. Mudah-mudahan kita mendapat iktibar dari apa yang telah berlaku.

p/s : Agak pelik kenapa puting beliung hanya melanda satu tempat sahaja??hmm..

Suke Entry Ini?

13 Comments
Fb Comments

13 comments:

  1. hurm..mungkin ada petanda di sebalik kejadian kan..wallahualam bissawab..dan semua yang terjadi adalah kerana kehendak Yang Maha Esa..jadikan iktibar dari segala2nya insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. saya sendiri menyaksikan nya depan mata, masa tuh saya dalam keta baru nak park kereta. ALhamdulillah saya x apa-apa kereta pon x apa-apa. yup memang pelik kejadian kali ini(puting beliung ni) kta salah sorang peniaga kat situ itu adalah akibat bala sbb peniaga kat situ tanpa segan silu makan dan minum ketika bulan puasa dan tidak menghormatinya. Apa-apa pon segalanya mungkin kuasa tuhan dan pekara yang terjadi mungkin dugaan darinya. moga kita dijauhkan dari sifat orang yang melanggar larangan ALLAH

    salam kunjungan
    dunker-season.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. al-fatihah kepada mangsa yang mnggal dunia..
    pose..smge kepada mangsa2 kjdian tabah dan ini sume ni adlh dugaan dibulan pose.

    ReplyDelete
  4. hurm...btol tu yuni...kalo Allah nk turunkan bala x kire tempat dan masa...mintak jauh la dr bala Allah...amin...insyaAllah...

    ReplyDelete
  5. hamzah : thanx sbb like..=)

    afiq : ya kita ambil iktibar dgn apa yg berlaku...sentiasalah mengingati Allah dan segala tindak tanduk kita..

    ReplyDelete
  6. daniel hafiz : Alhamdulillah awk selamat dr tragedi tu..agak pelik kan sbb puting beliug tu hanya memusnahkan bazar ramadhan tu saja...huhu..mungkin Allah menurunkan bala ini untuk memberi peringatan kepada hamba-NYA yg ingkar..Allahualam..

    ReplyDelete
  7. Setiap yg berlaku ada hikmahnya, semoga kita sentiasa ingat bahawa kita ini adalah hambaNya, Al-Fatihah untuk yg telah meninggal dunia

    ReplyDelete
  8. Hanya Allah yang tahu sebab musababnya...apapun simpati kepada peniaga dan mereka yang terkorban...AlFatihah

    ReplyDelete
  9. apa la dosa orang kat bazar tu sampai kena puting beliung..bala ke tu?

    ReplyDelete
  10. Allahualam...hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...

    ReplyDelete
  11. takziah kepada keluarga mangsa..jadikan iktibar apa yg berlaku...

    ReplyDelete
  12. wah x taw pun pasal nie. nmpk sgt x taw pkembangan semasa =_=" .yup3 kalau Allah nak sesuatu tuh berlaku, bila-bila je boleh berlaku, Sebab tue kita x ley lalai

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^