2011
Calon suami yang baik.
Assalamualaikum,
Sebagai wanita pasti mendambakan seorang lelaki yang baik menjadi suami. Kita melihat seseorang lelaki itu pada kerjayaan mereka atau pada kebaikkan mereka.?? Kadang-kadang kita tersilap melihat lelaki pada kerjayanya. Kita beranggapan lelaki yang baik adalah lelaki yang mempunyai kerjaya yang membanggakan. Sebenarnya seorang lelaki yang baik adalah terletak pada agamanya.
Ramai yang beranggapan mereka yang beragama adalah mereka yang dari sekolah agama, ustaz dan imam. Tanggapan ini adalah tidak benar, kita silap andai beranggapan mereka yang bersekolah agama dan mengetahui tentang agama adalah lelaki yang baik. Kadang-kadang dari kalangan mereka juga ada yang buruk sikapnya dan bertindak kasar. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami.
10 sifat calon suami yang baik.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Wanita bijaklah memilih lelaki sebagi pendamping hidupmu. Lihatlah pada sikap dan sifat-sifat terpuji yang ada pada mereka. Andai ada diantara lelaki yang kamu kenali mempunyai sifat-sifat terpuji diatas jadikanlah mereka sebagai pendamping hidup kamu. Berdoalah agar diberikan jodoh yang baik dan soleh walaupun seperti agak payah untuk menemui lelaki sedemikian pada zaman ini tapi insyaALLAH dengan doa dan izin ALLAH pasti menemuinya. Walahualam...
About Me

- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
..: Isi Blog Ikut Bulan :..
..: Total Post :..
- Awas! Lelaki buaya darat. (77 comments)
- Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!! (52 comments)
- Air mata dan Hati (50 comments)
- Cinta itu merumitkan!! (46 comments)
- Cantik fizikal Vs cantik hati. (45 comments)
- Kasihan CINTA...!! (43 comments)
- Jalan mudah dengan copy paste. (41 comments)
- Keluhan hati (40 comments)
- World Cup : Kehangatan Piala dunia 2010 kini bermula. (40 comments)
- Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego? (39 comments)
- Denggi jangan dekati aku lagi.! (39 comments)
- Wanita menangis bukan kerana lemah. (37 comments)
- Wahai wanita jangan terlalu murah..!! (36 comments)
- Itu..ini..semua tak boleh..huhu... (35 comments)
- Finally I'm back....! (34 comments)
..: Blog Status :..

BLOGGERS MALAYSIA
- Total Posts: 104
- Total Comments: 2326
wahhh...sume xde ciri2 itu @@
ReplyDeletehmm..doa senjata utama umat islam dalam menentang musuh Allah yang dikepalai syaitan
ReplyDeletemr delirium : ada je...leh dibina sume ciri2 tu....:)
ReplyDeleteJaya jr : doa tanpa usaha x gune juge..hehe
klu llki yg ad ciri2 tu, insya'allah akhlaknya baik..
ReplyDelete(masih byk ciri2 tu x de kt SHM)
thanx yuni...boleh masuk dalam checklist...suke sgt entry ni...yuni sihat x syg?
ReplyDeleteahakz...kita saling melengkapi....kekurangan awak...saya cover....kekurangan saya....awak cover....
ReplyDeletejika maw kesempurnaan...alamat....sampai tua tak kahwin laaa....ahakz...
mudah2an dikurniakan bakal suami macam ni..amin =]
ReplyDeleteinyaAllah :)
ReplyDeleteSHM : insyaALLAH kamu ada ciri2 tersebut..:)
ReplyDeleteshee : boleh aje...pilih btol2 tau...yuni sehat aje..:)
jeBAteja : itu sudah tentu...bukan kesempurnaan yg dicari dlm memiilih psgn...kriteria diatas adalah lambang lelaki soleh dan beriman.. semoga dpt membimbing keluarga kelak itu lebih dr cukup...
ReplyDeletemoga dapatlah suami yg macam tuh....
ReplyDeleteletak lengan atas kepala..muhasabah diri seketika..
ReplyDelete