Posted in:
By Yuni Aisyah 36 comments

Wahai wanita jangan terlalu murah..!!


Hmm..!! Aku berfikir sejenak keadaan kaum ku sendiri. Kenapalah terlalu mudahnya tewas ke tangan insan yang bernama lelaki. Hanya mendengar rayuan, janji-janji palsu dan kata-kata manis yang mereka ungkapkan kau sudah cair dan dengan relanya memberikan mahkota termahal yang kau ada sebagai wanita kepada lelaki yang bukan bergelar suami. Murahnya nilai harga diri yang kau ada, dengan seenaknya kau memberikan kesucian dan lambang sebagai wanita suci hanya kerana cinta seorang insan yang bernama lelaki. Tahukah kau bahawa cinta yang berlandaskan nafsu hanya akan membuatkan kau rugi? Tidak bagi lelaki, mereka tidak rugi apa-apa.

Fikirkanlah akibat dari perbuatan yang telah kau lakukan. Jangan hanya memikirkan keseronokkan sementara. Bila sudah melakukan maksiat, sampailah mengandung anak luar nikah dan saat itu lelaki yang kau harapkan untuk bertanggungjawap lari dari tanggungjawap dan membiarkan kau terkontang-kanting menanggung aib sendirian. Kau akan berada dalam ketakutan dan keresahan, akibat takut menangung malu dengan masyarakat kau rela menjadi pembunuh dengan mengugurkan atau pun membuang bayi seperti sampah! Ohh..kejamnya!! Sudahlah melakukan dosa kerana melakukan maksiat ditambah pula dosa membunuh dan membuang bayi berkali-kali ganda dosa yang kau dapat.

Aku tahu bukan semua wanita yang melakukan perbuatan yang dilaknat oleh Tuhan itu. Tapi sebagai wanita elok lah kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku untuk kebaikkan bersama 'Ambil lah yang jernih buang lah yang keruh'. Sama-samalah kita menjadi wanita yang bermaruah, penuh harga diri dan jadilah semahal-mahalnya perhiasan yang ada di muka bumi ini.



Suke Entry Ini?

36 Comments
Fb Comments

36 comments:

  1. betul tu yuni
    TTT sokong!
    Maruah diutamakan!

    ReplyDelete
  2. akak pun setuju kerana hanya itu saje harta yang amat berharga yg kita ada . Harta yg tak boleh di jual beli . Semoga Allah melindungi adik dari semua kejahatan .Amin

    ReplyDelete
  3. TTT : kita sesama wanita kena la sokong..hehe

    cybermummy : Amin...thanx akk..=)

    ReplyDelete
  4. btol2...jantan lombok lagi power dr malaysia...beware...manis dr madu mulutnye..:)

    ReplyDelete
  5. nasihat yg sgt baik...

    ReplyDelete
  6. em betol 2..sy akn dgr ckp yuni :)

    ReplyDelete
  7. wanita tu lembut dan emo sikit. tak hairanlah kalau cpt cair.

    dan sebab tu baik tuk sering mengingatkan sesama sndri

    ReplyDelete
  8. bgus la..jd lelaki yg baik..=)

    ReplyDelete
  9. salam
    dik sori la... akk hari tu lme sgt tak sehat... tau xleh minum nescafe pi gak minum. skali demam gla2. elok demam bz sket... pas tu... agak sibuk smpai skanng....huhu

    ReplyDelete
  10. salam..sy suka sgt dengan post terbaru kamu...jika kamu(wanita) menutup ruang kepada lelaki dan kamu beriman kepada Allah..maka perkara sebegini tidak akan berlaku...oleh itu jaga maruah kamu,akhlak kamu dan pakaian kamu supaya ia akan menjauhi kamu ke lembah maksiat..

