Posted in:
By Yuni Aisyah 29 comments

Bijaklah memilih sahabat.

Dear readers,

Semua orang pasti mempunyai sahabat dan mengingginkan seorang sahabat yang sentiasa ada dalam keadaan suka dan duka. Adakah kita telah temukan sahabat yang sedemikian?

Sahabat ketawa memang senang di cari tetapi sahabat di saat duka amat sukar di cari. Lebih-lebih lagi jika salah memilih sahabat. Kita tidak dapat lari dari bertemu sahabat yang seperti 'gunting dalam lipatan' atau 'musuh dalam selimut'. Sahabat yang sanggup mengkhianati sahabatnya sendiri demi kepentingan diri. Masalah yang timbul adalah kerana rasa iri hati, rasa tidak puas hati dan adakalanya kerana cinta.



Oleh itu, amatlah penting kita bijak dalam memilih sahabat yang ikhlas berteman dan boleh menjadi teman untuk kita di waktu suka dan duka. Sahabat seperti itu yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan. Elakkan dari bersahabat dengan orang yang berkelakuan tidak sopan dan tidak tahu menghormati orang disekelilingnya. Sahabat seperti itu hanya akan memusnahkan hidup kita.

Amat sedih bila sahabat yang kita percaya dan sayangi sanggup berlaku tidak elok pada kita. Bukanlah sahabat andai dia suka menjaja cerita tantang sahabatnya sendiri. Di depan kita dia berlagak baik tapi di belakang semuanya buruk tentang kita. Jauhilah sahabat seperti itu kerana dia hanya akan membuat hidup kita tidak aman dan dalam keadaan sedih.

Hindarilah persahabatan yang terjalin dari sifat hasad dengki dan iri hati. Sucikanlah hati dan sayangi persahabatan yang terjalin, janganlah jadi seperti 'gunting dalam lipatan' dan musuh dalam selimut'. Ikhlaslah dalam bersahabat, semoga kita bertemu dengan sahabat sejati..=)


Alhamdulillah aku sudah menemukan sahabat yang dicari. Moga persahabatan yang terjalin akan sentiasa dirahmati oleh ALLAH dan berkekalan..Amin..!!


Suke Entry Ini?

29 Comments
Fb Comments

29 comments:

  1. oh sahabat...sentiasa ade tika ketika senang n susah..jom bersahabat

    true friends stab you in the front...

    ReplyDelete
  2. sahabat jenis 'musuh dlm selimut' kita buang jauh2.. x perlu gamble bkawan kali ke 2.. jenis ni akan khianati kita berulang kali.. trust me...

    ReplyDelete
  3. Sabda Nabi s.a.w “ Bandingan teman berbual yang baik dan buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi , sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Mesej yang ingin disampaikan oleh Nabi s.a.w menerusi hadis Sahih ini amatlah mudah untuk difahami, iaitu , kita hendaklah memilih teman( termasuklah TEMAN TAPI MESRA dan TEMAN UNTUK BERMESRA)dalam kalangan orang yang baik. Ini kerana kesan kebaikan itu akan menjalar kepada kita. Dengan bahasa yang mudah, tempias kebaikan orang itu akan terkena kepada kita. Atau dengan bahasa yang paling mudah, kita turut menjadi baik lantaran pengaruh kebaikan teman kita itu.

    ReplyDelete
  4. syg3...jadi sahabat sha eyh...wee...windu kt yuni musyuk ni... (^___~)

    ReplyDelete
  5. sahabat akan sentiasa berada di sisi samaada kita berduka @ bergembira...klu sahabat ada di sisi cuma bila kita gembira, itu bukan bernama sahabat...

    ReplyDelete
  6. yup...sahabat masa susah itu lah sahabat...sahabat masa senanj je banyak!!!!!..wahahaha..

