Posted in:
By Yuni Aisyah 6 comments

Perginya seorang pelawak pujaan hatiku..


Kita sedia maklum yang Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah dimasukkan ke ICU disebabkan terkena jangkitan virus dari kencing tikus. Penyakitnya bertambah serius apabila dikesan menghidapi demam denggi berdarah dan telah menyebabkan beberapa organ penting seperti buah pingang dan hati gagal berfungsi.

Din Beramboi ketika menjadi Juri
Raja Lawak yang berlangsung baru-baru ini.


Akhirnya Din Beramboi tidak dapat diselamatkan, perginya buat selama-lamanya tidak akan kembali. Kita pasti akan merindui keletah dan lawak Allahyarham yang bersahaja dan mencuit hati. Lewat pagi semalam aku mendapat tahu berita yang mendukacitakan ini dari seorang teman. Pada mulanya aku kurang pasti akan kesahihan berita yang dia sampaikan. Agak terkejut dan sedih juga bila mengetahui pelawak pujaan hatiku pergi buat selama-lamanya.

Al- Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan nama Din Beramboi. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Inilah realiti kehidupan setiap yang hidup pasti akan menghadapi hari kematiannya.





Suke Entry Ini?

6 Comments
Fb Comments

6 comments:

  1. al-fatihah..akan rindu keletah arwah ms tgk cerita spontan nnti..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat beliau dan Takziah buat seluruh ahlikeluarganya...

    ReplyDelete
  3. hmm...pasti akn merindui lawak dan jenaka Allahyarham..=(

    ReplyDelete
  4. salam..

    terbukti dia seorang yang disenangi.. dan bertuahnya allahyarham dijemput pada hari Jumaat.. semoga beliau ditempatkan di dalam golongan hamba-Nya yang soleh..~amiinn..~

    ReplyDelete
  5. ya..mudah2han..kita doakan yg terbaik utk Allahyarham...amin..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan kata-kata semangat anda..^_^