28May
2010
2010
Jalan mudah dengan copy paste.
Kepada sesiapa sahaja yang telah masuk ke dunia blogger ini pasti tidak terlepas dari mengupdate entry. Kita pasti ingin memberikan dan berkongsi entry yang menarik untuk tatapan pengunjung blog kita. Tapi kadang-kadang kita agak pening dan kekurangan idea dalam menampilkan entry yang menarik. Disebabkan ketandusan idea ada sesetengah blogger mengambil jalan pintas dengan cara copy paste entry dari blog orang lain.
Sebenarnya copy paste tiada masalah andai saja pemilik blog tersebut membenarkan anda berbuat demikian tetapi ada juga yang tidak membenarkan entry mereka di cetak rompak. Jadi sebelum anda ingin copy paste beritahu terlebih dahulu pada si empunya blog dan meletak link blog mereka.
Apa sebenarnya alasan-alasan orang yang copy paste ini?
1. Ada idea tapi tak tahu nak mulakan dari mana? susah-susah copy paste je la sebab info tu dah banyak orang guna. Jadi sama je kan.??
2. Saya orang baru dan tak berapa pandai dalam bab menulis ini. Copy paste kan mudah tak payah pening-pening nak tulis dan memeras otak nak fikir.
3. Malas nak keluarkan idea dan malas nak menulis.
1. Ada idea tapi tak tahu nak mulakan dari mana? susah-susah copy paste je la sebab info tu dah banyak orang guna. Jadi sama je kan.??
2. Saya orang baru dan tak berapa pandai dalam bab menulis ini. Copy paste kan mudah tak payah pening-pening nak tulis dan memeras otak nak fikir.
3. Malas nak keluarkan idea dan malas nak menulis.
Ini hanyalah pandangan aku sendiri mungkin ada benarnya dan tidak. Tapi ketiga-tiga alasan itu ada satu persamaan iaitu sikap malas dalam segala hal.
Walaupun topik dan info yang kita hendak tampilkan itu sama tapi cara dan gaya penulisannya mesti berbeza. Tak salah mempunyai isi dan tajuk yang sama tapi cara penulisan itu yang harus berbeza.
Disini ada sedikit tips berkenaan menulis ulang tapi bukannya copy paste ok!!
1. Tentukan apa yang anda ingin tulis.
2. Mencari rujukan di internet berkenaan info atau cerita yang menarik.
3. Baca seberapa banyak dan fahami info-info atau entry yang telah menarik perhatian anda. Banyak membaca meluaskan ilmu dan pemikiran.
4. Bina sendiri ayat melalui pandangan anda berkenaan info tersebut. Jangan malu untuk menampilkan entry yang anda tulis itu. Jika ada yang salah boleh diperbetulkan.
5. Setelah memahami semuanya dan anda rasa yakin untuk menulis, duduk dengan tenang dan mulakan menulis mengikut kefahaman anda. Ayat permulaan itu yang paling sukar, aku juga tidak terlepas dari masalah itu.
Cuba kita search mana-mana tajuk di engine google atau di yahoo pasti ada banyak tajuk yang sama ditampilkan. Tajuk yang sama dan isu yang sama tapi kita boleh menghasilkan sesuatu yang berbeza dengan gaya yang tersendiri.
Hindarilah copy paste, kita sebagai blogger perlu menghormati hak cipta orang lain. Jika ingin menjadi seorang blogger, kita perlulah pandai menulis walaupun penulisan kita itu tidak bagus, tapi lama kelamaan jika diasah ianya akan jadi lebih sempurna.
41 Comments
About Me

- Yuni Aisyah
- Segala apa yang terhasil di blog ini adalah hasil dari cetusan secara spontan mahupun hasil dari emosi yang timbul. Bukan semua perkara yang terjadi ku nukilkan di blog ini. Hanya tertumpu pada sesuatu situasi dan perkara yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama. Moga kita mendapat manfaatnya bersama..(:
Join me on Google+
..: Followers :..
..:Visitors:..
..: Post Terbaru :..
..: Sembang Kat Sini :..
Created by: YDtaurus
..: Isi Blog Ikut Bulan :..
..: Total Post :..
- Awas! Lelaki buaya darat. (77 comments)
- Harga TOKEK RM 50 JUTA!!! Gila mahal..!!! (52 comments)
- Air mata dan Hati (50 comments)
- Cinta itu merumitkan!! (46 comments)
- Cantik fizikal Vs cantik hati. (45 comments)
- Kasihan CINTA...!! (43 comments)
- Jalan mudah dengan copy paste. (41 comments)
- Keluhan hati (40 comments)
- World Cup : Kehangatan Piala dunia 2010 kini bermula. (40 comments)
- Kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego? (39 comments)
- Denggi jangan dekati aku lagi.! (39 comments)
- Wanita menangis bukan kerana lemah. (37 comments)
- Wahai wanita jangan terlalu murah..!! (36 comments)
- Itu..ini..semua tak boleh..huhu... (35 comments)
- Finally I'm back....! (34 comments)
..: Blog Status :..

BLOGGERS MALAYSIA
- Total Posts: 104
- Total Comments: 2326
tips baek punyA..idea datangla..huhu
ReplyDeletestuju.!
ReplyDeletehehe..^_^
ReplyDeletealles setuju cik yuni!
ReplyDeletememang setuju pun..mungkin malas or no idea..tak patut copy n paste tanpa izin..
