Posted in:
By Yuni Aisyah 17 comments

Luahan rasa buat sahabat.



Tidak ku tahu perasaan apakah yang terbit dihatiku ini?Terasa perit memendam perasaan ini? Sukar untuk aku ungkapkan perasaan yang melanda hati!! Ya..aku tahu apakah perasaan yang sedang aku alamani tika ini iaitu seorang sahabat merindukan sahabatnya.Ya perasaan rindu!! Rindu pada seseorang yang telah pergi dan hilang entah ke mana..??

Wahai sahabat,tidakkah kita boleh seperti sedia kala?? Berteman dan saling memerlukan antara satu sama lain. Aku rindukan sahabat yang dulunya sentiasa ada bila aku bersedih, sentiasa menjadi peneman di waktu aku kesunyian.

Dimanakah engkau menghilang wahai sahabat?? Aku merindukan mu.!!Aku tidak mengharapkan apa-apa dari mu,yang aku harapkan hanyalah persahabatan yang kita telah terjalinkan sebelum ini. Hanya itu yang aku pinta!



Aku amat menghargai persahabatan yang telah terjalin diantara kita. Tapi aku sudah kehilangan perhubungan yang telah terjalin itu. Ke manakah engkau menghilang.?? Aku menyayangi mu wahai sahabat! Aku betul-betul merasa seperti kehilangan mu.Tidakkah engkau merasakan seperti yang aku rasakan??

Bersahabat tidak pandang pada paras rupa,harta mahupun pangkat tapi ianya terbit dari hati yang ikhlas untuk bersahabat. Bagi aku berteman bukan untuk sementara tapi untuk sepanjang hayat ku! Persahabatan itu amat bernilai dan mahal harganya dibandingkan dengan intan permata. Bagi ku kau lah sahabat terbaik yang pernah aku ada.

Aku berdoa semoga kau bahagia walau dimana pun kau berada. Aku hanya ingin kau tahu bahawa aku menyayangi mu dan engkau tetap akan menjadi sahabat di hatiku walaupun engkau sudah tidak lagi menemani ku..!

"Ya ALLAH berikanlah hambamu ini kekuatan dan kesabaran dalam menempuh kesedihan yang aku rasakan ini...Ya ALLAH Ya Tuhanku..Janganlah Engkau hindarkan dirinya dari ku dan kekalkanlah dan eratkanlah ukhwah silaturahim antara kami..Binalah persahabatan yang terjalin ini di atas jalanMu Ya ALLAH..dan kembalikanlah dia untuk menjadi sahabatku Ya ALLAH.."




Suke Entry Ini?

17 Comments
Fb Comments

17 comments:

  1. Sabarlah dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan. igtlah sahabat yang paling memahami diri kamu adalah diri kamu sendiri. Sebelum terlalu menyayangi seseorang sayangilah diri anda dahulu

    ReplyDelete
  2. yuni syg...nape ni...tammo sedeyh2 ye syg...sha ade ni...huhuh...

    ReplyDelete
  3. Daniel : thanx ye...betul gak apa yg kamu katakan..

    shee : yer sya..xmo sedih lame2..sya kan ada..hikhik..=)

    ReplyDelete
  4. Sahabat yang baik tak penah cerita yang tak baik tentang sahabat dia kat orang lain... tol tak? huhu..

    ReplyDelete
  5. tlg amin kan doa tuh.
    AMIN YA RABB
    senyum sokmo :)

    ReplyDelete
  6. yer setuju tu...
    thanx aqib..=)

    ReplyDelete
  7. Ada kalanya sesuatu yg pahit untuk d terima itu, ada kebaikan disebaliknya!

    ReplyDelete
  8. insyaAllah aminn~.. sabar k =)

    ReplyDelete
  9. ok luffy...jgn wat slh lg pasnie..hihi

    ReplyDelete
  10. aku tak da ramai kawan.. sape nak kawan dengan aku? nanti aku belanja aiskrim.hehe

    ReplyDelete
  11. ciannya dia..ok la yuni nak jd kawan kamu..leh dpt mkn eskem percuma...=P

    ReplyDelete
  12. jom pi beli aiskrim..hehe

    ReplyDelete
  13. yahooo...!!hehe
    nak eskem cornetto tau...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^