    -sori bz skit cz ada final exam..lepas final ni sy kembali aktif..hehe..-

    ReplyDelete
  11. Patut la x nmpak akk bape hari ni..rupanya sakit..hope akk baik cam sedia kala..pasni leh la sll blogwalking ke blog sy..hehe

    ReplyDelete
  12. betul''memang''mahkota perempuan harus dijaga.dia harus tau apa itu cinta/nafsu.

    ReplyDelete
  13. Fiqry : wasalam..
    yer...cinta kpd manusia jgn melebihi cinta kita kepada ALLAH swt...sy setuju sgt2 dgn comment fiq..=)


    ooh..ngah final..patot la jarang nmpk..all da best..wish u luck..

    ReplyDelete
  14. yup! wanita itu sungguh menarik sekali ciptaanNya. Jangan biarkan diri hanyut.. leka ..

    Hargailah diri okey..

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana peringatan.. =)

    ReplyDelete
  16. Rashid : insyaALLAH akn menjaga diri ini sebaik mungkin..=)

    yanne : sama-sama...kena saling ingt mengingati...

    ReplyDelete
  17. Wanita jangan terlalu murah.
    Hingga boleh dijamah
    Hingga boleh diratah
    Dengan begitu mudah.

    Jangan suka dedah.
    Kerna dedah membawa parah
    Kerna dedah membawa padah

    http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/04/dadah-dan-dedah.html

    ReplyDelete
  18. Puisi yg hebat dan mempunyai maksud yg jelas...=)

    ReplyDelete
  19. saya setuju sangat...

    p/s: kesalahan "bertanggungjawap"salah....

    "bertanggungjawab" sekdar teguran yer....

    ReplyDelete
  20. saya setuju sangat...

    p/s: kesalahan "bertanggungjawap"salah....

    "bertanggungjawab" sekdar teguran yer....

    ReplyDelete
  21. hehe..thanx dear..akan sy betulkan..=)

    ReplyDelete
  22. saye stuju sangatt!!
    dunia akhir zaman ...

    ReplyDelete
  23. seedih ;(

    mana hilang peribadi?
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  24. sedarilah wanita...

    kasihan melihat wanita yg terlalu lemah imannya dipermainkan oleh lelaki yg suka mengambil kesempatan..

    ReplyDelete
  25. betol2...kenapa perlu wanita perlu gadai kan maruah disebab kan lelaki bermadah2...tapi tak semua lelaki macam tu au....

    ReplyDelete
  26. yer mmg x semua lelaki sebegitu...
    setiap manusia lain2 hati budi dan peribadi..ada yang nampak aje baik tp sebenarnya bahaya..huhu

    ReplyDelete
  27. nice entry..memberi kesedaran!! yeayY~~

    ReplyDelete
  28. "dan jadilah semahal-mahalnya perhiasan yang ada di muka bumi ini."

    Erm... tapi jgan la mahal sangat hantaran. nanti ramai lak yang terbiar.... :p

    ReplyDelete
  29. nana : thanx dear..=)
    kte sesama wanita kena saling menggingati antara satu sama lain..

    Ezad : hantaran tu depend la...tu kena tnya si bunga idaman kalbu..haha
    kalo mahal mintk discount..;D

    ReplyDelete
  30. betul tu..skg dh byk kes mcm ni. merata rata kte dgr. mintak2 la supaya Allah jauhkan sgla bnda x elok dr diri kita semua. amin!

    ReplyDelete
  31. yer...amin semoga kte wanita dijauhkan dari perkawa yg tidak baik...peliharalah peribadi dan tingkah laku..=)

    ReplyDelete
  32. Bercinta lah selepas kahwin,itu yang terbaik :)

    ReplyDelete
  33. ermmm..setuju ngan kamu...
    Rassullah pnah bsabda.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
    jadi aku nk gtaw..betapa tinggi darjat wanita tuu...x rugi jd wanita
    yg sederhana2..mksud aku x gedik sgt..x kepoh sangat..jd yg besew2...
    wasatiahh(besederhana)..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^