By Yuni Aisyah | Saturday, April 13, 2013
Posted in: , , |

Orang yang berjaya.

Assalamualaikum...

Wah!! terasa terlalu lama tak update entry di halaman blog nie. Banyak yang nak diceritakan sebenarnya tapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah ada juga waktu untuk menghasilkan entry dan terhasil lah entry ini. 

Setiap dari kita pasti inginkan kejayaan dan menjadi orang yang hebat dalam hidup. Siapa yang tak nak kan.?? Tapi ada tak kita selidik bagaimana mereka berjaya? Sebenarnya untuk menjadi orang yang berjaya dan orang yang hebat itu kita perlu melakukan sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya. Wah!! bunyi macam dasyat je kan?hehe.. Tapi itulah hakikatnya. Tak mudah sebenarnya tapi, jika adanya kesungguhan, kerajinan, daya usaha dan semangat juang insyaALLAH pasti ALLAH memberikan jalannya.

Tapi kan masalahnya pada masyarakat kita, cenderung melihat kejayaan orang lain tapi untuk melaksanakan untuk kejayaan sendiri tidak pula dilakukan. Jadinya berangan tak sudah seperti mat jenin, tak puas hati tak menentu dan berputus asa tak sudah. Inilah yang berlaku pada masyarakat. Jom lihat situasi dibawah ;


Situasi 1


"Wah!! Bestnya jadi mereka yang berjaya ada kereta cantik dan rumah cantik. Alangkah seronoknya kalau aku yang jadi dia. Bahagia hidup tak payah susah-susah lagi.". 

Kita seronok melihat orang kaya dan hidup bahagia. Mulalah memasang impian untuk jadi seperti mereka. Dah bagus ada impian nak berjaya tapi kalau hanya niat saja tak cukup. Jika tiadanya usaha dan ikhtiar untuk mencari jalan kejayaan tersebut, anda hanya bermimpi disiang hari.

Setiap mereka yang berjaya bermula dari angan-angan. Jadi tak salah nak berangan asalkan jangan angan-angan mat jenin. Jadikan angan-angan tersebut sebagai pemangkin untuk berjaya. Angan-angan menjadi impian dan direalisasikan impian tersebut menjadi kenyataan.

"Kunci kejayaan ada ditangan anda, bukan di tangan orang lain."
Situasi 2
"Macam manalah dia boleh kaya? aku dok kerja siang malam pun tak kaya-kaya juga. Ish!!geramnya!!Benci!! Ini tidak adil!!."

Ada pula manusia sepesis ini memang tak boleh melihat orang lain berjaya. Mereka jadi iri hati dengan kejayaan yang digapai orang lain. Pertanyaan "macam manalah dia boleh jadi kaya?" itu patut difikirkan.
Tanyakan persoalan pada diri "kenapa dia berjaya?" "apa yang dia lakukan?" dan "bagaimana aku nak jadi seperti dia juga?"

 Pertanyaan-pertanyaan ini yang bakal membuka minda dan fikiran untuk kehadapan bukannya dengan rasa tidak puas hati melihat kejayaan orang lain. Bermula dengan pertanyaan, cari jawapan dari pertanyaan tersebut dan mulalah mencari solusi dari jawapan tersebut.

Take note!!
Situasi 3 
"Ah malaslah aku nak buat kerja macam tu. Aku dah pernah buat dan tak berjaya pun. Semua aku buat tapi tak ada satu pun yang dapat hasil. Dah la malas aku dengan benda macam nie."

Hah!! dengan orang yang banyak alasan seperti inilah yang sukar untuk menemui kejayaan. Hidup tak sudah-sudah mengeluh. Kadang terlalu banyak alasan yang kita berikan dalam hidup, mengeluh pada perkara yang tak jadi dan mundur sebelum berperang.

Terkadang kita terlalu mudah untuk mengeluh tapi sukar untuk bersyukur. Berhenti dari menjadi manusia pengeluh dan berhenti dari memberikan banyaknya alasan! Bersyukurlah dengan hidup yang diberikan dan melangkahlah dengan rasa tanggungjawab.

