Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia.
Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Tinggal lagi lebih kurang 10 hari untuk kita mengerjakan ibadah puasa. Banyak perkara yang menyentap hati yang berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Setiap hari ada saja berita yng menyedihkan berlaku yang kita baca melalui akhbar tempatan mahupun luar negara seperti bencana alam, kemalangan jalan raya, pembunuhan yang mengerikan dan pelbagai lagi berita yang meruntunkan hati.
Andaikan perkara itu berlaku pada kita. Bolahkah kita menghadapinya dengan tabah dan menerima segalanya dengan rela? Kita yang melihat ini pun sudah merasa sedih apatah lagi yang menghadapinya. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kepiluan dan penderitaan itu.
Tidak terfikirkah kita, ketika kita sibuk menikmati hidangan berbuka puasa yang lazat, masih ada manusia yang hanya berbuka dengan hanya dengan roti kosong. Ketika ada dikalangan kita yang rakus membeli makanan terlalu banyak di bazar Ramadhan seperti tiada hari esok untuk makan tapi akhirnya tidak menghabiskan makanan yang dibeli itu, tidak terfikirkah kita ada manusia yang sedang menahan lapar dan dahaga kerana tiada bekalan makanan untuk di makan.
Adakah kita memikirkan semua itu.?
Hindari pembaziran.
Ada manusia yang terpaksa menyambung hidup dengan menjamah sisa makanan. Ada pula yang hanya tidur beralaskan kotak kerana hilang tempat tinggal. Ada juga anak-anak kecil yang merempat kerana kehilangan orang tua begitu juga sebaliknya orang-orang tua yang merempat kerana tidak diterima oleh anak mereka.
Adakah kita memikirkan semua itu?
Kalau direnungkan, tidakkah terfikir bahawa kita golongan yang sangat-sangat bertuah? Jadi berpada-padalah dalam segala hal. Jangan hanya mengikut nafsu-nafsi sahaja. Semua kejadian dimuka bumi ini ada hikmah untuk kita menginsafi diri dan merenung segalanya mengikut mata hati kita.
Cuba kita bayangkan sendainya kita berada ditempat saudara seislam kita di Gaza yang menderita sejak berabad lamanya. Tiada keseronokkan dan kegembiraan yang hanya ada adalah ketakutan, penderitaan, pengharapan dan kebencian. Tiada makanan yang lazat-lazat seperti yang kita biasa nikmati, kanak-kanak riang-ria bermain, tidur dengan aman dan bermimpi yang indah. Mereka tidak dapat merasai itu semua.
Bilakah agaknya tangisan dan penderitaan saudara seIslam kita di Gaza akan berhenti?
Mereka hidup seperti pelarian di bumi tumpah darah sendiri. Bunyi bedilan bom dan juga lepasan das peluru telah menjadi hal yang biasa bagi mereka. Terdengar tangisan anak kecil yang tidak tahu lagi penderitaan hidup. Setiap hari mereka dibayangi mimpi ngeri dan angan-angan untuk hidup gembira dan aman seperti angan-angan yang sukar untuk dikecapi.
Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang hidup aman permai selama ini. Kita seharusnya bersyukur kerana hidup dibumi yang berdaulat ini yang bebas dari ancaman penjajah. Terima kasih tak terhingga kepada bapa kemerdekaan kita iaitu Tunku Abdul Rahman kerana telah sedaya-upaya mendapatkan kemerdekaan untuk negara. Tak lupa juga kepada pemimpin negara yang selama ini dapat mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara.
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Pertahankan dan kekalkan apa yang kita ada sekarang. Perlu ada persefahaman diantara kaum dan kita perlu bersatu hati. Dalam keadaan makmur dan permain ini kita perlu beringgat jangan segalanya direntap disebabkan kelalain kita. Kibarkanlah jalur gemilang, semoga Malaysia sentiasa memacu kearah masa depan yang lebih cerah. Salam Merdeka.!!
Kibarkanlah jalur Gemilang. Salam Merdeka.
29 Comments
About Me
- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
jangan lupa bayar zakat fitrah yea.. hehe.. jadi dapat la tolong mereka yang susah..
ReplyDeletehuhu..ksian tgk bdk kcik 2..kite kne bersyukur..mkn roti ksong pn bka pose at liz ad mknn gk
ReplyDeleteTK : InsyaALLAH sy xkan lupa untuk membantu mereka yg dlm kesusahan...
ReplyDeleteKiwi : kalo setiap hari mkn roti kosong mesti kesian...huhu
selamat menyambut kemerdekaan :)
ReplyDeletesalam kemerdekaan juga...sambut ke.??
ReplyDeletealhamdulillah ,sepanjang bulan pose ni , wani tak membazir pun (:
ReplyDeletex smbut yuni.. da 10 ramdhan da ni.. smbut kt masjid je..huhuhu
ReplyDeletesalam kenal.. salam ramadhan & salam merdeka
ReplyDeleteselamat menyambot hari kemerdekaan yun :)
ReplyDeleteMERDEKA!!!!
wani : bgus la z membazir...hehehe
ReplyDeletefello : camnie la budak yg baik..=)
yan : salam kenal juga..thanx sbb sudi comment n tegur..hehe...salam ramadhan juga dari sy n salam merdeka..;)
ReplyDeletejuan : yo la..merdeka..!!!hehe
yeah..slmat hari raya
ReplyDeletelom lg raya la..=P
ReplyDeleteAllahmdulillah...bersyukur sgt sbb hidup di bumi Allah (Malaysia)yang aman damai... (^__^)
ReplyDeleteyuni..cane aku nak apply masuk segi college?hehe.. bak sini borang transfer...
ReplyDeletesentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...=]
ReplyDeleteTK : hahaha..ko siyez ke nak belaja sane.???xyah la bersyukur la dgn apa yg ada..ish2..;P
ReplyDeletehayaty : yer tol tu...sentiasa bersyukur...=)
yuni slmt hr kebangsaan n slmt hr raya lalala
ReplyDeleteBersyukur setiap detik kerana tak ternilai nikmat yang kita dapat daripada-NYA ;)
ReplyDeleteitulah yg sebaikanya..=)
ReplyDeletesuke perkongsian ini nice sharing dear.. x sanggup tengok kanak-kanak tu makan makanan tepi lorong je isk isk =(
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteKita kerap mengucapkan syukur hidup dibumi bertuah ini..tapi dlm bersyukur kita masih bersengketa sesama kita,saling berdengki & saling tuduh menuduh seolah2 kita sebenarnya tidak bersyukur...
salam..
ReplyDeleteKita kerap mengucapkan syukur hidup dibumi bertuah ini..tapi dlm bersyukur kita masih bersengketa sesama kita,saling berdengki & saling tuduh menuduh seolah2 kita sebenarnya tidak bersyukur...
ozzy : syukur alhamdulillah...
ReplyDeletebersyukurlah dgn ape yg kte ada...:)
ReplyDeleteМного добър пост.
ReplyDeleteanonymous : хвала..:)
ReplyDeleteMate. Deze blog is geweldig. Hoe kan ik het er zo goed?
ReplyDeleteMy neighbor and I had been simply debating this particular subject, he is normally seeking to prove me incorrect. Your view on this is great and precisely how I actually feel. I just now mailed him this site to point out him your personal view. After trying over your website I guide marked and shall be coming again to read your new posts!
ReplyDelete