Posted in: ,
By Yuni Aisyah 32 comments

Tips sihat : Nak cantik? Nak sihat? JOM!! minum air mineral.

Dear readers,

Argcemmmm.......!!! 'maaf saya selesema cikgu'.huhu..Tensionnya bila hidung tersumbat. Kejap-kejap pergi bilik air nak kena buang hingus, kalau tak buang tak dapat la nak bernafas dengan aman.huhu.. Sekarang ini musim orang sakit dengan keadaan cuaca yang tak menentu kejap panas terik dan kejap hujan lebat. Badan aku sekarang pun dah rasa macam nak demam aje. Memang dah sah kurang minum air mineral.

Sebenarnya air mineral sangat bagus diamalkan untuk mengelakkan terkena sakit. Minum air mineral dalam kuantiti yang banyak dan cukup setiap hari dapat mengelakkan dari terkena demam, sembelit, kelesuan, kemurungan sakit kepala dan sebagainya. Jadi apa lagi mari jadikan air mineral/ air masak/ air suam sebagai minuman kegemaran kita.


Tiada rasa, tiada warna dan tiada bau yang memikat tapi khasiatnya tidak ternilai.

Tapi kan tak ramai yang menyukai air mineral apa lagi golongan remaja. Kalau order air mesti 'ane teh tarik satu', dan selalunya air coke dan air yang sejuk-sejuk aje. Tahukah kamu? minuman sebegitu mengandunggi kandungan gula yang amat tinggi jika diambil berlebihan boleh mengakibat penyakit kencing manis dan juga kolestrol tinggi.

Jangan ingat penyakit kencing manis, kolestrol tinggi ini hanya penyakit orang-orang tua sahaja. Golongan remaja dan kanak-kanak juga boleh mendapat penyakit ini apa lagi kalau mempunyai sejarah keturunan yang sememangnya menghidap penyakit kronik ini.

Banyakkan minum air mineral jika nak hidup sihat. ^_^

Petua untuk sentiasa awet muda dan kekal cantik memikat dengan air mineral/air suam /air masak. Selepas usai bagun dari tidur jangan berus gigi tau, terus dapatkan segelas air suam dan dibacakan selawat nabi sebanyak 3 kali. Amalkan selalu insyaALLAH dengan doa dan izin ALLAH ianya berlaku. Pasti ramai yang sudah tahu akan petua ini, jadi rajinkan diri mengamalkannya.

Ada orang takut nak minum air mineral banyak sebab takut gemuk dan perut boroi. Boleh ke ia berlaku? Yup, boleh berlaku kalau kita minum mengikut cara yang salah. Kalau makan tu jangan bersulamkan air. Baru je makan satu suap nasi air dah seteguk, lepas tu bantai tidur memang gemuk la gamaknya.hehe

Lagi satu petua jangan minum minuman berAIS selepas makan kerana AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak2 ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik adalah dengan meminum sup panas atau air panas/suam selepas makan.



Air mineral 'Fillicio baverly hill' termahal didunia.

Alang-alang dah bercerita pasal air mineral, so aku nak share something berkenaan air mineral. Gambar diatas bukan botol minyak wanggi tapi adalah air mineral'Fillicio baverly hill', air mineral termahal didunia yang bernilai USD100. Air mineral ini berasal dari mata air yang berada di kaki gunung Rokko, di Kobe Jepun. Air dari mata air ini dipercayai sebagai air yang terbaik untuk pembuatan sake, dan jumlahnya pun terhad, maka tak hairanlah jika harganya begitu mahal.

p/s : walaupun air mineral tiada rasa, tiada warna dan tiada bau tetapi sangat banyak khasiat dan sungguh bernilai. Owh!!air mineral kesukaanku, kegemaranku dan ape lagi eik.?? Wah melambung-lambung lak pujian aku kat air mineral nie..kahkahkah..

Suke Entry Ini?

32 Comments
Fb Comments

32 comments:

  1. betul3. minum air biasa lagik baekkk! hehehe :D

    ReplyDelete
  2. hehe...minum jgn x minum..:P

    ReplyDelete
  3. yup air putih banyak khasiat nye

    ReplyDelete
  4. sky fruit mmg paling terbaik beb

    ReplyDelete
  5. gulp2! hehe.. awk layak masuk contest tue.. nnti apa2 hal sy bgtau kt fb yew.. terima kasih

    ReplyDelete
  6. Air mineral memang air terbaik untuk kulit kita. Kalau tengok orang Korea ke Cina ke, dorang mesti ada stok bekalan air mineral kat rumah. Sebab tu kulit dorang cantik :)

    ReplyDelete
  7. air yang terbaik dalam alam ni dah tentu air zam zam.. kalau air zam zam tu boleh di supply ke negara Islam yang lain kan bagus.. nak tunggu orang pergi haji bawak balik air zam zam tu ada limit pulak..hehe

    ReplyDelete
  8. minum air sejuk pas mkn membekukan lemak?

    baru belalang tau...terima kasih sebab kasitau belalang yang serba kurang pengentahuan ini...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Jom minum air masak bebanyak!

