Posted in:
By Yuni Aisyah 9 comments

Utusan Malaysia Online : 13 maut, 3 tertimbus.

HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.
Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.
Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.
Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.
Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.
Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.
Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.
Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.
Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Suke Entry Ini?

9 Comments
Fb Comments

9 comments:

  1. Kat cini cakap 12 yg maut... Konpius lak ~_~"

    ReplyDelete
  2. hmm...keciannya....:(

    ReplyDelete
  3. yudha : xtau la...tp td tgk kt utusan online 13 yg maut...

    ReplyDelete
  4. kesian..amek iktbar..kna slalu bdoa agar djauhkn dr ape bala

    ReplyDelete
  5. semoga yg terkorban masuk ke syurga-Nya .

    ReplyDelete
  6. masa kejadian ni berlaku, saya ada kat air terjun sungai gabai.. kesian sungguh dekat warga rumah anak yatim tu.. moga dorang banyak bersabar..

    ReplyDelete
  7. sedihnya....moga mereka ditempatkan dlm golongn org2 yg beriman...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^