Posted in: ,
By Yuni Aisyah 6 comments

Amalan Laqad Jaakum

Assalamualaikum...Sungguh lama terasa tak menulis sesuatu di halaman blog ini. Mungkin kesibukkan membataskan waktu dan mungkin juga itu hanya alasan bagi menutup sebab utama iaitu malas.hehehe...
 "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" tak gitu.?? Kalau nak kan sesuatu walaupun sibuk macam mana sekalipun pasti dilakukan juga.hehe...

Hari ini nak berkongsi satu amalan yang baik untuk kita semua sebagai umat Islam bagi memperkuatkan keimanan kita pada Allah SWT. Banyak syafaat yang akan diperolehi jika kita mengamalkannya. Tapi jangan hanya kerana inginkan imbalan dari amalan tersebut! Lakukan dengan ikhlas dan moga amalan kita ini diredhai oleh Allah.


Amalan Lakad Jaakum.


 Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


***Kebiasaannya ayat ini disebut sebagai ayat "lakad ja akum"..
 

p/s  nak lagi baik baca dengan Selawat Nariyah. Sumber amalan ini diperolehi dari ayah dan juga dari web

Suke Entry Ini?

6 Comments
Fb Comments

6 comments:

  1. assalamualaikum kak Yun :)

    thanks share pasal info . wani tak tau kalau kak Yun tak share .

    terima kasih sekali lagi :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wanie...:)
      same2...akk share utk kebaikkan kte bersama...actually dah lama rasa nak share tp selalu tertangguh je...huhu...akk harap wanie amalkan la ye...insyaALLAH dpt kebaikkan didunia n akhirat...:))

      Delete
  2. salam kak. thanks for info.tak sia2 lawat sini cozs dapat info. tenq. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam nasuha....sama2 dear...smg ianya bermanfaat utk suha..:)

      Delete
  3. menarik infonya.. btw, jom baca cerpen terbaru www.nurinaizzati.com

    ReplyDelete
  4. Banyak lagi manfaat ayat ni. InsyaAllah semoga menjadi amalan harian kite. Kak yuni. Smile for u ;)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^