    ReplyDelete
  7. kwn dtg dn pergi..huhu

    pling sdeyh bile org yg rpt ngn kite tpu kite..

    smoga pershbtn kak yuni ngn kwn2 kak yuni berkekalan

    ReplyDelete
  8. memang betoi tu.. sahabat sukar dicari.. ada buku panduan tak untuk cari sahabat?hee

    ReplyDelete
  9. caliph : mmg xkan buat kwn baik buat kali ke-2 kalo ngn kwn jenis tu...bahayakan diri je....i trust u..hehe

    shameel Iskandar : thanx shameel diatas komen yg bagus sekali..=)

    yuni setuju dgn hadis Rasulullah tersebut..sahabat adlh cermin kita...jadi carilah sahabat yg baik supaya dapat membentuk keperibadian yg baik utk kita..:)

    Shee : u part of my Best friend too...jom jumpe...kte kembangkan hubungn yg terjalin nie...really want to be ur best friend...^_^

    ReplyDelete
  10. SDS : jadi kte kenalah susahkan sahbat kte time kte sdg susah...lihat sama ada mereka sudi atau tidak memberikan pertolongn...hehee

    nur hafiza : sahabat time senang mmg banyk...

    kiwi : sob2..mmg sedih bagai dicucuk sembilu...terasa sakit bila dikhianati...sahabat yg cntu kne dielakkan..!!

    Tapak kaki : buku panduan tu xde la..tp boleh kongsi melalui pengalaman yun sendiri..:)

    ReplyDelete
  11. sahabat yg sejati memang sukar nak cari.yg ada hanya kawan masa ketawa tapi bila menangis takda sorg pun ada

    ReplyDelete
  12. sayang ngan sahabat....teman ketika suka + duka.... tetiba nak touching....hahahaha

    ReplyDelete
  13. fiezah91 : kalo nak dorng ada kne la bgtau time kte ngh nages tu..sure dorng leh temankan kte nages...hehehe

    ReplyDelete
  14. Nor_Emylin : xmo touching ye...:)

    ReplyDelete
  15. susah gak dpt shabat yg baik dgn kt tp buka prkara xelok dpn kt n kt xthu mcmane nk tgur..huhu..sgt menyakitkan..

    ReplyDelete
  16. TiKa LEh : cam ada pengalaman je tika...??

    ReplyDelete
  17. insyaAllah kita bertemu sahabat yang benar-benar ikhlas. :)

    ReplyDelete
  18. wunny : Amin..moga kte ditemukan dgn shabat sebegitu..:)

    ReplyDelete
  19. dah jumpa dah my sahabat...mmmm

    ReplyDelete
  20. sahabat yang menangis memang susah di cari . mcm2 ragam dah penah dialami bersama sahabat . kerana sahabat jugalah, kita belajar untuk matang dan bezakan kebaikan dan keburukan~ :D

    ReplyDelete
  21. mario : bgus la dah jumpe..:)

    ReplyDelete
  22. kena berjaga-jaga dengan semua orang sebab tak semua orang yang kita percaya tu boleh dipercayai. bila dah terkena baru nak menyesal dan kadang-kadang ada baiknya bila terkena sebab bila dah terkena baru dapat pengajaran hehe..

    ReplyDelete
  23. sayang yuni sangat2! (:
    sahabat untuk selama-lamanya.

    ReplyDelete
  24. sukahaha : yer btol tu matdin..bila da terkena baru la kte sedar n belajar dr apa yg berlaku..:)

    :FA: : sayang fara juge...kte doa bersama moga persahabatan yg terjalin akn kekal selamanya..moga kte diberkati oleh ALLAH..amin...:)

    ReplyDelete
  25. iye yuni. kite same2 doa yaa. (:
    insyaALLAH. semoga ALLAH meredhai persahabatan kite ini. (:
    aameen.

    ReplyDelete
  26. setuju sangat2.. syukur dapat sahabat yang baik... ada orang kesian dapat kawan yang makan kawan.. susah carik kita.. senang tak de nya nak ingat kita.. nak menangis bersama? jauh la... huhuhu

    ReplyDelete
  27. btul tue, sahabat lah yg membentuk peribadi kita

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^