2010
Wahai wanita jangan terlalu murah..!!
Hmm..!! Aku berfikir sejenak keadaan kaum ku sendiri. Kenapalah terlalu mudahnya tewas ke tangan insan yang bernama lelaki. Hanya mendengar rayuan, janji-janji palsu dan kata-kata manis yang mereka ungkapkan kau sudah cair dan dengan relanya memberikan mahkota termahal yang kau ada sebagai wanita kepada lelaki yang bukan bergelar suami. Murahnya nilai harga diri yang kau ada, dengan seenaknya kau memberikan kesucian dan lambang sebagai wanita suci hanya kerana cinta seorang insan yang bernama lelaki. Tahukah kau bahawa cinta yang berlandaskan nafsu hanya akan membuatkan kau rugi? Tidak bagi lelaki, mereka tidak rugi apa-apa.
Fikirkanlah akibat dari perbuatan yang telah kau lakukan. Jangan hanya memikirkan keseronokkan sementara. Bila sudah melakukan maksiat, sampailah mengandung anak luar nikah dan saat itu lelaki yang kau harapkan untuk bertanggungjawap lari dari tanggungjawap dan membiarkan kau terkontang-kanting menanggung aib sendirian. Kau akan berada dalam ketakutan dan keresahan, akibat takut menangung malu dengan masyarakat kau rela menjadi pembunuh dengan mengugurkan atau pun membuang bayi seperti sampah! Ohh..kejamnya!! Sudahlah melakukan dosa kerana melakukan maksiat ditambah pula dosa membunuh dan membuang bayi berkali-kali ganda dosa yang kau dapat.
Aku tahu bukan semua wanita yang melakukan perbuatan yang dilaknat oleh Tuhan itu. Tapi sebagai wanita elok lah kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku untuk kebaikkan bersama 'Ambil lah yang jernih buang lah yang keruh'. Sama-samalah kita menjadi wanita yang bermaruah, penuh harga diri dan jadilah semahal-mahalnya perhiasan yang ada di muka bumi ini.
About Me

- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
..: Isi Blog Ikut Bulan :..
..: Total Post :..
- Awas! Lelaki buaya darat. (77 comments)
- Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!! (52 comments)
- Air mata dan Hati (50 comments)
- Cinta itu merumitkan!! (46 comments)
- Cantik fizikal Vs cantik hati. (45 comments)
- Kasihan CINTA...!! (43 comments)
- Jalan mudah dengan copy paste. (41 comments)
- Keluhan hati (40 comments)
- World Cup : Kehangatan Piala dunia 2010 kini bermula. (40 comments)
- Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego? (39 comments)
- Denggi jangan dekati aku lagi.! (39 comments)
- Wanita menangis bukan kerana lemah. (37 comments)
- Wahai wanita jangan terlalu murah..!! (36 comments)
- Itu..ini..semua tak boleh..huhu... (35 comments)
- Finally I'm back....! (34 comments)
..: Blog Status :..

BLOGGERS MALAYSIA
- Total Posts: 104
- Total Comments: 2326
betul tu yuni
ReplyDeleteTTT sokong!
Maruah diutamakan!
akak pun setuju kerana hanya itu saje harta yang amat berharga yg kita ada . Harta yg tak boleh di jual beli . Semoga Allah melindungi adik dari semua kejahatan .Amin
ReplyDeleteTTT : kita sesama wanita kena la sokong..hehe
ReplyDeletecybermummy : Amin...thanx akk..=)
btol2...jantan lombok lagi power dr malaysia...beware...manis dr madu mulutnye..:)
ReplyDeletenasihat yg sgt baik...
ReplyDeleteem betol 2..sy akn dgr ckp yuni :)
ReplyDeletewanita tu lembut dan emo sikit. tak hairanlah kalau cpt cair.
ReplyDeletedan sebab tu baik tuk sering mengingatkan sesama sndri
bgus la..jd lelaki yg baik..=)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletedik sori la... akk hari tu lme sgt tak sehat... tau xleh minum nescafe pi gak minum. skali demam gla2. elok demam bz sket... pas tu... agak sibuk smpai skanng....huhu
salam..sy suka sgt dengan post terbaru kamu...jika kamu(wanita) menutup ruang kepada lelaki dan kamu beriman kepada Allah..maka perkara sebegini tidak akan berlaku...oleh itu jaga maruah kamu,akhlak kamu dan pakaian kamu supaya ia akan menjauhi kamu ke lembah maksiat..