Hala tuju hidup kita ada pada diri kita. Buat pilihan yang tepat dan fikirkan untuk kebaikkan hidup.
Situasi-situasi di atas adalah benar berlaku pada masyarakat kita. Kita tak dapat nak lari dari mereka yang prejudis sebegitu. Inggatlah Allah tidak akan turunkan nikmat kejayaan kepada hambaNYA yang tak berusaha dan pemalas.! Jadi untuk menjadi seperti orang-orang yang telah berjaya kita perlu menggikut jejak kejayaan mereka dan buang segala anasir-anasir buruk di dalam diri kita.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita. Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap? Fikir dengan akal, tilik pakai hati. Semoga menjadi orang yang berjaya.


"Setiap kejayaan pasti bermula dengan sebuah kepayahan dan kejatuhan. Teruskan usaha dan teruskan menggorak langkah. InsyaALLAH kejayaan pasti beroleh."

Read more
By Yuni Aisyah | Saturday, February 16, 2013
Posted in: |

Tarikh Lahir Dalam Bulan Islam.


Pasti tidak ramai yang mengetahui tarikh lahir mereka dalam bulan Islam. Sama juga seperti saya yang tercari-cari tarikh lahir sendiri dalam bulan Islam. Alhamdulillah diketahui juga tarikh lahir mengikut kalender Islam, saya dilahirkan pada bulan MUHARRAM. ^_^

Kebiasaan kita menggunakan dan mempraktikkan kalender masihi dari kalender Islam. Jadi mari sama-sama kita ketahui tarikh lahir sebenar dalam bulan Islam. Untuk mengetahui sila tekan pada link yang diberikan dibawah.


KALENDER ISLAM CONVENSION






Read more
By Yuni Aisyah | Friday, February 01, 2013
Posted in: , |

News Scroll Bar untuk blog

Cara Memasang News Scroller Pada Template


1. Klik > Dashboard > Design > Edit HTML lepas tu Tick pada kotak  Expand Widget Templates .
2. Cari kod nie (tekan ctrl+f )<body>lepas tu paste/letak kod kat bawah nie kat bawah kod tadi.
  1. <!--NEWSICKER-->
    <script type='text/javascript'>
    var hn_url_blog = &quot;URL_BLOG&quot;;
    var hn_jumlah_post = 10;
    var hn_warna_latar = &quot;#e7eef0&quot;;
    var hn_warna_garis = &quot;#000000&quot;;
    var hn_posisi = &quot;top&quot;;
    var hn_tampilkan_judul = true;
    var hn_backlink = true;
    </script>
    <script src='http://bit.ly/XbuytE'>
    </script>
    <!--NEWSTICKER END-->
3. tukar "URL_BLOG" dengan alamat blog anda.
4. DONE.

Read more
By Yuni Aisyah | Friday, January 18, 2013
Posted in: , , , |

Banjir di Kota Jakarta.

Kota Jakarta banjir teruk! Hampir semua daerah Kota Jakarta ditenggelami air. Dasyat juga melihat keadaan Jakarta di saluran berita di Astro Pelangi semalam. Di fahamkan jika keadaan hujan berterusan akan memburukkan lagi keadaan banjir. Jika ianya berterusan, banjir 2013 bakal menyamai rekod banjir paling teruk yang pernah berlaku pada 2002.

Ya ALLAH janganlah perkara itu berlaku. Bila mengetahui keadaan bencana yang dialami kota Jakarta terus kerisauan memuncak. Risau sebab ibu dan ayah berada disana. Mereka berada disana selama 5 hari sejak 15/1 hari itu, yang pada masa yang sama adalah hari pertama berlakunya banjir di Jakarta. Jika tiada halangan mereka akan pulang pada sabtu malam esok.


Kalau macam ini lah keadaan memang kena batalkan niat nak kesana.huhu
Alhamdulillah semalam dapat panggilan dari ibu yang memberitahu keadaan sebenar yang berlaku disana. Lega hati diberitahu yang mereka baik-baik sahaja. Diberitahu bahawa keadaan di jakarta memang teruk! Selama 4 hari ayah dan ibu disana hanya pada hari pertama mereka dapat berjalan. Kerana waktu itu keadaan banjir masih terkawal. Tapi, kini keadaan banjir makin teruk dan aktiviti mereka tersekat kerana semua jalan raya ditenggelami air.

Dengar cerita perjalanan ke airport yang sepatutnya hanya memakan masa sejam untuk sampai, tapi menjadi lewat 6jam kerana keadaan jalan dan tiadanya pengangkutan. Hanya mampu berdoa moga ayah dan ibu selamat disana dan moga dipermudahkan jalan mereka untuk pulang.

