Sambutan Maulidul Rasul dalam kenangan.
Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika
Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati
Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat
Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika
Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati
Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat
Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
Lirik diatas adalah dari lagu Cahaya selawat nyanyian kumpulan nasyid popular Raihan. Teringgat kembali kenangan ketika di alam persekolahan dahulu. Setiap kali tibanya Maulidul Rasul pasti ada pertandingan nyanyian nasyid diperingkat sekolah.
Pasti ramai yang tahu dengan lagu nyanyian Raihan nie dan selain itu nyanyian lagu Rasulullah dari kumpulan Hijjaz adalah antara lagu nasyid yang popular dinyanyikan bagi pertandingan nasyid sempena Maulidul Rasul.
Setiap kali Maulidul Rasul pihak sekolah menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan seperti bersajak, tulisan jawi, tulisan khat, nasyid, bacaan al-quran, mendengar ceramah dari penceramah jemputan dan berarak keliling taman tasik titiwangsa.
Aku tak ketinggalan untuk ikut serta dalam beberapa acara seperti tulisan jawi, khat dan nasyid. Nak bersajak tak ada bakat, nak mengaji malu sebab tak hebat mana baca al-quran ni jadi bernasyid je la sebab itu pun berkumpulan. Kalau sorang alamat tak masuk la..hehe. Memori yang tak dapat dilupakan dapat menjadi salah seorang anggota kumpulan nasyid sekolah sehingga ke peringkat Negeri. Pengalaman itu sungguh indah tak dapat nak dilupakan sehingga kini. Lagu yang dinyayikan sewaktu membuat persembahan bagi pembukaan hari Maulidul Rasul di sekolah bertajuk 'Alangkah Indahnya'. Serius lagu tu memang best dan syahdu aje dengar.
Berarak lebih kurang camnie la tapi nie perarakkan orang-orang tua. Time tu muda remaja lagi.hehe. Memori saat tu tak ada jadi curilah gambar nie dari encik google. :D
Saat berarak dan berselawat nabi keliling taman tasik titiwangsa memang best. Asal buat aktiviti kat luar sekolah aje mesti 'happy' semacam. Macam banduan terlepas dari penjara je lagaknya.hehe. Dalam tengah berarak tu sempat lagi ada yang beli buah dan kopok dekat kedai berhampiran.hahaha..Bila ingat balik memang lawak.:D
Aktiviti yang lain pula mendengar ceramah. Aktiviti ceramah ni aku suka sebab kelas tak ada. Semua satu kelas pakat sorak, dah sah semuanya malas belajar.hehe.. Bagi yang non-muslim mereka ditempatkan kat kawasan lain. Tapi ada seorang member cina nie dia dok ikut dengar sekali tapi curi-curi dengarlah. Bila ceramah dah selesai dia bertanya pasal ceramah tadi seperti menunjukkan minat.
Sambutan Maulidul Rasul saat dialam persekolah menjadi kenangan bagi aku sampai bila-bila. ^_^. 'U all' pun mesti ada pengalaman sambutan Maulidul Rasul yang tersendiri kan?
Ok berbalik pada point yang sebenar berkenaan lirik lagu diatas.(terlajak bercerita la pula.hehe)
Renungkan dan fahami setiap bait lirik lagu cahaya nyanyian Raihan ini. Lagu ini menceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W seorang insan yang berakhlak mulia yang patut kita sebagai umatnya mencontohi keperibadian mulia itu.
Rasulullah adalah penyelamat umat Islam dan berkorban demi umatnya yang tercinta walaupun Baginda terpaksa menempuhi ranjau yang amat berliku dalam perjuangannya menyelamatkan fitrah umat Islam. Sunah dan al-quran pula adalah panduan bagi kita untuk menyusuri kehidupan didunia yang fana ini.
Sebagai umat Islam kita patut mengenang segala jasa dan susurilah kehidupan baginda dan contohilah keperibadiannya yang mulia moga menjadi tauladan bagi kita memperbaiki diri. Marilah kita berselawat keatas junjungan Rasulullah S.A.W yang kita cintai.
p/s nak tunjuk pic time wakil nasyid sekolah tapi satu pun tak ada.huhu...sedih je.. :( pada kawan2 lama yang ada pic tu silalah beri satu.huhu.
Pasti ramai yang tahu dengan lagu nyanyian Raihan nie dan selain itu nyanyian lagu Rasulullah dari kumpulan Hijjaz adalah antara lagu nasyid yang popular dinyanyikan bagi pertandingan nasyid sempena Maulidul Rasul.
Setiap kali Maulidul Rasul pihak sekolah menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan seperti bersajak, tulisan jawi, tulisan khat, nasyid, bacaan al-quran, mendengar ceramah dari penceramah jemputan dan berarak keliling taman tasik titiwangsa.
Aku tak ketinggalan untuk ikut serta dalam beberapa acara seperti tulisan jawi, khat dan nasyid. Nak bersajak tak ada bakat, nak mengaji malu sebab tak hebat mana baca al-quran ni jadi bernasyid je la sebab itu pun berkumpulan. Kalau sorang alamat tak masuk la..hehe. Memori yang tak dapat dilupakan dapat menjadi salah seorang anggota kumpulan nasyid sekolah sehingga ke peringkat Negeri. Pengalaman itu sungguh indah tak dapat nak dilupakan sehingga kini. Lagu yang dinyayikan sewaktu membuat persembahan bagi pembukaan hari Maulidul Rasul di sekolah bertajuk 'Alangkah Indahnya'. Serius lagu tu memang best dan syahdu aje dengar.