ReplyDelete-sori bz skit cz ada final exam..lepas final ni sy kembali aktif..hehe..-
Patut la x nmpak akk bape hari ni..rupanya sakit..hope akk baik cam sedia kala..pasni leh la sll blogwalking ke blog sy..hehe
ReplyDeletebetul
ReplyDeletebetul''memang''mahkota perempuan harus dijaga.dia harus tau apa itu cinta/nafsu.
ReplyDeleteFiqry : wasalam..
ReplyDeleteyer...cinta kpd manusia jgn melebihi cinta kita kepada ALLAH swt...sy setuju sgt2 dgn comment fiq..=)
ooh..ngah final..patot la jarang nmpk..all da best..wish u luck..
yup! wanita itu sungguh menarik sekali ciptaanNya. Jangan biarkan diri hanyut.. leka ..
ReplyDeleteHargailah diri okey..
terima kasih kerana peringatan.. =)
ReplyDeleteRashid : insyaALLAH akn menjaga diri ini sebaik mungkin..=)
ReplyDeleteyanne : sama-sama...kena saling ingt mengingati...
Wanita jangan terlalu murah.
ReplyDeleteHingga boleh dijamah
Hingga boleh diratah
Dengan begitu mudah.
Jangan suka dedah.
Kerna dedah membawa parah
Kerna dedah membawa padah
http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/04/dadah-dan-dedah.html
Puisi yg hebat dan mempunyai maksud yg jelas...=)
ReplyDeletesaya setuju sangat...
ReplyDeletep/s: kesalahan "bertanggungjawap"salah....
"bertanggungjawab" sekdar teguran yer....
saya setuju sangat...
ReplyDeletep/s: kesalahan "bertanggungjawap"salah....
"bertanggungjawab" sekdar teguran yer....
hehe..thanx dear..akan sy betulkan..=)
ReplyDeletesaye stuju sangatt!!
ReplyDeletedunia akhir zaman ...
beringat sebelum terlambat....
ReplyDeleteseedih ;(
ReplyDeletemana hilang peribadi?
huhuhuhu
sedarilah wanita...
ReplyDeletekasihan melihat wanita yg terlalu lemah imannya dipermainkan oleh lelaki yg suka mengambil kesempatan..
betol2...kenapa perlu wanita perlu gadai kan maruah disebab kan lelaki bermadah2...tapi tak semua lelaki macam tu au....
ReplyDeleteyer mmg x semua lelaki sebegitu...
ReplyDeletesetiap manusia lain2 hati budi dan peribadi..ada yang nampak aje baik tp sebenarnya bahaya..huhu
nice entry..memberi kesedaran!! yeayY~~
ReplyDelete"dan jadilah semahal-mahalnya perhiasan yang ada di muka bumi ini."
ReplyDeleteErm... tapi jgan la mahal sangat hantaran. nanti ramai lak yang terbiar.... :p
nana : thanx dear..=)
ReplyDeletekte sesama wanita kena saling menggingati antara satu sama lain..
Ezad : hantaran tu depend la...tu kena tnya si bunga idaman kalbu..haha
kalo mahal mintk discount..;D
betul tu..skg dh byk kes mcm ni. merata rata kte dgr. mintak2 la supaya Allah jauhkan sgla bnda x elok dr diri kita semua. amin!
ReplyDeleteyer...amin semoga kte wanita dijauhkan dari perkawa yg tidak baik...peliharalah peribadi dan tingkah laku..=)
ReplyDeleteBercinta lah selepas kahwin,itu yang terbaik :)
ReplyDeleteermmm..setuju ngan kamu...
ReplyDeleteRassullah pnah bsabda.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
jadi aku nk gtaw..betapa tinggi darjat wanita tuu...x rugi jd wanita
yg sederhana2..mksud aku x gedik sgt..x kepoh sangat..jd yg besew2...
wasatiahh(besederhana)..
sama2 kita ingat mengingati
ReplyDelete