Mudah-mudahan surutlah cepat air banjir ini. Tetap juga meletakkan harapan untuk kesana..hehe..
Lagi 2 minggu sahaja lagi giliranku pula untuk ke sana. Rancangan nak melancong ke Jakarta dan Bandung selama seminggu, tapi melihatkan keadaan banjir makin teruk membuatkan punah harapan nak kesana. Jika keadaan tak kembali pulih seperti biasa alamatnya terpaksalah batalkan rancangan nak kesana. Hanguslah tiket penerbangan dan punahlah harapan. :(

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Setiap aturan yang Allah turunkan ada hikmahnya. Banjir yang berlaku di Jakarta juga ada sebab dan hikmahnya. Moga warga Kota Jakarta tabah menghadapi dugaan yang menimpa mereka. Mudah-mudahan keadaan cuaca hujan di Jakarta yang berlarutan akan berhenti dan sekaligus bencana banjir  yang berlaku akan surut dan Jakarta boleh kembali pulih seperti biasa.

p/s Seram pula tengok banjir yang berlaku disana. Dulu waktu kanak-kanak pernah berangan nak sangat rasa penggalaman banjir. Mungkin nak sangat rasa mandi air banjir tu..hikhik

Read more
By Yuni Aisyah | Saturday, December 22, 2012
Posted in: , |

Amalan Laqad Jaakum

Assalamualaikum...Sungguh lama terasa tak menulis sesuatu di halaman blog ini. Mungkin kesibukkan membataskan waktu dan mungkin juga itu hanya alasan bagi menutup sebab utama iaitu malas.hehehe...
 "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" tak gitu.?? Kalau nak kan sesuatu walaupun sibuk macam mana sekalipun pasti dilakukan juga.hehe...

Hari ini nak berkongsi satu amalan yang baik untuk kita semua sebagai umat Islam bagi memperkuatkan keimanan kita pada Allah SWT. Banyak syafaat yang akan diperolehi jika kita mengamalkannya. Tapi jangan hanya kerana inginkan imbalan dari amalan tersebut! Lakukan dengan ikhlas dan moga amalan kita ini diredhai oleh Allah.


Amalan Lakad Jaakum.


 Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


***Kebiasaannya ayat ini disebut sebagai ayat "lakad ja akum"..
 

p/s  nak lagi baik baca dengan Selawat Nariyah. Sumber amalan ini diperolehi dari ayah dan juga dari web

Read more
By Yuni Aisyah | Sunday, September 30, 2012
Posted in: , , , |

Tentang Hidup.

Assalamualaikum...
Pernahkah kita semua berfikir persoalan tentang hidup, seperti apa hidup ini? Apa yang kita cari demi hidup? Pasti diantara kita memikirkannya dan tak kurang juga pasti keliru tentang hidup dan menyoalkan persoalan yang luar batasan kita untuk berfikir. Kenapa kita hidup? Kenapa hidup kita seperti ini dan begitu? Kenapa harus begini? Kenapa dan mengapa? Ya, aku akui hidup perlu untuk difikirkan dan ditelitikan. Berfikirlah dengan akal fikiran yang sihat mengapa hidup ini harus begitu?

Hidup sesuatu yang kita perlu hadapi dengan penuh kesabaran. Hidup adalah satu tanggungjawab yang kita perlu pikul. Semua orang pasti berhadapan dengan cubaan dan cabaran hidup. Sekuat manapun kita menolak takdir hidup, kita tidak akan dapat lari dari kenyataan. Hanya orang-orang yang kuat mental dan imannya akan berjaya mengharunggi segala onak, duri dan ranjau kehidupan.

Berfikir tentang hidup bagaikan tiada kesudahannya.

Kadang kita terleka dalam hidup, terlalu memikirkan keseronokkan semata. Terlena dengan indahnya dunia, lupa pada hakikat sebenar hidup dan terlupa pada sang Pencipta. Terlalu memikirkan keseronokkan bagai tiada penghujungnya, seperti hidup didunia ini untuk selamanya dan tiada pengakhirannya. Janganlah bertindak sebegitu, seperti orang yang hilang akal. Berfikirlah dengan logik akal dan berhentilah dari menzalimi diri sendiri dari melakukan perkara yang tidak benar.