Berarak lebih kurang camnie la tapi nie perarakkan orang-orang tua. Time tu muda remaja lagi.hehe. Memori saat tu tak ada jadi curilah gambar nie dari encik google. :D
Aktiviti yang lain pula mendengar ceramah. Aktiviti ceramah ni aku suka sebab kelas tak ada. Semua satu kelas pakat sorak, dah sah semuanya malas belajar.hehe.. Bagi yang non-muslim mereka ditempatkan kat kawasan lain. Tapi ada seorang member cina nie dia dok ikut dengar sekali tapi curi-curi dengarlah. Bila ceramah dah selesai dia bertanya pasal ceramah tadi seperti menunjukkan minat.
Sambutan Maulidul Rasul saat dialam persekolah menjadi kenangan bagi aku sampai bila-bila. ^_^. 'U all' pun mesti ada pengalaman sambutan Maulidul Rasul yang tersendiri kan?
Ok berbalik pada point yang sebenar berkenaan lirik lagu diatas.(terlajak bercerita la pula.hehe)
Renungkan dan fahami setiap bait lirik lagu cahaya nyanyian Raihan ini. Lagu ini menceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W seorang insan yang berakhlak mulia yang patut kita sebagai umatnya mencontohi keperibadian mulia itu.
Rasulullah adalah penyelamat umat Islam dan berkorban demi umatnya yang tercinta walaupun Baginda terpaksa menempuhi ranjau yang amat berliku dalam perjuangannya menyelamatkan fitrah umat Islam. Sunah dan al-quran pula adalah panduan bagi kita untuk menyusuri kehidupan didunia yang fana ini.
Sebagai umat Islam kita patut mengenang segala jasa dan susurilah kehidupan baginda dan contohilah keperibadiannya yang mulia moga menjadi tauladan bagi kita memperbaiki diri. Marilah kita berselawat keatas junjungan Rasulullah S.A.W yang kita cintai.
صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـل
p/s nak tunjuk pic time wakil nasyid sekolah tapi satu pun tak ada.huhu...sedih je.. :( pada kawan2 lama yang ada pic tu silalah beri satu.huhu.
20 Comments
About Me
- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
Salam maulidur rasul yuni.
ReplyDeleteMaulidur Rasul diadakan supaya rasulullah sentiasa dekat dihati meskipun setelah ribuan tahun jauh di mata.
mmg zaman persekolahan, akan diadakan xtvt sempena malidur rasul. Plg utama ialah ceramah maulidur rasul
kak yun..lme x jenguk sini..selamat mnymbut maulidur rasul ^^
ReplyDeletesalam maulidul rasul buat semua ,teringat kat zaman skolah time sambut maulidul rasul :)
ReplyDeleteshameel : yup supaya kte setiasa menginggati perjuangan yg Rasulullah tlh lakukan..
ReplyDeletekiwi : mane kiwi menghilang.???bz ke.??
conbellydiobeterisme : kenangan skola mmg best..hehe
salam maulidur rasul...:)
ReplyDeleteSalam maulidur Rasul
ReplyDeleteLayan lah lagu "Alangkah Indahnya" dari Raihan
Sedih kerana cinta kita kpd Rasul semakin pudar
adui teringt lak mse kcik2 dluu..org tanak pun nk msuk berarak..cekgu men paksa2...hohoho
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul..
ReplyDeleteFirst time datang sini..
Baca lak lirik lagu yang selalu dinyanyikan dulu2..
Nice entry
salam maulidur rasul
ReplyDeleteAriffin khomeini : nk dgr gk la lagu tu..:)
ReplyDeletemr.delirium : eh leh pulak men paksa2..bkn sume wajib ke??hehe
padlie : thanx sudi dtg..pasnie dtg la sll...
nak gtaw gak ahh ana pom nasyid jugakk skola rendah dlu . hehehehe
ReplyDeleteSelamat Menyambut maulid Nabi kesayangan kita Rasullullah S.A.W...
ReplyDeleteAllah Humma Solli Ala Muhammad Ya Rabbi Solli Alaihi Wasalim....
yuni...salam maulidur rasul...lmbt cket....huhuh...semalam kt tmpat sha ade org berarak...ingat mase zaman sekolah...x miss perarakan maulidur rasul... (^__~)
ReplyDeletesalam maulidur rasul hehe lambat pulak
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul..
ReplyDeletesalam maulidur rasul kak :) wani dah lama tak join berarak !
ReplyDeletebest kan..kat sekolah dulu kalo maulidur rasul, msti sibuk wat banner..baju warna yg sama..meriah..
ReplyDeletesalam maulidur rasul..walupn dah terlambat nak wish jugak..heheh
ReplyDeletehoneybunny : xpe boleh je..xde istilah terlambt...bulan ini bulan kelahiran Rasulullah..
ReplyDeleteinsan tak ada blog,
ReplyDeletesalam maulidur rasul..
nak tanya sikit,lagu nasyid "alangkah indahnya" tu macam mana lagunya ye? yang lagu hijjaz nyanyi ramai-ramai tu ke?