Posted in:
By Yuni Aisyah 30 comments

Fitnah.

Dear readers,

Hidup kita dikelilinggi oleh orang-orang yang pelbagai sifat. Rambut sama hitam tapi hati tiada siapa yang tahu. Hidup pada zaman sekarang tiada lagi yang jujur dimana orang lebih mempercayai fitnah daripada kebenaran. Gelombang fitnah datang bergelora bagaikan banjir yang tak dapat dibendung.

Disebabkan fitnah perkara yang benar boleh jadi tidak benar begitulah sebaliknya. Fitnah yang paling ketara yang dapat kita lihat adalah politik. Dimana sukar untuk kita ketahui yang mana benar dan tidak benar. Setiap ahli politik memperkatakan perkara yang mereka katakan itu benar dan menunding jari ke pihak yang lain. Kita sebagai masyarakat hanya menjadi pemerhati saja bagi permainan politik mereka.


Tidak perlu menunding jari dan menyalahkan orang lain.

Banyak kehancuran yang berlaku kerana adanya fitnah seperti perperangan, perbalahan, perceraian, pergaduhan, permusuhan dan kemusnahan itu semua kerana fitnah. Cuba kita imbau kembali kes Dr.Sri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 apabila beliau dituduh liwat dan juga rasuah. Adakah kalian rasa itu benar? Beliau telah dipenjara selama 7 tahun keatas kesalahan yang tidak pasti. Kes tersebut akhirnya digugurkan kerana tiada kesahihan diatas pertuduhan tersebut. Ramai yang beranggapan itu hanyalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.


Dimana ada fitnah disitu ada konspirasi.

Di dunia blogging juga berlakunya fitnah. Bercerita aib orang dan perkara yang tidak diyakini benar itu adalah satu fitnah. Ada diantaranya yang bercerita kononnya si polan ini salah dan si polan ini begini. Blogger yang terlibat itu tidak kurang popularnya. Tak perlulah aku menunding jari pada siapa cukuplah kita ketahui bahawa budaya fitnah ini berlaku dimana sahaja.


Berhenti dari menyebarkan fitnah!

Kini amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

'Fitnah itu lebih kejam dari membunuh' dan dosa memfitnah lebih besar dari membunuh. Fitnah juga membunuh tapi bukan secara fizik tapi ia secara batin. Ia membunuh secara pelahan-lahan. Dengan fitnah orang yang benar dipersalahkan dan merampas rasa harga dirinya, maruahnya dan batinnya terseksa.

Selagi kita tidak ketahui sesuatu perkara itu eloklah diselidiki dahulu. Carilah kepastian dan bukti sebelum menunding jari menyalahkan orang. Cuba bayangkan bila orang yang kita tuduh itu ternyata benar dan tidak bersalah sama sekali.? Apa perasaan mereka apabila dipersalahkan diatas perkara yang bukan mereka lakukan?

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


p/s Entry ini aku garapkan sebagai peringgatan buat diri sendiri juga..sama-samalah kita muhasabah diri..

Suke Entry Ini?

30 Comments
Fb Comments

30 comments:

  1. nampaknya saya kena lebih berhati-hati la.. supaya tak memfitnah sesiapa secara sedar atau separa sedar.hehe... terima kasih di atas tazkirah ini..

    ReplyDelete
  2. marila kite sama muhasabah diri kiye oke yun:)

    ReplyDelete
  3. tapak kaki : ok same2..

    mr delirium : ye same2 la kte luthfi..:)

    ReplyDelete
  4. lebih baik berdiam diri daripada banyak berkata-kata mengenai sesuatu yang kita tidak tahu akan kesahihannya..

    so janganlah memfitnah orang.. :)

    ReplyDelete
  5. politik ni memang bes untuk diselidik ngn diperhati..boleh tengok sape pandai sape tak pandai..