ReplyDeletejgn tiru2
ReplyDeletejgn copy2
tata baik punya ley...
sila bagi credit klu nk copy paste =)
yer tol tu..jgn copy paste tak baik..=)
ReplyDeleteselalunya dpt byk idea bila tengah malam. hihi. sunyi je kn time tue
ReplyDeleteElakkan copy paste. nak mneulis kena banyak membaca. Malah kena lebih byk mmebaca dari menulis. Itu belum dikira menulis cerpen, dan novel lagi. Pasti banyak rujukan yg diperlukan.
ReplyDeleteSaya ada terbaca dlm reader digest, maksudnya lebih krg mcm ni, pengalaman peribadi kebanyakkan manusia hanyalah sekitar 40%. Jadi kita perlukan pengalaman org utk memantapkan kehidupan. dan pengalaman org lain ni adakalanya kita perolehi melalaui pergaualan dan adakalanya melalui pembacaan.
nice.. mekasih yer :)
ReplyDeletexbaik copy&paste org pnyer..
ReplyDeleteorg pnyer copy&paste xbaik..
gnekn otak 2 sebaik2nya..
jgn asyik nk meniru je..
huhuhu...
peace!!!...
copy paste dari blog orang lain memang tak patut tapi kalau dari email camne pulak?
ReplyDeletewehh....salam, you all dah lama kat blog, kalu orang baru nak blog, tapi main nak kopi.. agaknya tak yah blog le kut.. hu.. hu.. opss.. tak cakap kat sape pun.. kalau nak ori. mai sini! rumble punya ori. tah apa-apa aku tulis.. janji ori! aku copy java ja no.. kwahh... ka.!
ReplyDeleteSiape nak code! mai mintak le..
untuk yang baru..blog.
salam... singgah sini..line tenet sgt slow...tensennye...jd komen di sini..ngeh3
ReplyDeletesaye skong entri anda...
memang idea bagus
ReplyDeletejieda : kalo dr email bleh kot..depend la..kalo bleh sertakan bahan tu diperolehi dari mane..
ReplyDeletesasuke : cian dia line tenet teruk..huhu..
ReplyDeletexature :kalo org baru..ermm..permulaan myb ada blogger bru yg akn copy paste sbb x ada idea tp jgn la copy paste sejibik..kalo nak copy lagu ke or share aritikel yg menarik dr mane2 rujukan bleh je dgn melampirkan url artikel tersebut..
ReplyDeletekopi dan taste pun best jugak.hehe
ReplyDeletesedap eik.??ape rse la agaknya..hehe
ReplyDeleteKalau kutip kat email bolih.! tetapi mesti diedit terlebih dahulu.. biar ada kelainan nya!
ReplyDeleteuiks.. x penah rasa ke kopi? biar betol..haha. nak tny sket ni.. td saya nampak awk intai blog sy.. tapi knape tak cakap sesuatu?
ReplyDeletedottwin.com : yer boleh je..=)
ReplyDeletetapak kaki : la..pnh rase la..haha..td mmg sy intai..tp susahnya xde shoutbox...pasang la..sng nak berhubungn dgn blogger yg lain..
pernah dulu buat entry untuk join contest. sekali tengok result winner, ade blog ni punya entry 90% sebijik ngan entry yang aidi-safuan buat. tak tau la copy paste ke tak kan. kadang2 idea tuh datang lebih kurang sama jer kot. :)
ReplyDeletekalo same idea ok je..tp mesti ada beza cz dibuat oleh org yg berbeza..
ReplyDeleteat last.its honor to have your words in my blog..TQ
ReplyDeletesengaja tak letak shoutbox.. sebab tu ada ym pingbox..hehe. direct contact maa :D
yesss....rasa mcm nak kopi pes n3 ni...hehe
ReplyDeletengaa.tak susah nak tulis kalau da terbiasa tulis.erkk.
ReplyDeletemario : ok je kalo nak copy paste...kalo bg tau on je..=P
ReplyDeletefobia : yer lama2 akn terbiasa..;D
nice tips to share~ :)
ReplyDeletekopi paste tu kira cetak rompak la..betul ke xbetul
ReplyDeleteyer betul...copy paste sama sperti cetak rompak..
ReplyDeletethumbs up 4 u..nice en3...ak benci org2 yg kopi paste...yela,penat2 perah otak,last2 org lain senang2 aje copy bahan kita...:(
ReplyDeletesy x pnh copy paste. hehehehe
ReplyDeletenash : jgn la mrh sgt nash..hehe..
ReplyDeletejuanghidup : bgus la kalo x pnh..=)
Budak nakal Setuju sangat2 ^_^
ReplyDeleteTQ budak nakal..^_^
ReplyDeletelike this!! tapi kalau kat blog saya,saya lagi suka kalau ada org copy paste artikel2 yg saya tulis..heee..tiada hak cipta bagi saya~hehehe
ReplyDeletePuan yuni saya dapat Email dari in box pat kerja saya.. Jadi puan yuni kalau saya update kat blog saya salah ya??? tak baik ya... ok baik time kasih...
ReplyDeletepernahkan anda copy paste pada surat khabar? huhu..... soalan baik punya saya tuju kat unisya.. jwb ya... please...
ReplyDeleteamier : x salah la..boleh je..just kate dpt dari mne n dimane.??
ReplyDeletesy prnh dan ada amek artikel dr surat khabar tp bukan copy paste or copy bulat2..contohnya entry kemalangan pengantin 3 jam dan pelajar aswara didakwa. ada 4 entry kat blog sy yg copy n paste iatu 3 cerita lucu dan entry bertajuk oh!lelaki sumber dari email.
yg terbaru entry bertajuk Hati-hati semua!! sy copy n paste dari FB dan telah memberitahu sumber dari mana. HAnya part itu saja yg sy copy.
dan setiap semua pic sy amek dari en.google..hehe..copy n paste juga..thanx to En.google..hehe