    ReplyDelete
  10. firdau Kasim : yeah..ok nnti pape perubahan bgtau la..:)

    cik Yana : yer btol tu yana tgk je la kulit dorng..cantik2..

    Tapak kaki : eh air zamzam ada jual la TK kt kl...hehe

    Belalang : a'a belalang..sy pon bru dpt ilmu nie..jd pasnie xmo la minum air sejuk pas mkn..

    sophie : jom2..minum smpai perut kembung..:D

    ReplyDelete
  11. ape barang mnum ayiq minerall..baik mnum sekai jus..hahaha...

    kan2..cuaca tak menetu skrg..bile pnas2..pnas gile2...hujan..hujan ribut petir sume ade.

    ReplyDelete
  12. orite.. thanks 4 joining yew awk

    ReplyDelete
  13. Ya. Perkongsian ilmu yang baik. Saya setuju, dan tidak menafikan. Teruskan :)

    ReplyDelete
  14. yuni..jaga kesihatan selalu ya..:)

    disamping minum air banyak, jgn lupa makan ubat..:)

    ReplyDelete
  15. yeah! entry yg bagus..hehe
    bnykkan minum air mineral!...baru muke berseri! hehe

    ReplyDelete
  16. paling tk suke minum air mask time demam,jdi pahit..:)

    ReplyDelete
  17. Firdaus Kasin : same2..no hal la..hehe

    iqbalsyarie : insyaALLAH sy akn teruskan..:D

    mawaddah : baiklah wadah...yuni akn mkn ubt..hehe

    ReplyDelete
  18. Mohd Khirul Amir : bila muke berseri2 terserlahlah aura tu...hikhik

    nur aisya humairah : btol2..time demam mmg x suke minum air masak...!

    ReplyDelete
  19. xnk minm air sejuk pas mkn dah.!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  20. sayer pon suker minum aek masak.. tiap hari g klaz bawak botol besarr punya... heheh

    ReplyDelete
  21. 2 3 kali pkir nk minum ke x air mineral tuh..

    x shedap ;P

    ReplyDelete
  22. salam yuni..

    utk program preview blog mingguan,
    yuni kena review blog :

    1. http://firdauskasim.blogspot.com/
    2. http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/
    3. http://kimicnol2203.blogspot.com

    -sila baca panduan yg dah ditetapkan utk buat review..
    -yuni kena buat sticky post selama 2 hari dan hanya review satu blog sahaja dalam masa seminggu.
    -Maknanya, dalam 3 minggu, yuni akan review 3 blog.
    -dah boleh start minggu nie k
    -Sila patuh arahan utk dapat hasil yg diharapkan.

    Kalau masih x faham, boleh tanya kt saya ya.. Terima Kasih

    yuni ada emel x? nk htr pic

    ReplyDelete
  23. minum air masak memang leh slim ^^

    ReplyDelete
  24. ada jual ek.. tak pernah nampak pulak.hehehe.. nak kena cari ni..

    ReplyDelete
  25. minum air minmeral juga sesuai utk menguruskan badan.

    P/s = kt China sesetengah air mineralnya berperisa. ada perisa strawberi dan mcm2

    ReplyDelete
  26. Nurul Affifah Addanan : bgus2...xmo da lps nie..:D

    Dea : wah..patut la wajah Dea berseri2..:)

    Firdaus : ok sy akn cube...

    ReplyDelete
  27. Fello Ariza : X sedap tp berkhasiat la..!!hehe

    |Ebal| : pasnie kne minum byk2 la..

    Tapak Kaki : xde..g beli kt kedai la..:P

    Shameel Iskandar : wah best tu...msti sodap..

    ReplyDelete
  28. minum air masak @ air mineral at least 8 gelas sehari...minum air mineral je kn...xyah minum air manis ni...insyaAllah sihat selalu... :)

    ReplyDelete
  29. shee : tp kan sha..yuni minum air masak x smpai 8 gelas sehari pon..huhu

    ReplyDelete
  30. minum air banyak2 nanti muka cun
    kekeke

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^