    ReplyDelete
  6. lcturer ad ckp..dikalngn binatang x de manusia..tp di kalangan manusia ad binatang..huhu

    ReplyDelete
  7. kiwi : haha...pening sudah akk bace comment kiwi..kne fahamkan nie..hikhik

    ReplyDelete
  8. bukti yg sahih perlu utk elak fitnah bterusan...

    ReplyDelete
  9. caliph : yer jgn tuduh dgn melulu..cam kes kak ellen..cian dia..

    ReplyDelete
  10. semoga belalang juga dapat membaiki diri dari melakukan kesilapan seperti memfitnah...

    ReplyDelete
  11. perkataan tanpa bukti tiada makna...

    ingat ya... mereka harus menanggung sendiri apa yang telah mereka buat..

    pendekar tak hentam tanpa bukti... mereka sendiri yang menonjolkan kesilapan penipuan mereka... mula-mula tengok dulu agak pelik.. tapi lepas tu sangatlah memang sangat marah... dipermainkan sebegitu rupa...

    ReplyDelete
  12. betul tu. entry yang bagus :)

    ReplyDelete
  13. Kadang2 kita pun ada fitnah org, cuma cara je yang berlainan, antara kita sedara ataupun tidak..

    ReplyDelete
  14. kalau dah dengki macamtulah jadinya hehe..

    jemput sini yer
    blog Matdin

    ReplyDelete
  15. btol.bukan fitnah je,kadang2 salah faham pon boleh menyulitkan lagi kadaan yg dah sedia2 sulit 2.sedih dbwatnye.hu3

    ReplyDelete
  16. Pendekar Berkuda : adakah pendekar pasti dgn bukti2 yg pendekar dpt.??kalo pasti itu benar sy sokong pendekar utk menegakkan kebenarn...dun worry entry ni utk kte semua muhasabah diri..:)

    ReplyDelete
  17. aleen aiden : salah faham pon bleh jd fitnah...huhu

    ReplyDelete
  18. yup...sokong pendekar, Nuriz juga pernah terkene...siap ada bukti lagi...ape pun nasihat yg baik...teruskan.

    ReplyDelete
  19. dimana saja mst ada penipuan atau fitnah..berwaspadala kita mulai dr skg..adalah dtegaskan amalan menipu nih tak bek dan juga meruntuhkn akhlak sndri~

    ReplyDelete
  20. psssttt...ada kes fitnah blogger pulak eh...sape?

    ReplyDelete
  21. mario : fitnah tu x smestinya bekata yg x btol..tp ntah la...sy just jd pemerhati je...sblm nie pernah gk ada blogger yg dok cter keburukkan seorang blogger nie..even benda tu btol tp xyah la nak dicanangkan...

    ReplyDelete
  22. Anda ditag. Jika berkesempatan, jawablah..

    http://solldesouza.blogspot.com/2011/01/ga-kasperskye-dari-fariszazcom.html

    ReplyDelete
  23. SHM : wah tag...!!insyaALLAH akan jwp...tp sllnya tak pernah jawap tag..hikhik

    ReplyDelete
  24. fitnah!!err..x patut..-.-"

    ReplyDelete
  25. nur hafiza : mmg x patut...!!:P

    ReplyDelete
  26. kalau kita dengar, tapi kita tak tau betul ke tak, tapi kita sebarkan jugak, tu pun fitnah kan? kesian orang yang kena fitnah...

    ReplyDelete
  27. Amni : a'a tu pon fitnah. pernah x tgk movie zaman p ramlee yg bendahara mati dibunuh hanya disebbakn fitnah.??tu boleh dijadikan pedoman.

    ReplyDelete
  28. ada tengok... p.ramlee tu sangat kreatif.. dia salu buat cerita dengan selitkan pengajaran yang orang tak terfikir pun zaman tu... tu yang buat cerita dia sentiasa relevan sepanjang zaman kan...

    ReplyDelete
  29. Amni : yer btol tu...cerita skrg x dpt lawan hasil karya p. ramlee..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^