Ingatlah hidup kita bukan hanya didunia semata, tapi diakhirat juga. Jadi seimbangkan kehidupan didunia mahupun akhirat. Amalan dan kebaikkan yang kita lakukan sewaktu hidup didunia inilah membawa kepada kebaikkan hidup diakhirat nanti. Berbuat baiklah sewaktu hidup didunia, kelak diakhirat kebahagiaan yang sebenar akan menanti. Disanalah kebahagiaan yang sebenarnya dan abadi.

Susurilah jalan yang lurus dalam menuju hidup yang benar.

Kadang kita lemah berhadapan dengan cubaan hidup yang datang silih berganti. Jiwa yang rapuh mulai membuat kita goyah dan layu menghadapi segalanya. Saat itu kita perlukan kekuatan, walaupun dengan hanya secebis kata-kata semangat, ianya boleh membawa satu aura semangat dalam diri kita untuk menghadapi hidup ini dengan sebaik yang mungkin.

Bila mana tiada siapa yang menolong kita berhadapan dengan permasalahan hidup percayalah dan yakinilah, pertolongan ALLAH pasti tiba buat hambaNYA yang sabar dan meyakiniNYA. Sesukar mana keadaan dan kesulitan yang kita hadapi ALLAH pasti akan memberi jalan keluarnya. Tiada masalah didunia ini yang tidak dapat diselesaikan. Sakit pun ada ubatnya, kecuali mati! yang utama Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal InsyaALLAH pasti berjaya.

Nikmati hidup ini dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah dengan segala nikmatnya.
Bijaklah berfikir dan bertindak dalam berhadapan dengan hidup. Gunakan akal fikiran yang ALLAH berikan untuk menilai baik buruk sesuatu itu bagi kita. Disekeliling kita penuh dengan kejahatan yang menanti untuk kita terjerumus dalam kegelapan. Untuk menangani diri, gunakanlah akal fikiran dan untuk menangani orang lain, gunakanlah hati. Pejamkan mata dan bertanyalah pada hati, bukalah mata dan berfikirlah dengan akal fikiran. InsyaALLAH kita akan berjaya menangkis segala cabaran hidup yang mendatang.

Hidup jangan disesali..
Hidup jangan ditanggisi..
Hidup jangan dikotori..

Hidup perlukan kesabaran..
Hidup perlukan kekuatan..
Hidup perlukan pemahaman...

Hidup ini tidak dimiliki..
Hidup ini milik yang Hakiki..

Hidup didunia hanya sekali..
Hidup diakhirat yang abadi..

Apa yang kita impikan dan ingginkan dalam hidup tak selalunya kita miliki. Itulah hakikat hidup yang perlu kita fahami. Hidup kita adalah milik ALLAH dan kita hidup mengikut acuan dari takdirNYA. Sememangnya 'Hidup bukan untuk memiliki'.

p/s : menaip dikala sunyi...luahkan segala yg terbuku...luahkan apa yg dirasakan perlu...luahkan selagi masih hidup....^_^

Read more
By Yuni Aisyah | Friday, September 28, 2012
Posted in: , |

Kehilangan Sesuatu... :(

Rasa kehilangan sesuatu...

Sesuatu yang aku sukai...
Sesuatu yang bagaikan nadi bagiku...
Sesuatu yang menjadi semangat bagiku...

Hilangnya seperti kehilangan diri...
Hilangnya seperti kehilangan arah tuju..
Hilangnya mengusarkan hati dan fikiran...

Kini hilangnya menjadi tanda tanya..
Sedaya upaya mencari sesuatu yang hilang itu..
Lelah memerah otak mencari kemana hilangnya...

Apakah sesuatu itu???
Kemanakan ku cari??
Kehilangan yang menjadi misteri..

Harap aku akan menemukan 'sesuatu' itu...
Moga aku dibukakan minda untuk mendapatkannya...

Terduduk ku dalam pencarian...



p/s agak2 korang tau n paham x sesuatu itu apa.???hehe...

Read more
By Yuni Aisyah | Wednesday, August 01, 2012
Posted in: , |

Cara Tukar timeline FB ke Profile Biasa.

