Posted in:
By Yuni Aisyah 16 comments

Selamat hari ibu


Ibu engkaulah bidadari terhebat yang telah mewarni alam semesta ini. Tiada tolak bandingan kasih mu untuk anak mu ini dan tiada keluhan dalam menjaga anak mu ini..

Pengorbanan mu sungguh besar dan tiada tara dibandingkan dengan harta yang ada didunia ini.

Ibu sesungguhnya engkaulah yang aku cintai. Maafkan anak mu ini andai ada salah dan tersalah bicara sehingga membuatkan hati halus mu terguris..

Ketahuilah ibu bahawa tiada niat sedikit pun untuk aku menguris hati mu...

Aku sedih andai ibu bersedih, aku gembira andai ibu pun turut gembira. Hati ini tidak tenang dan gelisah melihat ibu dalam kesedihan.



Ibu...ketahuilah di dalam lubuk hati ku ini hanya untuk mu, walaupun ada kasih lain dihati tapi tiada siapa yang dapat mengantikan posisi utama dirimu dari hati ku.

Sungguh itu adalah benar..

Aku berjanji akan menjadi anak yang baik dan solehah untuk mu ibu, bukan untuk ibu saja tapi juga ayah...

Ketahuilah ibu, kau sentiasa ada didalam doa ku.

Ya ALLAH, Ya Tuhan ku..
Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapa ku..
Panjangkanlah umur mereka..
Berikanlah mereka kesihatan yang baik..
Jauhilah mereka dari perkara-perkara yang tidak baik..
BAhagiakan hidup mereka dan;
Hindarilah mereka dari kesusahan dan kesempitan hidup..






Suke Entry Ini?

16 Comments
Fb Comments

16 comments:

  1. saya sayang emak saya...

    ReplyDelete
  2. hehe..bagus la captain..=)

    ReplyDelete
  3. syurga dibawah tapak kaki ibu..

    ReplyDelete
  4. slmt hari ibu yun :)

    ReplyDelete
  5. hehe...selamat hari ibu utk mama yuni...

    ReplyDelete
  6. thanx juan n sya..=)
    wish gak utk ibu juan n sya..hehe

    ReplyDelete
  7. sayang sayang sayang, sayang dh x sayang sayang lagi.. sayang cume sayang mak jer... :P

    ReplyDelete
  8. jom nyanyi lagu nespray ibu beramai-ramai! :)

    ReplyDelete
  9. ezad : still ada emak ezad yg syg kan ezad..hehe

    aidi-safuan : jom2..tp lupa la..=P

    ReplyDelete
  10. saya pown sayang emak saya kat sabah tu...

    ReplyDelete
  11. hahaha...tunggu la iklan nespray keluar, pastu jom nyanyi ramai2 time tuh

    ReplyDelete
  12. selamat hari ibu untuk ibu anda yerk..hehe

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Ibu tuk mak Yuni gak semgoa kehidupannya sentiasa dilimpahi rahmat...:)

    ReplyDelete
  14. Kasih kepada ibu lebih utama dari kasih kepada bapa. 3 nisbah satu (3:1) kasih yg perlu dicurahkan kpd ibu berbanding kpd bapa. Tentu ada rahsia berselirat seribu pabila Nabi s.a.w meegaskan begitu.

    ReplyDelete
  15. yer..kerana pengorbanan ibu lebih besar dari bapa...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^