Posted in:
By Yuni Aisyah 8 comments

Argentina vs Mexico World Cup

Argentina 3 : 1 Mexico


Carlos Teves berjaya menyumbat gol pertama pada minit ke-26 buat Argentina atas bantuan Messi. Selepas gol tersebut pemain-pemain Mexico meluru ke arah pembantu pengadil, membantah gol yang dilakukan oleh Carlos Teves kerana kedudukan Carlos Teves yang berada pada kedudukan Offside. Walau bagaimanapun gol kontroversi itu tetap disahkan oleh pengadil.

Gol kedua Argentina pula dijaringkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-33 berpunca dari kesilapan pemain Mexico sendiri selepas tersalah menghantar bola ke arah gawang gol.


Ada sedikit kekecohan pada waktu rehat berpunca daripada kekasaran pemain Mexico keatas pemain Argentina.

Babak kedua pula Carlos Teves sekali lagi menyumbat gol yang ketiga buat Argentina pada minit ke-52 dengan tendangan padunya dari sudut kanan gawang gol.

Mexico mendapat gol pertama mereka daripada Javier Hernandes pada minit ke-70 hasil smash bola ke bumbung gawang Argentina.
................................................................................

Perlawanan antara Argentina dan Mexico sangat menarik. Penguasaan dan pertahanan yang cukup bagus dari Argentina. Argentina memenangi perlawanan keatas Mexico dengan 3-1. Jadi perlawanan seterusnya Argentina akan menentang Germany. Pasukan dari negara manakah yang menjadi pilihan anda?


p/s : Nantok sangat+letih. Tapi berbaloi juga sebab Argentina menang dengan bergaya. Best tengok match tadi.^_^

Suke Entry Ini?

8 Comments
Fb Comments

8 comments:

  1. Mcm mana kalau binatang ada Facebook ??? :P

    ReplyDelete
  2. aik..binatang pon ada facebook ke.??pelik..hehe

    ReplyDelete
  3. bila la messi nak sumbat goal nih.. sebijik haram tak da..

    ReplyDelete
  4. tu la pasal...geram je..tp kebanyakkan gol bermula dr messi..kre leh jd pemain terbaik utk world cup kali nie..=)

    ReplyDelete
  5. nak jadi pemain terbaik, dia kena score jugak baru leh kira..

    ReplyDelete
  6. tunggu n lihat je..nnti messi score punye..hikhik

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^