Posted in:
By Yuni Aisyah 12 comments

Salahkah aku jika berterus terang?


Mood aku malam ni tiba-tiba menjadi merundum. Niat nak buat assignment jadi terbantut disebabkan hal yang tanpa aku duga datang secara tiba-tiba menerpa dan menyentap hati. Tak ku sangka perhubungan yang selama ini tenang rupa-rupanya dilanda ombak dan badai. Tapi aku cuba berfikiran positif dan berfikir secara rasional kenapa dan mengapa ini semua berlaku.

Aku tahu puncanya disebabkan kerana aku terlalu berterus-terang. Salahkah aku jika aku berterus terang? Aku tahu batas seseorang untuk menegur dan berterus terang. Sebagai teman dan sahabat yang menyayangi sahabatnya perlukah untuk aku berdiam diri andai yang dilakukannya adalah salah? Andai ada yang terbuku dihati perlukah aku simpan dan pendamkan sahaja?


Wahai sahabat..
Tiada sekelumit atau niat pun untuk melukai mu...
Maafkan aku andai ada salah dan silap selama kita berteman..
Jika aku berterus terang ambillah ia sebagai nasihatku buat mu..
Andai aku tiada disisi jadikan ia sebagai kata-kata yang berguna buat mu..

Wahai sahabat..
Aku menegur mu kerana sayang,
Aku membela mu kerana kasih ku pada mu,
Aku tahu pedih untuk kau terima kata-kata ku.
Tapi fikirkanlah kenapa dan mengapa aku begitu?





Suke Entry Ini?

12 Comments
Fb Comments

12 comments:

  1. tidak salah. menegur kerana sayang. cuma, perlu kena pada cara dan tempatnya. :)

    ReplyDelete
  2. hurm...saba ye dear...manusia ni ade mcm2 jenis...ade yg open n sedia menerima segala teguran...tp ade yg tidak...kalo niat kite baik kite redha jew...insyaAllah...pengakhirannyew pon akan baik...

    ReplyDelete
  3. uikkk...apsal lak ni weh...sabar jela...betul ckp shee tu

    ReplyDelete
  4. kalau niat kita baik nak menegur, ok je sebenarnya..tapi kan itu la..orang yang kita tegur tu plak tak tau lak dia tu macam mana...maybe kena ada cara dia...

    ReplyDelete
  5. ermm..tol gak tu..setiap org berbeza..ada yg leh terima n ada yg xleh terima..

    ReplyDelete
  6. alamak yuni...
    tak pe tego akak... i tak marah pon...
    lalala...
    be positive dear

    ReplyDelete
  7. teguran tuh tak salah jika itu teguran membina...
    kita menegur sebab kita kisah dan prihatin...
    mungkin kawan tuh yang sensitif sangat,samapi tak leh terima teguran..
    tapi,apa2pun..u did the right part as a friend..

    ReplyDelete
  8. missxxs : hehe..lawak lak akk nie..xpe nnti yuni tegur if ada yg slh..=P

    Fane Davis : Thanx dear..hope dia pon berfikiran cantu..

    akufobia : tiada maaf bg ku..sob2..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^