Assalamualaikum, Hye dear readers.
Nak share sedikit info bagaimana cara tukar timeline Fb kepada profile yang biasa. Tadi tiba-tiba profile Fb ku bertukar kepada timeline. Punyalah tak nak guna timeline, tiba-tiba timeline menjelma. Pelik!Nampak seperti paksaan disitu!Bukan apa, tapi rasa timeline nie menyerabutkan otak. Lagi best profile yang biasa, nampak simple je. :)
Timeline remove
Kepada kawan-kawan yang dengan tidak rela hatinya Fb anda bertukar kepada timeline boleh la mencuba step ringkas Cara Tukar Timeline Fb ke Profile yang Biasa. Just pilih mana-mana browser di bawah. Klik mana-mana yang anda gunakan. Selepas klik install dan restart kembali browser dan Fb anda. Nanti profile Fb timeline akan bertukar kembali kepada profile Fb yang biasa. Saya telah mencubanya dan ianya berhasil. ^^

Untuk pengetahuan cara ini hanya berkesan pada profile yang tidak bertukar lagi kepada timeline. So, pada yang dah bertukar kepada timeline haruslah menerima hakikat yang profile FB anda akan kekal sebegitu.

Monzilla Firefox
Google Crome
Internet Explorer



Selamat mencuba ^_^

Read more
By Yuni Aisyah | Thursday, July 19, 2012
Posted in: , , |

Jom! Shopping Jubah Mesir Di Al - Khired Collection.

Assalamualaikum dear readers,

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada sahabat2 sekalian. Puasa jangan tak puasa..!! Kena rajin tau ingat Ibadah puasa adalah wajib bagi yang dah baligh. Kalau dah baligh tu faham-faham sendiri tak kan la nak kena paksa-paksa pula kan.? :) 

Ada tak sesiapa yang ingat-ingat lupa dengan niat puasa? agak-agak diri lupa jom klik niat puasa disini.

Jom terjah Fan page Al-Khired Collection. Jangan lupa klik 'LIKE' ye..klik link disini

OK. Baiklah kembali kepada tajuk asal seperti di atas. Jom! Shopping Jubah Mesir Di Al-Khired Collection. Ada pelbagai jenis jubah yang trendy dan menawan yang perlu dimiliki bagi wanita muslimah. Bertepatan dengan bulan Syawal yang bakal kunjung tiba, pasti ramai yang sedang sibuk memilih baju raya yang cantik untuk di pagi raya. ^_^

Lawakan..? 'Fall in love at a first sight'..hehe...insyaALLAH bakal ku miliki. :)
Material yang berkualiti, terhasil dari 80% jahitan tangan dan original made in Egypt Mesir.



Lawa-lawa kan koleksi jubah di Al-Khired collection? Ini baru dua, nak lebih lagi jom terjah dan cuci mata lihat Jubah Mesir di butik online Al-Khired Collection di Facebook. :)
Yang tertutup LEBIH INDAH jika disulam dengan SYARIAT ISLAM.Perhatikanlah betapa Allah MENGHARGAI keindahan wanita dengan menggariskan PERBATASAN AURAT agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang BERHAK..bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang SAKIT. - Admin Al-Khired Collection.

Read more
By Yuni Aisyah | Monday, July 16, 2012
Posted in: , |

Masalah Kad Visa Maybank Tidak Diterima Untuk Pembelian Online Di Luar Negara.


Assalamualaikum, Hye dear readers,

Adakah Visa Maybankard menghadapi masalah pembelian online di luar negara? Aku sedar tentang masalah ini bila menghadapi masalah yang berulang kali ketika ingin membuat pembayaran tiket penerbangan Lion Air secara online.


Rasa tidak puas hati dengan masalah ini aku cuba berulang kali dan beranggapan boleh. Tapi, masalah yang sama tetap juga berlaku, transaksi pembayaran tetap GAGAL!



Peliknya pembelian secara online ke syarikat penerbangan Air Asia dengan mudah dilakukan dan berjaya. Disini mana yang silap? Sepatutnya penggunaan VISA diterima transaksinya dimana-mana rangkaiannya walaupun di luar negara. Jika masalah ini berterusan lagi mereka yang selalu berurusan dengan penggunaan online pasti akan berhadapan dengan kesulitan.


p/s Kalau macam inilah masalahnya kena buat lain kad pula...kalau tak rugi...huhu...nak settle dengan kadar segera nampak gayanya....

Read more